CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1837|Reply: 25

[Dunia] Penjara tiga tahun jika tidak hormat lagu kebangsaan China

[Copy link]
Post time 17-3-2018 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Penjara tiga tahun jika tidak hormat lagu kebangsaan

http://www.kosmo.com.my/dunia/penjara-tiga-tahun-jika-tidak-hormat-lagu-kebangsaan-1.629229

17 Mac 2018 3:00 AM


PERBUATAN mempersenda dan menghina lagu kebangsaan China boleh dikenakan hukuman denda dan penjara sehingga tiga tahun. - AGENSI

HONG KONG – Kerajaan Hong Kong mengumumkan rancangan untuk mengenakan hukuman penjara tiga tahun kepada individu yang tidak menghormati lagu kebangsaan China, ekoran tekanan yang diberikan Beijing terhadap bandar raya semi autonomi tersebut.

Hong Kong telah bersedia untuk memperkenalkan undang-undang kontroversi tersebut sejak undang-undang China diperhalusi pada tahun lepas yang menggariskan cara dan tempat yang sesuai untuk menyanyikan lagu kebangsaan serta mengetatkan peraturan bagi menghalang dinyanyikan dalam acara keraian, perkahwinan dan pengebumian.



Perubahan kepada undang-undang jenayah China yang dibuat pada November lalu memperuntukkan tambahan tempoh hukuman penjara kepada individu yang tidak menghormati lagu kebangsaan China daripada 15 hari kepada tiga tahun bagi kes yang dianggap serius.

Sebelum ini, penyokong bola sepak Hong Kong telah mempersendakan nyanyian lagu kebangsaan China itu selama bertahun-tahun dalam kebanyakan perlawanan.

Mereka juga bertindak berpaling ke belakang dan mempamerkan sepanduk kemerdekaan Hong Kong semasa perlawanan berlangsung sebagai tanda sokongan terhadap seruan sesetengah aktivis agar bandar raya itu berpecah dengan tanah besar sehingga menimbulkan kemarahan Beijing.

Cadangan itu yang diserahkan oleh kerajaan Hong Kong kepada badan perundangan bandar bagi mendapatkan khidmat nasihat semalam dengan menggariskan beberapa penalti Beijing antaranya tempoh hukuman penjara serta denda sehingga HK$50,000(RM24,900).

Ahli Parlimen prodemokrasi, Claudia Mo menyifatkan tindakan tegas itu sebagai ‘senjata psikologi’ untuk mencabar (orang ramai) yang mempersendakan lagu kebangsaan serta memupuk perasaan ‘lebih China’ dan bukan lagi Hong Kong.

Mengikut kertas cadangan tersebut, hukuman denda dan penjara selama tiga tahun itu boleh dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang bertindak mengubah lirik lagu atau menghinanya.

Sekolah rendah dan menengah juga diminta untuk mengajar pelajarnya menyanyikan lagu tersebut dengan betul dan memahami sejarah dan semangat yang terkandung padanya. – AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2018 03:32 PM | Show all posts
kalau dah masuk dalam hp tiada yang sacred anymore.....

video gang bang pun ada azan... setakat lagu kebangsaan apa la sangat...



Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila lah penduduk Hong Kong akan dapat menerima fakta Hong Kong cumalah salah satu daripada beratus buah bandaraya di China?
Hello Hongkies, korang bukan lagi hidup pada tahun 80an lagi lah! China hari ini pun bukan lagi China 1980an lah.
Zaman tu boleh jer korang Hongkies berlagak sombong ngan rakyat dan negara China sebab memang korang sangat kaya berbanding tanah besar.
Hari ini ekonomi China jauh lebih penting dari korang hokay?
Kalau nak buat perbandingan GDP per kapita bandaraya-bandaraya tier 1 di China seperti Shanghai, Beijing, Guangzhou, Tianjin dan Shenzen pun tak jauh berbanding Hong Kong.

