CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1029|Reply: 5

[Dunia] Gaji Pemimpin-pemimpin Di 13 Negara, Dari Serendah USD1 Sehinggalah Setinggi USD

[Copy link]
Post time 23-2-2018 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by jiwarasa at 23-2-2018 11:03 AM



Gaji merupakan sebuah perkara yang paling sensitif untuk dikongsikan apabila sudah memasuki alam pekerjaan. Namun, berbeza dengan pekerjaan yang lain, pendapatan yang diperoleh oleh kebanyakkan presiden dan perdana menteri di dunia ini bukanlah merupakan suatu perkara yang dirahsiakan.

Berikut merupakan gaji-gaji tahunan yang diterima oleh para pemimpin-pemimpin di dunia, daripada serendah USD1 setahun, sehinggalah setinggi USD2 juta setahun.


#13. Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat
  • USD1 setahun


Meskipun Donald Trump bukanlah merupakan seorang individu yang digemari ramai, namun masih terdapat sisi baik beliau yang wajar diberikan pujian.

Donald Trump telah menolak gaji presiden sebanyak USD400,000 setahun (USD33,000 sebulan dan USD1,095 sehari) dan sebaliknya beliau hanya mengambil gaji sebanyak USD1 sahaja setahun.

Presiden Trump yang memiliki kekayaan sebanyak USD3 billion itu merupakan seorang billionaire, jadi tidak hairanlah sekiranya beliau mampu untuk bekerja secara percuma.



#12.  Petro Poroshenko, Presiden Ukraine
  • USD12,220 setahun


Presiden Ukraine menerima gaji sebanyak USD12,220 setahun (USD1,018 sebulan dan USD33 sehari). Menurut Forbes, Petro merupakan individu keenam terkaya di Ukraine dengan nilai kekayaan dianggarkan USD1.3 billion.



#11. Xi Jinping, Presiden China
  • USD20,500 setahun


Presiden China menerima gaji sebanyak USD20,500 setahun (USD1,716 sebulan, USD56 sehari) dan beliau menerima gaji ini sejak tahun 2015 selepas ianya dinaikkan sebanyak 62%.



#10. Sauli Niinistö, Presiden Finland
  • USD146,700 setahun


Presiden kepada salah sebuah negara terkaya di dunia ini dibayar gaji sebanyak USD146,000 setahun (USD12,225 sebulan, USD402 sehari).



#9. Vladimir Putin, Presiden of Rusia
  • USD151,000 setahun


Vladimir Putin menerima pendapatan sebanyak USD151,032 setahun (12,586 sebulan, USD414 sehari).



#8. Theresa May, Perdana Menteri United Kingdom
  • USD198,500 setahun



Bergelar sebagai seorang Perdana Menteri di UK, Theresa telah menerima pendapatan sebanyak USD198,509 setahun (USD16,542 sebulan, USD544 sehari).

Beliau dikenali ramai kerana memiliki koleksi kasut yang banyak dan kesemua kasut beliau ini akan disimpan di dalam bekas yang lutsinar bagi memudahkan untuk mencarinya.


#7. Emmanuel Macron, Presiden Perancis
  • USD211,500 setahun



Pendapatan tahun Presiden termuda di Perancis adalah USD211,530 (USD17,528 sebulan, USD580 sehari). Sebelum menceburi bidang politik, Macron merupakan seorang pegawai bank yang berjaya dengan pendapatan USD1 juta setahun.


#6. Jimmy Morales, Presiden Guatemala
  • USD232,000 setahun



Bekas seorang pelawak dan pelakon, Jimmy Morales kini merupakan seorang pemimpin yang berpendapatan paling tinggi di dalam Amerika Latin dengan pendapatan tahunnya USD231,000 (USD19,300 sebulan, USD634 setahun).


Setela bergelar presiden, beliau telah menunaikan manifesto pilihanrayanya dengan mendermakan 60% daripada gaji yang diterimanya kepada badan-badan kebajikan.


#5. Angela Merkel, Chancellor Jerman
  • USD263,000


Bergelar sebagai Chancellor di Jerman, Angela dibayar sebanyak USD263,000 setahun (USD22,000 sebulan, USD720 setahun).


#4. Justin Trudeau, Perdana Menteri Kanada
  • USD267,000 setahun


Perdana Menteri yang terkenal dengan sikap beliau yang coool dan optimis ini menerima pendapatan sebanyak USD267,415 setahun (USD22,285 sebulan, USD733 sehari).


#3. Malcolm Turnbull, Perdana Menteri Australia
  • USD403,700 setahun


Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull menerima pendapatan sebanyak USD403,745 setahun (USd33,645 sebulan, USD1,106 sehari).



#2. Doris Leuthard, Presiden Switzerland
  • USD437,000




Presiden negara yang paling mahal di dunia ini dibayar gaji sebanyak USD437,000 setahun (USD36,000 sebulan, USD1,200 sehari).


#1. Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura
  • USD2.2 juta setahun


Meskipun pendapatan Perdana Menteri Singapura sebanyak USD2.2 juta setahun adalah besar, namun ramai yang tidak tahu yang jumlah ini sudah pun dikurangkan sebanyak 36% setelah mendapat pelbagai kecaman daripada rakyat di republik itu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2018 11:06 AM | Show all posts

zuhudnya trump
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
jiwarasa replied at 23-2-2018 11:06 AM
zuhudnya trump


Mcm gaji anwar rm1 setahun. Sebab dah kaya dia x kisah sgt pasal duit, yg dia mahu ialah kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 11:48 AM | Show all posts

Trump bercuti di beach resort Mar-a-lago miliknya dan dia boleh lagi charge kepada government berjuta-juta dollar untuk kos penginapan di hartanah dia sendiri. Di situ dia buat duit..Memang gila punya conflict of interest.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 12:15 PM | Show all posts
Trump gaji USD1 tepi menginap dan buat meeting di hotel sendiri so untung claim jauh lebih tinggi dari gaji USD1 dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 12:34 PM | Show all posts
ultra78 replied at 23-2-2018 11:48 AM
Trump bercuti di beach resort Mar-a-lago miliknya dan dia boleh lagi charge kepada government berj ...

pm singapore lg gile....
tp dpt bonus senyap... wpun gst naik 9%.... ramai rakyat msia puji2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.064322 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list