CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16530|Reply: 213

[Tempatan] Pensyarah IPTS @ Imam Palestin ditembak mati. Update: Motosikal ditemui

  [Copy link]
Post time 21-4-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ulamalu at 24-4-2018 10:42 PM

Imam Palestin ditembak mati
Teoh Pei Ying
cnews@nstp.com.my

PENSYARAH universiti swasta yang juga imam dari Palestin ditembak mati di luar kondominium di Jalan Gombak, Setapak, hari ini ketika berjalan ke surau untuk menunaikan solat Subuh.

Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak mati dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal di hadapan kondominium itu, 6 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.

“Polis turut menemui 2 slug peluru di lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk menunaikan solat Subuh di surau berhampiran,” katanya yang memaklumkan satu sidang media akan diadakan di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 10:22 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dendam ke apa ni,  sampai 10 das.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita tunggu hasil siasatan. Spekulasi taknak layan. Nobody knows anything.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:05 PM | Show all posts
Siapa nama dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:07 PM | Show all posts
dekat facebook dah ada yang buat spekulasi ada yahudi masuk malaysia senyap2 lepas tu bunuh pak imam nan mulia ini katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Who are yuss??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2018 01:24 PM | Show all posts
apa motif nak piii tembak imam yg selalu nyerrr dijemput khas setiap menjelang Ramadhan ni???cara tembak pun macam filem mafia jerrr ber das2 peluru....



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:26 PM | Show all posts
Pagi2 Subuh nak menembak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat area gombak banyak student Arob UIA. Kondo mana ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:37 PM | Show all posts
antara gambar2 kawasan kejadian,








Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jilakernya....pepagi dah menembak org nak ke surau...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:42 PM | Show all posts
Edited by dcruins at 21-4-2018 01:43 PM

Syahid nak ke surau ketika subuh, gilerrrr nyerrrr assassin subuh2 dah nak buat kerja gilerrr, sampai 10 das, betul2 nak bagi mati nyerrr cara tembak.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
thats foreign operatives strike cia or mossad, they themselves look strakly contrast to local senang jer, hire local hitmen. mcm juga isis dia guna non muslim arab or indon utk ajak jihadist
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukti malaysia masih aman
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai muda lagi..kesian anak bini..so mlaysia ni dh tak selamat tu bangsa palestin tumpang berteduh
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:49 PM | Show all posts
Apa jerrrr salah imam dari Palestin ni sampai nak tembak ala2 mafia sampai 10 das, subuh2 dah penuh hitam hati nak membunuh....  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 01:51 PM | Show all posts
edee_91 replied at 21-4-2018 01:07 PM
dekat facebook dah ada yang buat spekulasi ada yahudi masuk malaysia senyap2 lepas tu bunuh pak imam ...

ejen yahudi ejen cia kah?

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:54 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 21-4-2018 01:51 PM
ejen yahudi ejen cia kah?

ontahlah abukrokok.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2018 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit

Nor Azizah Mokhtar dan Teoh Pei Ying
cnews@nstp.com.my

DUA suspek yang menembak mati pensyarah Palestin di hadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Taman Medan, Kuala Lumpur, dipercayai menunggu kira-kira 20 minit untuk mangsa keluar dari kondominium terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal berkuasa tinggi jenis BMW GS menunggu mangsa di luar sebelah kanan kondominium terbabit.

"Mereka menunggu di situ kira-kira 20 minit sebelum menembak mangsa yang sedang berjalan untuk ke surau berhampiran di laluan pejalan kaki beberapa meter dari pintu masuk hadapan kondominium berkenaan.


"Lebih 10 das tembakan dilepaskan suspek dengan empat daripada tembakan kena pada kepala dan badan mangsa menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Katanya, penembak kelihatan memakai topi keledar berpenutup penuh dan buat masa ini siasatan mendapati tembakan dilepaskan seorang suspek ke arah mangsa dari jarak dekat.

"Kejadian berlaku kira-kira 6 pagi dan keadaan ketika itu agak gelap. Menerusi rakaman CCTV itu, kita lihat ada dua individu lain berjalan di lokasi sama namun tidak diendahkan suspek sehinggalah mangsa muncul.

"Jelas suspek memang sedang menunggu mangsa di situ sebelum menembaknya bertalu-talu.

“Bagaimanapun kita masih menyiasat motif sebenar pembunuhan," kata Mazlan lagi.

Ketika ditanya jika motif pembunuhan ada kaitan dengan elemen pengganas, Mazlan memberitahu siasatan dijalankan daripada segala sudut termasuklah elemen berkenaan.

Katanya, polis sudah menubuhkan pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Sementara itu, Duta Palestin di Malaysia, Datuk Dr Anwar H. Al Agha ketika ditemui di lokasi memberitahu mangsa, Dr FadiM R Albatsh adalah seorang yang pendiam, suka berbuat baik dengan orang dan tidak mempunyai musuh.

"Dia (Fadi) sudah lebih 10 tahun menetap di negara ini dan bertugas sebagai seorang pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah universiti swasta di ibu negara.

"Fadi yang juga graduan Universiti Malaya (UM) amat disenangi rakan-rakannya dan dijadualkan ke Turki untuk menghadiri satu persidangan berkaitan sains di sana, hari ini," katanya.

Tambahnya, mangsa sudah berkahwin dengan rakan senegaranya dan mempunyai tiga anak perempuan berusia antara satu hingga enam tahun.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun berjalan ke surau terletak kira-kira 300 meter dari kondominium terbabit sebelum ditembak.

Mangsa yang bertugas sebagai imam kedua di surau terbabit yang dikenali sebagai Surau Arab oleh penduduk setempat sepatutnya mengimamkan jemaah untuk solat Subuh, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 1:16 PM
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 02:02 PM | Show all posts
dah 10 tahun rupa nyerrr duduk kat sini jadi pensyarah, ni assassin pun siap naik motor BMW GS lagi.....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.074568 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list