CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2973|Reply: 38

[Tempatan] Tolong Bawa Balik Anak Gadis Kami Dari Penjara Nepal

[Copy link]
Post time 19-4-2018 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 19-4-2018 10:08 PM

**dah duk dlm jail mestilah situasi tak sama mcm duk kat hotel acik oitttt..
ni kes keldai dadah ke atau mmg pengedar dadah


SEREMBAN: A father is worried about his daughter who is serving a long jail term in Nepal for trafficking in drugs.
Marina Jamaluddin, 31, has been serving her 20-year jail term since 2015 after she was arrested in Tribhuvan International Airport with 11kg of cocaine.
Her father Jamaluddin Abd Malik, 65, said he was able to visit her daughter in Nepal with the assistance of MCA Youth Chief Datuk Chong Sin Woon, only to find his daughter living under miserable conditions.
“The prison does not provide enough food. We have to pay at least RM500 per month for her food.

   

“Everything has to be paid, including medical cost.
“She is in bad health and some of her fingers were broken,” Marina’s brother Saiful Faiz said at a press conference hosted by Chong here.
“I hope the Government can bring my daughter back.
“I love my daughter so much. I can’t see her suffer. She is in bad shape,” said Jamaluddin.
Chong said there were previous cases where prisoners were exchanged between Malaysia and another country.
He said he had discussed the matter with the deputy ministers from the Foreign Ministry and Home Ministry.
“We are unsure about the details, whether we can do the same for this case or if Nepal wants to do this.
“But we need a lot more support for Marina, so that we can further discuss the issue,” he said, urging non-governmental organisations and associations to help.
“I hope people in Seremban and in other places can sign the petition online. We can then send the petition to the Nepalese embassy in Malaysia,” he added.
The petition can be accessed at https://www.change.org/p/anak--malaysia-petisyen-kepadakedutaan-nepal-di-malaysia-rayuanmembawa-pulang-marina-binti--jamaluddin/.

Read more at https://www.thestar.com.my/news/ ... lZpUA8dPJ9kkdseo.99

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2018 11:01 AM | Show all posts
bagusnya penjara mereka..
nak makan minum ubat kena bayar..
penjara malaysia makan tanggung berak cangkung jah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-4-2018 11:01 AM
bagusnya penjara mereka..
nak makan minum ubat kena bayar..
penjara malaysia makan tanggung berak  ...

Yang tak mampu macam mana?
Ala... negara kita ni kuat benar simpati..
Kebajikan tetap dijaga biarpun kau tak menyumbang apa2 kpd negara...

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 11:10 AM | Show all posts
patut kat sini buat mcm tu jgk..ntah di bg makan apa gamaknya duit yg duk byr kt jel tiap bulan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau anak kau kantoi kat sini dah lama dah dia mati pakcik oooiiiiii.....11kg cocain tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2018 11:17 AM | Show all posts
kalau kat msia buat mcm tu, mau NGO segala mak nenek buat demo....katanya human right even as a prisoner.
tp kat sana tak de la pulak NGO membantah ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2018 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-4-2018 11:01 AM
bagusnya penjara mereka..
nak makan minum ubat kena bayar..
penjara malaysia makan tanggung berak  ...

segalanya baik di malaysia...di luar kami boleh buat sukati...di 'dalam'....pon kami dilayan baik...sb tu kami tak kisah msk secara haram ke msia-PATI.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 11:47 AM | Show all posts
11kgs of cocaine.
39B.
regardless dalam kawalan or memiliki will be gantung.
berat ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2018 12:06 PM | Show all posts
cmne la bole tak rasa berat 11kg tu?

aku beg lebih 2kg, dh rasa sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2018 12:07 PM | Show all posts
batmana replied at 19-4-2018 12:06 PM
cmne la bole tak rasa berat 11kg tu?

aku beg lebih 2kg, dh rasa sgt

kannn...beras yg berat 10 kg tu pun dah sesak nak angkut...ni dgn baju2 dia, mekap dia, takkan la tak sedor

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 12:17 PM | Show all posts
klu ko kambing itam..mmg kesian la..
tp klu btol mereput la ko dlm penjara tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoitt 11kg byk tu. Jari patah pulak kenapa? Tumbuk dinding ke mcm mana. Google nepal prison nmpk mcm dinding jail depa bata-bata lama tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
So klu bwa blk cni nk suh penjarakn kt cni ke mcm mna supaya senang melawat lh?

