CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3969|Reply: 4

Selepas Kerbau Guling, Kini Viral Pula Kuih Selak Pintu

[Copy link]
Post time 4-6-2018 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini viral dengan kuih Kerbau Guling yang popular di Rantua Panjang Kelantan. Terbaru, muncul pula satu kuih baru yang diberi nama Selak Pintu yang berasal dari Batu Pahat Johor.





Kuih selak pintu ini merupakan kuih yang agak terkenal dalam masyarakat Banjar dan ia jarang ditemui. Biasanya ketika bulan Ramadan kuih ini akan muncul.


Nama lain kuih selak pintu ialah papudak atau dalam masyarakat Banjar sendiri ia dipanggil sunduk lawang yang memberi maksud palang pintu berikutan bentuknya yang memajang seperti selak pintu rumah zaman dahulu kala.





Bahan-bahan untuk membuat kuih selak pintu ini juga mudah sahaja sebenarnya. Bahan-bahannya hanyalah adunan tepung gandum, santan, gula, air daun pandan dan sedikit garam. Yang merumitkan adalah proses untuk membuat kelongsong daripada daun pisang, mengisi dan merebus. Proses ini sememangnya memerlukan penelitian yang tinggi.





Memetik dari Harian Metro online, Sabiah Simat, 68 merupakan antara mereka yang berpengalaman dalam membuat kuih selak pintu ini. Puan Sabiha berkata setiap kali Ramadan beliau memang tidak menang tangan memenuhi tempahan dari pelanggan kenalan rapat mahupun jauh. Dalam sehari, beliau hanya mampu membuat kuih ini sebanyak 150 batang sahaja.


Bercakap melalui proses pembuatan kuih selak pintu ini, Puan Sabiah berkata, daun pisang yang digunakan untuk membungkus kuih ini hanyalah menggunakan daun pisang nipah dan kapas kerana jika menggunakan daun pisang yang lain, kuih akan menjadi pahit apabila direbus.


Selain itu, sebelum membuat kelongsong kuih ini, daun pisang harus direbus sebentar supaya daun pisan tidak mudah koyak. Memang agak merumitkan ya! Biasanya kuih tradisional ini mempunyai rasa yang tersendiri dan sedap.


Apa agaknya rasa kuih selak pintu yang namanya agak unik ni kan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2018 04:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sedapnyaaaa! lama tak makan papudak ni. {:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 08:18 AM | Show all posts
Kali pertama dengar. Kat mana cari?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 09:30 AM | Show all posts
oooo menu org Banjar ek. nt nak tanya kwn2 yg asal keturunan banjar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:08 AM | Show all posts
Kerbau guling pun tak sempat nak try lagi, nie selak pintu pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.567569 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list