Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 10:48 PM
PETIKAN rakaman video wanita warga Indonesia mendakwa memakan daging babi yang tular. FOTO Ihsan Agemsi
WANITA warga Indonesia yang memuat naik video mengaku memakan daging babi di Facebook tampil memohon maaf selepas mencetuskan kontroversi lalu mengaku ia sebenarnya adalah daging ayam.
Arsy Hallawi yang dipercayai bekerja di Hong Kong memuat naik satu video, baru-baru ini menunjukkan dia dengan bangga memakan daging masak kicap yang didakwanya babi.
“Ini paha babi yang masih muda, jadi dagingnya enak, empuk dan tidak keras," katanya sambil menunjukkan daging yang sudah dimasaknya.
Tidak cukup dengan itu, dia turut menuduh warga Indonesia yang bekerja di Hong Kong, Taiwan dan Singapura sebagai berbohong sekiranya mengaku tidak pernah makan daging babi.
Video berkenaan tular di media sosial termasuk di Malaysia dan menerima banyak kecaman kerana Arsy bertudung ketika memakan ‘daging’ itu.
Menurut laporan surya.co.id, selepas menerima banyak kecaman, Arsy memuat naik satu lagi video, hari ini bagi meminta maaf dan memberitahu, daging yang dimakannya itu sebenarnya adalah daging ayam.
Katanya, daging ayam dan kulit ayam yang putih itu diletakkan kicap untuk mengelirukan orang ramai.
“Saya juga meminta maaf kepada pekerja Indonesia di Singapura, Hong Kong dan Taiwan kerana menuduh mereka memakan daging babi,” katanya.
Wanita itu mendakwa dia sengaja memuat naik video itu kerana tertekan selepas sering dituduh cuba merampas suami orang.
“Walaupun kejadian itu sudah lama, tetapi ia tetap memberi tekanan kepada saya,” katanya dalam video berkenaan.
Kalau dia makan pun bagi aku takper. Sbb kat sana kalau bekerja dan tinggal dgn majikan org Cina, of courselah makanan biasa kat rumah mesti ada babi. Bagi aku dah kira darurat dah tu. Sbb dia ni sendiri cakap kat situ kalau nak makan biskut pun takut tak halal. Kita tak berada di kedudukan mereka senanglah sembang kencang.
Post time 16-3-2018 01:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cikgu2 pprt dan pekerja gomen sakit kepala dan buta arah smalam fikirkan pintu syurga tidak terbuka untuk amah ini..allahu, ringankanlah dugaan cikgu2 dan pekerja gomen di musim cuti sekolah ini.tenangkan minda mereka depd anasir2 jahat.