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 02:06 PM | Show all posts
dh kalu sendiri dgn rela hati bawak 11kg heroin tu, mereput je lah kt sana.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 02:14 PM | Show all posts
tapi nak exchange 1 - 1 jgn la.
meh tukar 1 - 1000. angkut la balik nepal belambak kat sini.
sorry OTT.

berbangkit berita: kesalahan besar tu. 11kg dah sama berat seorang budak. klu jatuh beg berisi dadah tu atas trek LRT, train pun berhenti serta-merta pokcik hooooi!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 08:12 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 19-4-2018 08:14 PM

“SAYA merayu kerajaan Malaysia dapat membawa pulang anak saya yang kini meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan menjadi keldai dadah," rayu Jamaluddin Malek, 66, bapa kepada Marina Jamaluddin, 39 yang ditahan pihak berkuasa di sana selepas didapati bersalah memiliki dadah tiga tahun lalu.

Jamaluddin berkata, anak perempuannya itu ke Nepal pada pertengahan 2015 bersama suaminya dan anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun ketika itu untuk bercuti.

Katanya, selepas beberapa hari di sana Marina meminta suaminya bersama anaknya untuk pulang ke Malaysia terlebih dahulu disebabkan dia ada urusan yang perlu diselesaikan.

"Namun selang beberapa hari selepas itu dia ditahan pihak berkuasa Nepal apabila menemui sejumlah dadah bersamanya menyebabkan dia dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun," katanya ketika ditemui di Seremban, malam tadi.

Pada 6 April 2015, Harian Metro melaporkan Marina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA), Nepal selepas didapati cuba menyeludup kokain seberat 11 kilogram.

Dia ditahan kira-kira 7 malam ketika dalam perjalanan ke Itali melalui Kathmandu, Nepal, dengan menyembunyikan dadah itu di dalam lima komputer riba.

Bekalan dadah itu dipercayai diambil di Brazil untuk diseludup ke Itali dengan menggunakan laluan Nepal.


Jamaluddin berkata, sejak anaknya ditahan dia berusaha kumpul duit bagi melawatnya termasuk meminta sumbangan daripada kenalan.

"Selepas tiga tahun, barulah duit mencukupi dan saya dapat melawatnya pada awal bulan ini. Saya dapati keadaannya terlalu teruk dan menyayat hati selain kelihatan lemah.

"Saya tidak sanggup melihat keadaan anak saya seperti itu dan dia turut sempat merayu supaya dapat dipindahkan ke negara ini secepat mungkin. Marina juga amat rindukan anak dan suami serta ibunya," katanya.

Katanya, kini anaknya itu perlu menjalani baki hukuman penjara selama 17 tahun lagi dan sepanjang tempoh itu pelbagai perkara boleh berlaku.

"Sehubungan itu, saya merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya membantu membawa pulang anak saya menjalani hukuman di negara ini secepat mungkin.

"Saya tidak tahu kepada siapa lagi yang perlu merayu meminta tolong," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/02/316157/tolong-bawa-anak-saya-pulang

kesian tengok gambar pakcik dlm berita tuh... tp biarlah anak pakcik dok kat jel nepal, setimpal la dgn kesalahannya. jadikan jugak pengajaran kpd keldai2 dadah yg lain. ingat jel tu mcm four seasons hotel ka.btw cuba bayangkan kalau kokain 11kg tu terlepas ke pasaran, brp ramai yg bakal jd mangsa? anak pakcik plak aman2 adja enjoy mengaut upah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2018 08:26 PM | Show all posts
"Sehubungan itu, saya merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya membantu membawa pulang anak saya menjalani hukuman di negara ini secepat mungkin."

