CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1685|Reply: 2

Untunglah! Kekasih hadiahkan Elvina kuda Argentina.Pakwe korang plak bagi apa?

[Copy link]
Post time 8-3-2018 03:19 PM | Show all posts |Read mode



Elvina bersama kuda baka Argentina yang dihadiahkan tunangnya, Mohd Haniff.





DEMI cinta, kekasih kepada pelakon Elvina Mohamad, Datuk Mohd Haniff Borhan telah menghadiahkannya seekor kuda baka Argentina.

Kata Mohd Haniff, haiwan itu sekadar pemberian untuk pelakon drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari itu untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya kelak.


"Saya mahu dia masuk ke 'dunia' saya iaitu sukan polo dan sukan permotoran jadi saya hadiakan dia seekor kuda.

"Malah saya ada mengajarnya cara-cara menunggang kuda dan teknik ringkas bermain sukan polo berkuda.


"Kuda yang diberi nama Indiana itu bukanlah hadiah untuk majlis perkahwinan atau meraikan apa-apa," katanya kepada Astro Gempak.



Mohd Haniff ditemui bersama Elvina dalam sebuah sidang media khas mengumumkan tarikh majlis pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 18 Mac nanti.

Majlis resepsi pasangan itu pula akan dilangsungkan pada 24 Mac di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Elvina dan Mohd Haniff mula berkenalan rapat sejak awal tahun 2016 sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada sambutan hari jadi pelakon itu 25 Jan lalu.


Teks oleh: Amri Hassan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2018 03:24 PM | Show all posts
boleh buat apa kuda tu nyah? bawak pergi site shooting drama ke nyah? kau teringat nak jadi mak hayam cowgirl ke nyah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2018 03:31 PM | Show all posts
BookerT replied at 8-3-2018 03:24 PM
boleh buat apa kuda tu nyah? bawak pergi site shooting drama ke nyah? kau teringat nak jadi mak haya ...



ok lah dari dapat cendol je

laparrrrrrr




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.157618 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list