Kalau betul korang dah rasa hebat, cubalah bina ketenteraan sendiri ya?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 04:11 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 17-3-2018 03:42 PM
Bila lah penduduk Hong Kong akan dapat menerima fakta Hong Kong cumalah salah satu daripada beratus  ...

mungkin dorang nak gang dgnTaiwan kot....

.... Korea sama Korea pun gaduh kan....


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 17-3-2018 03:42 PM
Bila lah penduduk Hong Kong akan dapat menerima fakta Hong Kong cumalah salah satu daripada beratus  ...

Walaupun cuma level bandar aje, tapi tim bola Hongkong berjaya kalahkam tim negara melayu2 kaki bangku
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 17-3-2018 03:42 PM
Bila lah penduduk Hong Kong akan dapat menerima fakta Hong Kong cumalah salah satu daripada beratus  ...

Kalau aku bangga tau jadi rakyat china...especially Shanghai....suka lagi shanghai daripada Hk yang crowded tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2018 03:11 AM | Show all posts
slavehunter replied at 17-3-2018 07:25 PM
Kalau aku bangga tau jadi rakyat china...especially Shanghai....suka lagi shanghai daripada Hk yan ...

Slavehunter pernah melawat kedua-dua bandaraya tu?
Spidey cuma pernah sampai ke HK. Shanghai belum ada peluang lagi tapi tengok perkembangan terbaru di sana, nampaknya Shanghai lebih maju berbanding HK.
Yang pasti HK memang sesak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 03:12 AM | Show all posts
pyropura replied at 17-3-2018 04:42 PM
Walaupun cuma level bandar aje, tapi tim bola Hongkong berjaya kalahkam tim negara melayu2 kaki ba ...

Haha....tak tahu pula pasal tu sebab tak minat bola.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2018 03:17 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-3-2018 04:11 PM
mungkin dorang nak gang dgnTaiwan kot....

.... Korea sama Korea pun gaduh kan....

Decaf, orang HK ingat mereka special sangat sampai nak keluar dari China.
Dorang mampu ke mempertahankan diri mereka dari diserang negara asing kalau China tak hulurkan bantuan ketenteraan?
Dah sekarang tak payah keluar sesen pun untuk budget ketenteraan (ini antara satu kelebihan yang HK ada berbanding Singapore sebab Singapore perlu keluarkan sejumlah duit setiap tahun untuk pertahanan)

HK perlu ingat, even zaman pemerintahan British pun, rakyat HK tak pernah ada kuasa untuk menentukan ketua negara mereka.
So, apa yang dorang fikir mereka ada keistimewaan selepas tahun 1997?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 03:42 AM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 18-3-2018 03:11 AM
Slavehunter pernah melawat kedua-dua bandaraya tu?
Spidey cuma pernah sampai ke HK. Shanghai belu ...

dua2 pegi utk tujuan pekerjaan. Shanghai lebih maju dan penduduknya lebih mesra berbanding HK
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 18-3-2018 03:17 AM
Decaf, orang HK ingat mereka special sangat sampai nak keluar dari China.
Dorang mampu ke mempert ...

Yg ekstrim cuma 20% saja. Another 20% pro-China. Selebihnya atas pagar menunggu keadaan yg memberi kebaikkan kpd umum.

Pernah lihat kumpulan kecil berdemo semasa upacara Hari Kebangsaan diadakan di HK. Tapi media melaporkan ribuan pendemo. Dioramg dah lama main berita palsu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 03:51 AM | Show all posts
taikor replied at 18-3-2018 03:42 AM
dua2 pegi utk tujuan pekerjaan. Shanghai lebih maju dan penduduknya lebih mesra berbanding HK

Bagusnya Taikor.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 03:52 AM | Show all posts
taikor replied at 18-3-2018 03:46 AM
Yg ekstrim cuma 20% saja. Another 20% pro-China. Selebihnya atas pagar menunggu keadaan yg memberi ...

