CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2841|Reply: 31

[Tempatan] PPR Pantai Dalam: Wanita, 23 ditahan berhubung kes campak kerusi

[Copy link]
Post time 22-3-2018 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Wanita muda ditahan berhubung kes campak kerusi
Bernama
| March 21, 2018



KUALA LUMPUR: Hasil laporan kimia berhubung kes seorang remaja lelaki mati ditimpa kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat Seri Pantai, Pantai Dalam, di sini, pada 15 Januari, membawa kepada penahanan suspek wanita muda.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata suspek 23 tahun itu disoal siasat dalam tempoh reman dan tiada sebarang pengakuan daripada suspek.

“Pihak Bukit Aman sudah merakam dan menyoal siasat melalui kaedah analisis tekanan suara (VSA) tetapi hasil siasatan negatif.

“Suspek diberi jaminan bon bawah Seksyen 118 KPJ di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada Jumaat lepas. Sehingga kini, tiada sebarang perkembangan terbaru mengenai kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata polis masih meneruskan siasatan dan berharap orang ramai mempunyai maklumat kes ini hendaklah menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira 8.10 malam 15 Januari lepas, mangsa S Sathiswaran, 15, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini polis dilaporkan memanggil 43 orang bagi membantu siasatan dan analisis tekanan suara VSA terhadap 5 individu disenarai pendek mendapati hasilnya negatif.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih pihak polis kerana terus menyiasat kes ni....harap si pembunuh dapat ditangkap dan dihukum mati....memang ternanti2 kesudahan kes ni....kesian sangat yang mati. ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 09:11 AM | Show all posts
semoga si pelaku dpt ditangkap & dihukum
bodoh sgt main campak2 sesuka hati jerk
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 09:12 AM | Show all posts
takde kesan cap jari ke kat kerusi tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 09:18 AM | Show all posts
Jaring keselamatan yang dipasang, kini dah jadi perangkap sampah. Penduduk PPR memang bukan takat miskin duit, malah perangai pun tahap miskin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2018 09:21 AM | Show all posts
pd yg tak pernah melawat or dtg area PPR
aku nasihatkan hati2 la bila ke sana
cuba jln area kaki lima shj
jgn lintas kawasan terbuka di tengah2 flat
berhati2 itu lebih baik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2018 09:34 AM | Show all posts
R2D2 replied at 22-3-2018 09:21 AM
pd yg tak pernah melawat or dtg area PPR
aku nasihatkan hati2 la bila ke sana
cuba jln area kaki l ...

btol tu.. hari tu ade pergi rumah kenalan yg duduk PPR.. seriau je nak jalan tempat yang tak berbumbung.. cepat2 jalan masuk kat bawah blok..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 09:39 AM | Show all posts
ada sesiapa yang baik hati dan rajin snap gambar jaring yang dah jadi perangkap sampah tu?
teringin nak tengok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 10:26 AM | Show all posts
sedih sgt mentaliti pprt mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 10:59 AM | Show all posts
mohon hukuman berat sbb dah kira membunuh nyawa tak berdosa dek perangai pemalas ko ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:02 AM | Show all posts
whadda replied at 21-3-2018 08:34 PM
btol tu.. hari tu ade pergi rumah kenalan yg duduk PPR.. seriau je nak jalan tempat yang tak berbu ...

masa kejadian ni, me kat malaysia,
duduk rumah adik yang bertingkat tapi bukan PPR, memang
seriau gila nak kleuar dari tempat tak berbumbung,
takut kena hempak, siap cover anak cam kalau kena,
biar mak aje..


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:52 AM | Show all posts
lepas ni buat je ppr takde tingkap..
buat lubang udara kecik kecik nak masuk tangan pun tak lepas..
ala-ala duduk penjara..
baru layak untuk orang takde kesedaran sivik..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:58 AM | Show all posts
Harap ada kesudahan kes ni dan si pelaku diberi hukuman setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Analisis tekanan suara tu mcm polygraph test ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kenape ye asal pprt synonym dgn miskin/low income = kesedaran sivik low = tahap kebersihan low juga
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana polis tahu beliau yg lempar .... ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah pprt layak dibuat pulau letk dkt sana sister..xbertamadun cmana nk hidup dengan manusia normal.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 01:08 PM | Show all posts
famri7 replied at 22-3-2018 01:04 PM
Ummah pprt layak dibuat pulau letk dkt sana sister..xbertamadun cmana nk hidup dengan manusia normal ...

letak skali ngn rohingya, indon, bangla, nepal baru sekufu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
cheewong replied at 22-3-2018 12:59 PM
kenape ye asal pprt synonym dgn miskin/low income = kesedaran sivik low = tahap kebersihan low juga

Betul...pernah pergi flat pelangi damansara... Depan mata orang ludah dari tingkay atas...kemudian nampak orang buang sampah dari tingkat... X faham knapa pprt perangai mcm tu... X geli keee... Pelik pelik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah ppr layak tinggal sepulau dgn rohingya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.235543 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list