CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1092|Reply: 5

[Tempatan] MP: Najib hanya berani saman media tempatan? Ada kira-kira 20 media luar negara

  [Copy link]
Post time 16-3-2018 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-3-2018 02:26 AM

MP: Najib hanya berani saman media tempatan?

https://www.malaysiakini.com/news/415840

Diterbitkan 15 Mac 2018, 5:32 petang  |  Dikemaskini 15 Mac 2018, 6:08 petang







[size=1.25em]PARLIMEN | Anggota Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini membangkitkan  sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membisu berkenaan laporan 1MDB yang disiarkan pelbagai media antarabangsa baru-baru ini.

Antaranya majalah isu semasa terkenal Indonesia, Tempo yang menjadikannya sebagai tajuk muka depan edisi terbarunya.

Membawa salinan majalah itu, Teo Nie Ching (DAP-Kulai) berkata sikap Najib itu bertentangan dengan langkahnya sebelum ini yang mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota parlimen dan media tempatan, termasuk Malaysiakini.

"Takkan Najib tak mahu bersihkan namanya? Adakah beliau tak sampai hati nak ambil tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa?

"Bukan. Beliau (sebelum ini) menyaman Petaling Jaya Utara (Tony Pua), Pandan, (Rafizi Ramli), Malaysiakini dan Harakah. Bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik juga kena saman," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata laporan Tempo itu hanyalah satu daripada beberapa laporan media antarabangsa yang perlu diberi perhatian oleh Najib jika benar kandungannya mempunyai unsur fitnah terhadapnya.

"Jadi saya nak tanya kenapa saman Petaling Jaya Utara, Pandan, Malaysiakini dan yang lain tetapi tak berani ambil tindakan sama terhadap Wall Street Journal, Tempo, The Economist?"soalnya.

Dua hari lalu Nga Kor Ming (DAP-Taiping) membangkitkan laporan The Economist yang mendakwa Najib akan "mencuri" kemenangan pada pilihan raya akan datang dan mengoyak salinan laporan tersebut.


Sementara itu Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) dalam sidang media di Parlimen mendesak Najib menyatakan respons terhadap pelbagai tuduhan daripada media antarabangsa sebelum Parlimen dibubarkan.

"Saya sudah jalankan kajian...ada 20 media luar yang menyiarkan laporan tentang 1MDB baru-baru ini," katanya sambil membentangkan kertas bersaiz A4 yang tertera nama media yang dimaksudkannya.

"Ini bukan saja media Barat, tetapi juga Thailad, Timur Tengah, China, Singapura, Filipina dan negara lain," katanya lagi.

Pada Ahad lalu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata ia telah mengenalpasti beberapa media dan portal atas talian yang didakwa menyebarkan berita palsu tentang skandal 1MDB untuk memburukkan imej Najib.

Najib berulang kali menafikan salah laku dalam skandal itu dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membersihkannya daripada sebarang kesalahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2018 11:07 PM | Show all posts
jho low kat mana sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 11:18 PM | Show all posts
samalah macam ketua umum kamu....hanya berani saman media tempatan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 05:38 PM | Show all posts
haha...bapa kau
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu Selasa lah, tak paham2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 03:06 PM | Show all posts
hahaha tahap gaban malaysia style ni~ nak kata ikut law ? sendiri pun terbalik undang undang ....
patut macc merdeka ~sprm pun sma merdeka ....

kornies malaysia ni macam macam.... malu betul , maruah tak ada...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.063747 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list