CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2643|Reply: 20

[Politik] Anwar Ibrahim perdana menteri ke-8?

[Copy link]
Post time 24-4-2018 05:12 PM | Show all posts |Read mode


Oleh Mohd Firdaus Hamzah
Hipotesis – Pakatan Harapan berjaya memenangi pilihan raya umum ke-14. Tun Dr Mahathir Mohamad ditabalkan menjadi perdana menteri transit seperti yang dipersetujui oleh PH dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih kedudukan sebagai PM ke-8.

Adakah itu harapan Parti Keadilan Rakyat? Adakah itu hasrat golongan penyokong PKR – para reformis yang berjuang dalam reformasi? Hairan, bila kita lihat sepanduk-sepanduk yang tertera Anwar PM ke-7, adakah mereka lupa memikirkan mandat yang diberi kepada Dr Mahathir dan kerana itu Anwar PM ke-7 adalah satu andaian yang meleset.

Meleset kerana sekiranya menang sekali pun, Dr Mahathir adalah PM ke-7, memegang kembali jawatan perdana menteri. Maka Anwar tidak mungkin jadi PM ke-7. Mungkin harapan seterusnya, bagi mereka yang menyokong Anwar adalah Anwar menjadi PM ke-8. Lagu ini akan didendangkan, “Anwar Ibrahim sebagai PM ke-8” sebagai penyejuk hati dan gula-gula untuk menenangkan PKR.

Adakah Dr Mahathir akan meletak jawatan, dalam masa beliau mempunyai sepenggal untuk memimpin negara ini, untuk memberi laluan? Laluan bagaimana? Anwar bukan Ahli Parlimen – walau pengampunan diraja mengampunkan, beliau belum layak untuk diangkat menjadi PM. Mungkin akan ada Ahli Parlimen yang akan melepaskan jawatan dan pilihan raya kecil diadakan semata-mata mahu memberi tempat kepada Anwar. Mungkin itu jawapan paling logik untuk menempah tempat dan menyediakan kerusi untuk Anwar sebagai PM ke-8.

Namun, sementara menunggu perlepasan mana-mana kawasan Parlimen oleh Ahli Parlimen yang ada dan sementara menunggu PRK diadakan, adakah tidak mungkin komponen-komponen PH akan membuat pilihan mereka dan mengambil kira pula PH terbentuk dan PPBM memperoleh pendaftaran mereka. Panjang rupanya cerita untuk Anwar mengambil alih jawatan PM dari Dr Mahathir yang digambarkan menjawat PM ke-7 nanti.

Adakah ruangan ini akan disusun semula semata-mata untuk menjadikan Anwar PM ke-8, dalam Dr Mahathir sedang empuk duduk di atas kerusi PM – sebagai PM ke-7. Berapa lama agaknya untuk Anwar sampai semula dalam melunaskan hasrat menjadi PM ke-8. Bagi yang sedang berangan-angan Anwar PM ke-7 mungkin sudah berkecai, untuk menjadi pula PM ke-8, banyak pula yang mahu dilalui.

Dr Mahathir berjaya mencatur langkah untuk semua parti pembangkang – berjaya memberi angan-angan kepada wadah perjuangan Reformasi – PKR menimbulkan harapan palsu untuk Anwar menjadi PM ke-8 dan akhirnya bergolak semula PH.

Kadang-kadang bila kita melihat semua, amat mudah PKR dan sekutu terpengaruh dengan percaturan yang tidak sebenarnya untuk menzahirkan satu pakatan konon-kononnya memperjuangkan agenda rakyat. Dr Mahathir memang cekap dan seperti biasa semua akan tahu – sekali kuasa digenggam untuk meleraikan bukan mudah. Tidak semudah Pak Lah yang disergah terus melepaskan jawatan – itu pun memberi tarikh masa yang ditetapkan, bukan “immediate” untuk keluar dari pejabat PM.

Mungkin terus berangan-angan para penyokong Anwar melihat idola perjuangan terus tertipu dengan muslihat politik – kononnya PM transit menunggu Anwar Ibrahim bebas. Amat terkedu PKR sekiranya kelak PPBM menjadi PM ke-7 dan ke-8 dan tidak dari PKR. Mudah sekali mereka terserap dalam agenda Dr Mahathir dan kelak adakah tidak salah kalau demokrasi terpimpin PH tidak lagi mencalonkan Anwar sebagai PM, malah seakan berpusing semula ke era Dr Mahathir membentuk legasi dan menurunkan kelak dalam kerangka feudalisme.
Adakah golongan yang berhempas pulas memperjuangkan kepimpinan reformasi mereka, Anwar Ibrahim untuk PM Malaysia, akan melopong kerana terperangkap dalam politik Dr Mahathir. Akan tiba ketika nanti, dakwaan “bukan Anwar yang diperjuangkan”, “kita bukan berjuang untuk individu”, dan soal Anwar tidak lagi relevan. Mungkin akan disaran untuk perubahan pada PRU-15 nanti – perubahan pucuk kepimpinan negara kita ini.

Hanya satu yang boleh diucap kepada penyokong Anwar: bersedialah untuk mencari ruangan melaksanakan reformasi ke-2, mahu menjatuhkan Dr Mahathir sebagai PM. Sejarah akan berulang kembali kerana kita gagal melihat atau kerana kita lupa. Sumpah Dr Mahathir mengenai Melayu mudah lupa berjaya – kerana PKR wadah perjuangan reformasi juga lupa.
Hipotesis ini bukan kosong. Pembacaan untuk Dr Mahathir terus berusaha mencatur politik dalam pembangkang terhasil. Maka tertipulah mereka yang memegang sepanduk Anwar PM ke-7. Mungkin PM ke-8 melihat Mukhriz dan Azmin Ali berebutan, memporak-perandakan politik negara ini kembali.

