CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4940|Reply: 8

3 Restoran Di Bangsar Untuk Chill Dan Lepak Dengan Kawan-Kawan

  [Copy link]
Post time 17-4-2018 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Bangsar sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat makan dan kehidupan malam yang mengujakan. Kadangkala kalau banyak tempat makan pun susah juga nak buat pilihan.


Jadi kali ini kami memudahkan anda dengan tiga tempat yang wajib anda singgah jika berada di Bangsar!


Nasi Briyani Ayam Madu @ Restoran Mahbub


Foto:Facebook



Barisan beratur yang panjang pada waktu makan tengah hari membuktikan restoran ini sungguh popular. Namun jika anda pertama kali datang ke Mahbub, anda wajib memesan Nasi Briyani Ayam Madu.


Sudah tentu anda tidak mahu ketinggalan menikmati ayam manis penuh berperisa dan lembut dihidangkan dengan nasi briyani yang semerbak baunya.


Alamat: No.15-, 17, Lorong Tempinis Kiri 1, Lucky Garden, Bangsar
Waktu Operasi: 7pagi – 2pagi (setiap hari)
No telefon: +603 2095 5382


Japanese Yodel Burger @ The Daily Grind



Foto:Facebook



Ada banyak burger yang sedap-sedap dihidangkan di sini. Paling istimewa ialah Yodel Burger.


Patti daging beserta keju biru Jepun dan cendawan rangup disalut tempura digunakan dalam pembuatan burger ini.


Alamat: Bangsar Village, 1 Jalan Telawi 1, Bangsar Baru
Waktu operasi: 11pagi- 11 malam (setiap hari)
No telefon: +603 2287 6708


Wantan Mee @ Restoran Berjaya



Foto:Facebook



Restoran ini terkenal dengan lauk pauk untuk Nasi Padang yang dihidangkan. Namun ramai juga yang sanggup datang seawall 7 pagi untuk menikmati sepinggan mi wantan untuk makan pagi.


Alamat: 44, Jalan Telawi, Bangsar Baru
Waktu operasi: 7 pagi – 5 petang (setiap hari)
No telefon: +6016 292 5578


Jom rancang perjumpaan bersama sahabat lama di Bangsar! -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2018 05:03 PM | Show all posts
Hello! Very interesting topic, thank you raised it

routing number 31000503
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik boleh tambah list place to try nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 03:20 PM | Show all posts
Wondermama and chawan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 04:57 PM | Show all posts
lama dah tak lepak bangsar nih... antara tempat makan i salu p dulu adalah restoren mahbub ni, syed (seberang dia jer), pizza hut kat area tu, pastu salu lepak BSV and BSC.  Dulu ada Madam Kwan gak kat situ, lama dah tutup.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow menarikk !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2018 12:04 PM | Show all posts
Masa study dulu selalu tapau mee goreng basah uncle yang dekat gerai-gerai kecil depan farmasi kat corner shoplot lucky garden tu. Dahla murah, portion banyak, sedap. Ada lagi ke tak, tak tahu lah. Kalau lepak/study group pulak biasa kat mcdonalds jalan maarof tu je sampai pagi.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2018 05:39 PM | Show all posts
wantan mee restoran berjaya tu mmg sedap! recommended sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2018 01:00 PM | Show all posts
Lapaq pulak tengok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.525561 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list