CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5041|Reply: 103

[Tempatan] Kecewa MCA dapat kerusi Parlimen Wangsa Maju, UMNO turunkan bendera parti

  [Copy link]
Post time 13-4-2018 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by jofizo at 14-4-2018 12:38 AM

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Wangsa Maju membekukan semua aktiviti mereka ke satu tarikh yang belum ditentukan kerana kecewa bila mendapat khabar kerusi Parlimen Wangsa Maju diserahkan kepada MCA.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju, Wan Muhammad Azri Wan Deris mendakwa jentera UMNO bahagian tersebut telah bertungkus lumus sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Wan Azri juga mendakwa MCA tidak melakukan kerja-kerja yang sepatutnya untuk bertanding di Parlimen tersebut.

"Kami mendapat makluman awal Wangsa Maju diberikan kepada MCA bertanding jadi kami sebagai UMNO Wangsa Maju yang sudah buat kerja bertahun-tahun dengan macam-macam kerja rasa amat kecewa lah jika MCA bertanding kerana MCA tak buat kerja langsung sejak selepas PRU13 hingga hari ini.

"Tengku Adnan juga pernah berjanji bahawa Wangsa Maju mesti UMNO bertanding, mesti Melayu bertanding jadi janji itu sangat mengecewakan.

"Namun, kami bukanlah nak sabotaj parti cuma kami ingin menyatakan rasa kecewa kami jika benar MCA diberikan tempat di Wangsa Maju," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.

Awal malam ini, tular di media sosial gambar-gambar bendera Barisan Nasional (BN) di kawasan yang didakwa Wangsa Maju diturunkan oleh pekerja parti.

Pada PRU13, calon BN yang diwakili UMNO Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr. Tan Kee Kwong dengan majoriti 5,511 undi.

Mohd Shafie memperolehi 26,130 manakala Dr Tan mendapat 31,641 undi.

Pada PRU12, calon BN yang diwakili MCA Datuk Yew Teong Look tewas kepada calon PKR Wee Choo Keong dengan majoriti 150 undi.

www.astroawani.com/berita-politik/kecewa-mca-dapat-kerusi-parlimen-wangsa-maju-umno-turunkan-bendera-parti-172874
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2018 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke semuanya BN. Bantu membantu la. Tak kira siapa yg buat kerja siapa yg bertanding. Bukan org lain, BN juga.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
MCA? what party is dat? party apa lagi cina mahu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Wangsa maju majoriti melayu. Kenapa nak letak calon mca?
Ke nak swap dgn kerusi parlimen tun razak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 13-4-2018 11:42 PM
Bukan ke semuanya BN. Bantu membantu la. Tak kira siapa yg buat kerja siapa yg bertanding. Bukan org ...

Sepatutnya mcm tu la...tp tak guna 1 parti je bertungkus lumus buat kerja 1 parti lain ambik kredit letak calon kat tempat yang dirasakan boleh menang. Cth terbaik parlimen tempat aku la kawasan bandar tun razak. Org umno penat lelah buat kerja tapi letak wakil mca. Tu pun tetap kalah dgn khalid ibrahim yg ntah berapa kali la tunjuk muka kat kawasan parlimen tun razak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2018 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw baru tau papagomo ni ajk umno bahagian. berbaloi la kena maki berbakul-bakul
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
DAP rileks je xpkai bendera sendiri..pehal UMNO Wangsa maju lk cmni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2018 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Papagomo ni dah berangan nak jadi calon bn wangsa maju ka? Tgk cermin ka tak dia ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2018 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
PRU12
Datuk Yew Teong Look (MCA) 19487
Wee Choo Keong (PKR) 19637
Majoriti 150

PRU13
Datuk Mohd Shafei Abdullah (UMNO) 26130
Datuk Dr. Tan Kee Kwong (PKR) 31641
Majoriti 5511

Letak melayu lagi besar kalah majoriti. W/pun tmpt majoriti melayu tp nampak sgt melayu bandar x nak umno...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2018 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 14-4-2018 12:11 AM
Btw baru tau papagomo ni ajk umno bahagian. berbaloi la kena maki berbakul-bakul

Patut senyap2 dh la, bg org lain le yg ckp...sbb ramai org menyampah ngn dia...sah2 akn effect pd parti...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 12:26 AM | Show all posts
Boleh ke orang Isle mengangkat seorang kafir laknatullah sebagai pemimpinnya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Papagomo pegi layan pondan haritu lagi baek. Tak payah layan politik
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 14-4-2018 12:26 AM
Boleh ke orang Isle mengangkat seorang kafir laknatullah sebagai pemimpinnya?

Mengikut sorang mufti, tidak boleh. Mufti tu kena tegur Amno ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 12:42 AM | Show all posts
taikor replied at 14-4-2018 12:37 AM
Mengikut sorang mufti, tidak boleh. Mufti tu kena tegur Amno ni

Inilah tanda akhir zaman.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 14-4-2018 12:08 AM
Sepatutnya mcm tu la...tp tak guna 1 parti je bertungkus lumus buat kerja 1 parti lain ambik kredi ...

meanwhile, masa ahli parti kesayangan di parlimen sis penat lelah buat kerja, ketua dia pon 'bertungkus lumus menabur bakti' di parlimen bukit bintang dengan layan karok sambil minum kopi sampai ke pagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2018 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 14-4-2018 12:05 AM
Wangsa maju majoriti melayu. Kenapa nak letak calon mca?
Ke nak swap dgn kerusi parlimen tun razak? ...

Kata semangat setiakawan, tak kira lah kawasan apa, apa salah nya tulung rakan kongsi.dan  sejak bila pulak BN tu jadi Parti Melayu???
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 14-4-2018 12:08 AM
Sepatutnya mcm tu la...tp tak guna 1 parti je bertungkus lumus buat kerja 1 parti lain ambik kredi ...

Yg Mca ni pun satu. Sedor diri le sikit. Matlamatnya nak menangkan parti kan. Dah tau takleh menang, bg le kat kawan yg bole menang. Tp dgr katanya Kak Ijat calon kali ni betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah umngok gaduh dgan cina jinak mca. So ni berapa ribu keluar umngok lepas ni? @tobby @whitemagic @rashiman @bioessence @Skuau @Simunggu kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 14-4-2018 12:05 AM
Wangsa maju majoriti melayu. Kenapa nak letak calon mca?
Ke nak swap dgn kerusi parlimen tun razak? ...

Cacai kemaluan dah berapa ribu ahli umngok keluar parti ni kahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.389062 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list