Harus kita fikirkan, keadaan politik yang sentiasa bergolak tidak menguntungkan rakyat. Kestabilan penting dan buat pengiraan yang betul tentang memilih siapa menjadi PM. Adakah kita sanggup melihat parti yang kononnya diharapkan memberi harapan sebetulnya sedang bergolak untuk kepentingan politik tersendiri. Tidak ada kerusi PM ke-8 untuk Anwar. Mungkin kena bersedia untuk laungan Reformasi ke-2 untuk lebih 10 tahun lagi.



Mohd Firdaus Hamzah adalah pembaca FMT.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 05:18 PM | Show all posts
engkau fikir CheDet nak biarkan Anwar jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 05:24 PM | Show all posts
celaru betul lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kita fokus jatuhkan umno dulu . soal pm ke 8 kita cerita kemudian . boleh ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
selepas RAHMAN, aku usulkan teori MAHANWAR boleh?
Mahathir
Anwar
Husam
Azmin (2 penggal hingga menimbulkan reformasi kedua)
Nurul Izzah
Wan Azizah
Anwar
Rafizi
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm pakatan harapan semua parti ada komposisi yg hampir sama...tdm hanya kuasai bersatu...takkan kalau dia tak mau abg non  pkr dap dan amanah dok diam saja...kot dia yg kena tendang kot..nak hasut org bodoh blh la macai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2018 09:19 PM | Show all posts
lpas pakatan harapan menang baru bincang
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:24 PM | Show all posts
negare tak berkualiti sungguh calonnye pun tak  berkualiti sume

anwar sodomi

diktator nyanyok

mo 1

@pyropura   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Anwar bila boleh kluar pnjara?... kesian gak. Gara2 kes liwat asyik kluar masuk pnjara jer...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya anwar ni 20 tahun yg dulu lagi patut jadi PM..lama betul dia tunggu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 03:56 AM | Show all posts
fayolet replied at 24-4-2018 09:24 PM
negare tak berkualiti sungguh calonnye pun tak  berkualiti sume

anwar sodomi

..Ndon, Nuart Kunyit jauh lebih berkualitas dibanding SEMUA presiden Indon dalam sejarah .... lihat & denger yah



https://www.youtube.com/watch?v=r72WlDzXwEI




Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 04:07 AM | Show all posts
fayolet replied at 24-4-2018 09:24 PM
negare tak berkualiti sungguh calonnye pun tak  berkualiti sume

anwar sodomi

... lihat gimana bahasa Jocockwi, gue denger adja  jadi ngakak dech, kayak siamang dihenjut badak ajah .... beda jauh kan dibanding Nuart Kunyit



https://www.youtube.com/watch?v=15hZHf7Zl5M






Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 04:15 AM | Show all posts
fayolet replied at 24-4-2018 09:24 PM
negare tak berkualiti sungguh calonnye pun tak  berkualiti sume

anwar sodomi

... lihat juga Acik Jijah, bini Nuart, juga sangat berkualitas bahasanya, bandingin ama Pres. Indon yang ngomong kayak memerang dihenjut aja



https://www.youtube.com/watch?v=TWVMOYT6baM



Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 04:20 AM | Show all posts
fayolet replied at 24-4-2018 09:24 PM
negare tak berkualiti sungguh calonnye pun tak  berkualiti sume

anwar sodomi

...Ndon, ni anak Nuart, juga amat berkualitas, so jelas terbukti Nuart Kunyit sekeluarga sangat berkualitas orangnya, Pres. indon mah hanya mampu jadi  bahan kentut Nuart Kunyit ajah



https://www.youtube.com/watch?v=9QqMDpY_nZ8



Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 04:29 AM | Show all posts
Edited by pyropura at 25-4-2018 04:32 AM
fayolet replied at 24-4-2018 09:24 PM
negare tak berkualiti sungguh calonnye pun tak  berkualiti sume

anwar sodomi

...hahaha leluhur Indon kena kutok .... indon bangsat dan low class katanya  



https://www.youtube.com/watch?v=cTUV9M7pE60




Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 25-4-2018 07:12 AM
dess402 replied at 24-4-2018 05:31 PM
kita fokus jatuhkan umno dulu . soal pm ke 8 kita cerita kemudian . boleh ?


dah jatuhkan umno kemudian huru hara sbb berebut jawatan antara parti.tun kekal pm sepenggal lg.sejarah reformasi berulang kembali . segala janji tak dpt ditepati.baik tak payah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 08:01 AM | Show all posts
perdana menteri transit?  sah2 atok kaki gaduh akan bergaduh semula dgn anwar & akan transit kan anwar ke dalam Kem Kamunting bila atok kembalikan akta ISA.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 08:03 AM | Show all posts
hong1991 replied at 24-4-2018 09:19 PM
lpas pakatan harapan menang baru bincang

kann...  angan2 kuat pakatoon ni. atok di langkawi pun belum tentu boleh menang. BN letak 6000 pengundi bangla di kawasan atok bertanding di langkawi mcm yg atok claim dah tentu atok akan kalah teruk.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 10:11 AM | Show all posts
pyropura replied at 25-4-2018 03:56 AM
..Ndon, Nuart Kunyit jauh lebih berkualitas dibanding SEMUA presiden Indon dalam sejarah .... liha ...

cume negare kunyit je yang kate penjubor itu berkualitas ye ,malon dan kunyit pisah tiade ,negare suci muruni menjauhi kunyit ,malon  negare kunyit najis
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 10:12 AM | Show all posts
pyropura replied at 25-4-2018 04:07 AM
... lihat gimana bahasa Jocockwi, gue denger adja  jadi ngakak dech, kayak siamang dihenjut badak  ...

negare kunyit meroyan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.376463 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list