View: 2983|Reply: 29
|
[Tempatan]
Janjikan rumah, yang dapat hanya dinding Sahaja.
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-5-2018 01:38 PM
Janjikan rumah, yang dapat hanya dinding
Vivi Sumanti, Astro Awani | Mei 23, 2018 18:37 MYT
Lima beranak terus jadi penghuni bangsal usang selepas rumah yang dijanjikan terbengkalai sejak tiga bulan lalu. -foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Nasib empat beradik bersama ibunya yang tinggal di bangsal usang yang pernah didedahkan Astro AWANI sebelum ini pada awalnya bakal berubah dengan janji pihak tertentu untuk membina rumah untuk mereka sekeluarga.
Namun selepas empat bulan, bangsal usang berdindingkan kain, beratapkan zink itu tetap menjadi tempat berlindung mereka sekeluarga sementara rumah yang dijanjikan kini hanya siap sehingga dinding.
Rumah yang dijanjikan untuk siap dalam tempoh satu bulan, kini sudah memasuki bulan keempat dan yang kelihatan hanya dinding.-foto Astro AWANI
Menurut, Sharifah Natasha Syed Fairuz, 15 tahun, anak sulung kepada Nor Muhibbah Abdullah, mereka sekeluarga agak kecewa kerana masih berbuka dan bersahur di bangsal usang itu.
“Harapan saya nak rumah baru biar raya ini dapat duduk dengan tenang, biar air hujan tak masuk, haiwan bebrisa tak masuk.Mereka cakap dulu, dalam sebulan siap tapi sampai sekarang belum siap seperti dijanjikan.
''Memang saya sedih, sudah hampir empat bulan. Sekarang sudah hampir hari raya dan kawan-kawan nak datang pun tak boleh sebab sempit,'' katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sharifah Natasha, bersama adik-adiknya Sharifah Shuhada, 14 tahun, Syed Harris, 12 tahun, Syed Amir, 11 tinggal bersama ibu mereka yang merupakan satu-satunya tempat bergantung selepas kematian bapa dua tahun lalu.
Menurut Nor Muhibbah, pada akhir Januari lepas, kerja- kerja membersih tapak rumah lama peninggalan orang tuanya dimulakan.
Rumah berkenaan disumbangkan Pas kawasan Dewan Undangan Negeri Panchor dan pembinaannya bermula akhir Januari lalu.
Bagaimanapun Setiausaha Majlis Tindakan DUN Panchor, yang hanya mahu dikenali sebagai Solah ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pembinaan rumah itu akan disambung dalam tempoh dua hari.
Katanya, pembinaan sebelum ini terhenti bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya.
Sebelum ini kisah mereka mendapat perhatian selepas Astro AWANI menyiarkan penderitaan mereka yang tinggal di bangsal berkenaan sejak lebih dua tahun lalu.
Susulan pendedahan yang dibuat, ramai pihak bersimpati dan ingin membantu.
Keluarga Nur Muhibbah ditemui sewaktu kunjungan Kelab Media Kelantan Darul Naim, Hotel GRV dan KCTV sempena program Kita Kongsi bagi mendekati golongan memerlukan.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/janjikan-rumah-yang-dapat-hanya-dinding-176261
|
|
|
|
|
|
|
|
sabar ye..harap raya nanti boleh siap... |
|
|
|
|
|
|
|
lol. tak siap sampai ke sudah. kalau panggey tukang rumah bukan panggil media pun dah siap lama dah. agaknya nak kena juall vellfire audi sorang2 kut baru mampu bayar. |
|
|
|
|
|
|
|
knp rumah ni takde kerangka atap... org bina rumah bina rangka dulu....
pelik tul |
|
|
|
|
|
|
|
ibarat rumah dah siap atap berbunyi |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 24-5-2018 06:02 AM
ibarat rumah dah siap atap berbunyi
umpama @dodolgemok makan... tetek bergegar |
|
|
|
|
|
|
|
Harap dapatlah ditunaikan janji tu yer. Pilihanraya pun dah habis, boleh sambung pembinaan semula. Semoga dipermudahkan semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangang punya jawaban...
mcm le ingat org semua bodoh mcm dia..........
Kontraktor t& pekerja kontrak tuinvolve dgn PRU ke....
bila di jentik, baru le cecepat nak sambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian orang ni penuh harapan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabo dik, parti lobai tak sempat nak poww duit anak syarikat kerajaan negeri..kerja akan disambung bila duit berjaya di poww..sekian dimaklumkan |
|
|
|
|
|
|
|
besarnye rumah tu, kalau dh siap sok selesa la...sikit lagi tu, pasang bumbunug je dah boleh duduk dah |
|
|
|
|
|
|
|
macam lah tukang buat rumah tu bertanding pilihanraya
dan sibuk berkempen
motif sangat bagi alasan tak bijak macam tu
daripada sebulan ambil masa 4 bulan sebab pilihanraya?
hadoiii isle punya janji begini contohnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Pilihanraya lebih penting daripada bina rumah. Ok
|
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 24-5-2018 06:05 AM
umpama @dodolgemok makan... tetek bergegar
Penggembala babi harini lupa puasa? Dah boleh dah siap2 gi bazar beli makanan berbuka tu alang2 dah menghina kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Pembinaan rumah rakyat terhenti sbb pru? Kejam lobai! Kenapa xcakap terhenti smpai Kelantan memerintah federal jah?? |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 24-5-2018 09:10 AM
Penggembala babi harini lupa puasa? Dah boleh dah siap2 gi bazar beli makanan berbuka tu alang2 da ...
mana ade hina.... tu perumpamaan la
|
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 24-5-2018 09:20 AM
mana ade hina.... tu perumpamaan la
Kedai mamak azeez ada jah bukak pagi2 remdan ni sis. Boleh segera ke sana utk berbuka. Selamat berbuka! |
|
|
|
|
|
|
| |
|