CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7970|Reply: 6

Siapa Sakitkan Hati Isteri Memang Allah Jadikan Hidupnya Tak Berkat. Tak Berjaya

[Copy link]
Post time 21-3-2018 11:32 AM | Show all posts |Read mode




Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebab kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ebit Lew ini…
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan.
Ya Allah….kaulah segalanya.. Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer.. Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..
Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya. Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.
Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri. Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.
Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini. Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.
Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.
Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati.
Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah


Sumber: Ustaz Ebit Lew

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2018 09:34 PM | Show all posts
bak kata kawan saya, syurga isteri kat bawah kaki suami, neraka suami dalam tangan isteri....eemmmm  tapi saya tak berapa nak faham..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 11:08 PM | Show all posts
It takes two tango lahhh. If suami sakitkan hati isteri yg baik, mmg tak patut .sama jugak if isteri sakitkan hati suami yg baik. Buat baik, dptlah ganjaran yang baik. Adalah habuannya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2018 01:05 PM | Show all posts
itulah Allah itu Maha Adil, barang siapa yg kufur , cerca  kepada-Nya, dan  memftnah insan berlaku tak adil, percayalah dia akan dirundung  sebegitu,  percayalah ...

org macam ni seolah olah ALlah tak izinkan ketenangan tau especially bebenda spiritual sebab? hati ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 05:36 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 7-11-2018 05:37 AM

so, tak pe  doakan saja kat Allah  untuk  keadlan sebab , bukan sahaja isteri teraniaya tapi  memana pihak pun , itulah keadilan dan doa tu kan senjata? so yakin sbb Allah dah beri jaminan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 01:08 AM | Show all posts
sakitkan hati siapa saja Allah marah, maka hidup boleh tidak berkat atas alasan itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2019 02:43 PM | Show all posts
Pandanglah teguran isteri adalah teguran dari allah..
Pandanglah teguran suamimu datangnya dari teguran allah..
Pandanglah sifat lemah isterimu adalah pandangan kasih dan sayang tuhanmu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.249904 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list