CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1157|Reply: 14

[Tempatan] Berat sungguh derita mu Qayyum...

[Copy link]
Post time 26-4-2018 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Berat sungguh derita mu Qayyum...[METROTV]





















Share


0





Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
cnews@nstp.com.my



DERITA ditanggung Muhammad Qayyum Roslizam, 6, akibat penyakit kanser Neuroblastoma tahap empat sukar digambarkan.
Keadaan kanak-kanak itu begitu teruk termasuk kedua-dua matanya membengkak dan tersembul hingga menjejaskan penglihatannya manakala tubuhnya kurus dan tidak lagi mampu berjalan.
Dia kini dijaga ibu bapanya Roslizam Mat Hitam, 40, dan ibu, Herlinda Abdul Rahim, 34, di rumah mereka di Taman Serai Maju, Bagan Serai.

Roslizam yang juga anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai berkata, penyakit anak kedua daripada tiga beradik itu mula dikesan penghujung 2014 apabila matanya kelihatan bengkak seperti ada ketumbuhan.
Katanya, pada ketika itu dia membawa anaknya ke Hospital Taiping sebelum menerima rawatan selama sebulan di sana.
“Selepas pihak hospital memaklumkan anak saya mungkin menghidapi kanser saraf, Muhammad Qayyum kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum disahkan menghidap kanser terbabit dan menjalani rawatan kimoterapi selama setahun.
“Pada penghujung tahun lalu, penyakit dialaminya semakin merebak hingga memberi kesan kepada keadaan fizikalnya.
“Kini Muhammad Qayyum hanya bergantung pada ubat penahan sakit dan perlu menambah darah selain menjalani rawatan susulan kira-kira tujuh kali sebulan bergantung kepada keadaannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Roslizam berkata, selain rawatan hospital, dia dan keluarga turut berusaha merawat penyakit menggunakan kaedah rawatan tradisional, namun keadaan Muhammad Qayyum semakin membimbangkan dan dia sering menangis kerana kesakitan.
Katanya, seperti kanak-kanak lain, anaknya itu gemar menonton televisyen dan sering menangis kerana perkara sama.
“Bagi menenangkannya kami terpaksa memberi pelbagai alasan seperti memaklumkan kepadanya televisyen rosak dan memberikan mainan dimahukannya.
“Kami hanya bertawakal dan berserah kepada Ilahi dalam mengubati penyakitnya, biarpun doktor mengesahkan penyakit dialami berada di tahap empat,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Roslizam di talian 016-440 2981.




Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 April 2018 @ 10:50 PM



ROSLIZAM menunjukkan gambar Muhammad Qayyum ketika sihat dan keadaan terkininya yang menderita penyakit kanser Neuroblastoma tahap empat. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 02:40 PM | Show all posts
Allahu...semoga diberikan kesembuhan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 02:42 PM | Show all posts
kesiannya..bertabahlah bang
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi tgk Kat wall fb.. semoga tabah I Dan ayah juga keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan anakanda qaiyum sekeluarga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2018 02:42 PM | Show all posts
zulka replied at 26-4-2018 02:40 PM
Allahu...semoga diberikan kesembuhan

sedih kn bang zulka...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 02:54 PM | Show all posts

sedih tak terkata, tak sanggup nk tengok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2018 02:56 PM | Show all posts
Ya Allah..tabahkn la mereka..sembuhkan penyakit adik Qayyum..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Adik Qayyum diberi kesembuhan. Kesiannya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang selera.makan iols.bila.tgk budak.ni
Rasa.kesian.agt.cm.mana.dia tanggung sakit sekian.lama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2018 03:02 PM | Show all posts
zulka replied at 26-4-2018 02:54 PM
sedih tak terkata, tak sanggup nk tengok

sian adik qayum badan jd kurus...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya..mcm mana nk ubatkan dia..sedih2
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahap 4 sudah.
Kecil lagi dah tanggung sakit kronik.
Tak sanggup nak belek tengok gambar dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 03:44 PM | Show all posts
Allahuakhbar...
Semoga adik Qayyum sembuh....amin
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 03:49 PM | Show all posts
Ya Allah..sakit nyaa
semoga Allah beri kesembuhan dn permudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 03:55 PM | Show all posts
ya allah ya maha kaya
sayunya tengok semuga dipermudahkan segalanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.279297 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list