CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1568|Reply: 2

PBB Kutuk Pihak Bersenjata Yang Enggan Hormati Genjatan Senjata Di Syria

[Copy link]
Post time 7-3-2018 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengutuk sekeras-kerasnya kegagalan semua pihak bersenjata terbabit menghentikan permusuhan serta tidak menghiraukan jaminan laluan selamat untuk konvoi bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Ghouta Timur di Syria, lapor agensi berita China Xinhua.


Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Jens Laerke, dalam satu taklimat berkata misi menghantar bantuan kepada penduduk di Duma, Ghouta Timur telah dipendekkan susulan keganasan yang semakin meningkat serta kebimbangan keselamatan yang tidak terjamin.

Ia menggesa agar semua pihak terbabit dalam konflik melaksanakan sepenuhnya Resolusi 2401 Majlis Keselamatan PBB yang mendesak permusuhan dihentikan segera, sekurang-kurangnya selama 30 hari berturut-turut di seluruh Syria.

PBB menuntut akses kemanusiaan yang tidak terbatas diberikan selain evakuasi perubatan tanpa syarat kepada mereka yang sakit tenat dan cedera parah.

Laerke berkata serangan udara serta pengeboman di Duma dan Damsyik berlanjutan selama beberapa jam ketika konvoi bantuan antara agensi menghantar makanan dan bekalan kesihatan serta nutrisi kepada 27,500 orang.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 07:09 PM | Show all posts
Kutuk le berbakul2 sekali pun.. tak jadi barang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 08:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.048046 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list