Haah.....tu lah tugas media. Saja nak memperbesarkan isu.
Cacing pun boleh dihuraikan sebagai seekor naga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 18-3-2018 03:51 AM
Bagusnya Taikor.

Aiseh, ko pun tak tidur lagi. Gua baru habis tengok Mo Salah koyakkan Watford. Salji tebal. 4 gol, 1 assist.

The closest player to Messi
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 03:55 AM | Show all posts
taikor replied at 18-3-2018 03:53 AM
Aiseh, ko pun tak tidur lagi. Gua baru habis tengok Mo Salah koyakkan Watford. Salji tebal. 4 gol, ...

Tengah layan siaran rakaman LCW-LD All England. Baru habis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 12:59 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 18-3-2018 03:17 AM
Decaf, orang HK ingat mereka special sangat sampai nak keluar dari China.
Dorang mampu ke mempert ...

Mungkin mereka hardcore kapitalis atau sangat western pemikiran mereka.

Mungkin sejak lahir mereka tidak pernah merasakan mereka sebahagian dari China tiba2 kena paksa ikut itu ini. Macam Singaporean kot tiba2 kena jadi PRC haruslah moyan kan... andaian je lah ni...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2018 01:02 PM | Show all posts
taikor replied at 18-3-2018 03:42 AM
dua2 pegi utk tujuan pekerjaan. Shanghai lebih maju dan penduduknya lebih mesra berbanding HK

org HK ni sejenis yg eksyen kan..ala 2 stuck up gitu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 02:12 PM | Show all posts
iols rasa punca nye dr pelbagai jenis agama di hong kong,   byk sekolah di hong kong dulu ditubuh oleh agama,   dr tadika sampai universiti

semua agama ada satu niat yg sama ....  kontrol politik sesebuah negara,  pastu ubah undang pendidikan,  memaksa budak wajib study kitab haprak dia

uols pasan tak naper dunia hiburan hong kong dah menurun,  dulu movie lagu drama depa penah jadi trend,   kang drama tvb pon dah ada suara nak haramkan ratis wanita pakai bikini

sekolah menengah hong kong ada 80% berlatar bakang agama,  dr katolik, kristian, islam, buddha semua ada ... wlpon undang hong kong ckp bebas agama,  tapi cikgu sekolah tu mesti ajar murid menentang PRC

antara agama dan komunis ...siapa lebih diktator,   ni terpulang la individu utk menilai,  tapi sebusuk busuk komunis at least dia x ckp siapa tak masuk komunis lenkali tua mampus roh akan bakar kat neraka ....   dan komunis PRC pentingkan kemajuan, sains, ekonomi, pembanggunan negara .... agama plak ?   toksa citer la,  weols Melayu dah clear,  maklum la,  sejak tadika otak weols dah kene paku
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 18-3-2018 01:02 PM
org HK ni sejenis yg eksyen kan..ala 2 stuck up gitu

cerewet sikit. contohnya, masa bayar makan kalau tengok betul2 duit sebelum bayar cashier akan berasa annoying mcm kita melambatkan masa semua orang.

Di Shanghai, diorang lebih tolerant dan sukakan warga asing, sedia membantu. colleague saya yg dari India amat mendapat sambutan bila bersiar2 dibandaraya
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 03:26 PM | Show all posts
taikor replied at 18-3-2018 03:13 PM
cerewet sikit. contohnya, masa bayar makan kalau tengok betul2 duit sebelum bayar cashier akan ber ...

so far pengalaman gi chinese spiking country ni..taiwanese paling best..sopan je mcm jepun..amoi dia pun lawa

tp yg tua2 jelah grumpy sikit..sikit2 ckp mcm nak menjerit

china mainland ni nampak la dorg ni mcm pprt caprut (dan bising) skit..tp sebenarnya dorg ni baik je..kalu tanya apa2 mesti dia tolong
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.617606 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list