Hukuman 11 kg kat sini, gantung. Nak cepat-cepat gantung ke--- guane ni.
Mungkin ada benda yg wa tak paham kot?
Ada pendapat?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 08:32 PM | Show all posts


Kerajaan tak boleh campur tangan
MARINA Jamaluddin, 39 yang ditahan pada tahun 2015 di Nepal atas kesalahan berkaitan dadah perlu menjalani hukuman di negara itu.
Pengamal undang-undang, Paul Krishnaraja berkata, setiap negara mempunyai kedaulatan undang-undang dan perlu dipatuhi oleh sesiapa sahaja apatah lagi selepas dijatuhi hukuman oleh mahkamah negara berkenaan dan kerajaan kita tiada hak untuk mencampuri urusan terbabit.
Katanya, seperti warga asing yang melakukan jenayah di negara ini, kerajaan negara mereka turut tidak boleh mencampuri pelaksanaan hukuman yang dikenakan.

"Hukuman perlu dijalankan di negara yang berlaku pendakwaan kes itu namun, kerajaan hanya boleh menghantar wakil untuk proses pengampunan.
"Bagaimanapun ia bergantung kepada kelulusan pihak tertinggi di sana dan jika diluluskan kemungkinan tempoh hukuman disingkatkan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Marina yang didapati cuba menyeludup kokain seberat 11 kilogram disembunyikan di dalam lima komputer riba sebelum dikesan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA), Nepal.
Mahkamah negara berkenaan menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun atas kesalahan berkenaan terhadap Marina.
Terdahulu, ayahnya, Jamaluddin Malek, 66, merayu kepada kerajaan supaya membenarkan anaknya menjalani hukuman itu di negara ini disebabkan mengalami masalah kewangan untuk melawat anaknya.
Jamaluddin terpaksa meminta sumbangan kepada kerajaan negeri dan rakannya sebelum berjaya mengumpul wang itu selama tiga tahun bagi melawat anaknya pada awal bulan ini.


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 08:35 PM | Show all posts
Gigihnya wa cari berita tahun 2015 dulu..... saja curious nak tahu....

Wanita Malaysia ditahan cuba seludup 11kg kokain di Nepal







Kuala Lumpur: Seorang ‘keldai dadah’ wanita warga Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA), Nepal kelmarin, selepas didapati cuba menyeludup kokain seberat 11 kilogram (kg).
Wanita berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam ketika dia dalam perjalanan ke Itali melalui Kathmandu, Nepal, dengan menyembunyikan dadah itu di dalam lima komputer riba.
Menurut sumber, suspek ditahan ketika pemeriksaan keselamatan dilakukan pihak berkuasa lapangan terbang.
“Suspek dipercayai kali pertama menggunakan laluan Nepal selepas mengambil bekalan dadah itu di Brazil untuk diseludup ke Itali.

“Wanita terbabit pergi ke Brazil dari Malaysia pada 15 Mac lalu sebelum mengambil penerbangan dari Doha, Qatar ke Kathmandu pada 28 Mac,” katanya.
Ketika disoal siasat, suspek memberitahu ‘dalang’ pengedar dadah yang menyerahkan barangan itu mengarahkan dia menggunakan pintu masuk berkenaan atas faktor keselamatan.
Sumber berkata, siasatan awal mendedahkan suspek menerima upah AS$D1,000 (RM3,625) bagi tugas menyeludup dadah itu dari Brazil ke Nepal.
“Suspek akan menerima baki bayaran AS$5,000 (RM18,124) sebaik tiba ke destinasi di Itali,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Duta Besar Malaysia ke Nepal Fadli Adilah mengesahkan penahanan wanita terbabit.
Menurutnya, pihak kedutaan sedang memberikan bantuan berkaitan iaitu lawatan terhadap suspek dan memastikan wanita itu melalui prosedur dan proses undang-undang negara Nepal.
“Dia juga akan dihadapkan ke mahkamah petang ini (semalam), bagi lanjutan tahanan reman dan siasatan,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2015 @ 8:14 AM




Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tak boleh sogok ke. sana mcm senang je, soogk duit banyak2 kat pegawai penjara ke. boleh lepas
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.541989 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list