CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1039|Reply: 6

[Tempatan] Tragedi malam raya

[Copy link]
Post time 19-6-2018 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KANAK-KANAK perempuan berusia tujuh tahun maut selepas empat hari menerima rawatan di hospital akibat terkena mercun.

Mangsa, Nuraqira Khaeefa Muhamad Saad, 7, difahamkan tidak sedarkan diri selepas cedera di bahagian kepala ketika berada di kediaman keluarga di Felda Papan Timur, Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian berlaku pada 14 Jun iaitu sehari sebelum Syawal.

"Bagaimanapun, kes berkenaan hanya dilaporkan kepada polis semalam.

"Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun keseksaan/Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 dan Seksyen 33 Akta kanak kanak.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi polis Kota Tinggi atau Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJD) Asp Azizul Hamsar.

Difahamkan, jenazah kanak-kanak itu yang dibawa pulang ke rumah datuknya malam tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Papan Timur, pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Jun 2018 @ 12:59 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tunggu kerajaan haramkan. ...patut ibu bapa haramkan terus anak2 dari main mercun atau terlibat dengan pembakaran mercun di kalangan jiran atau sedara mara atau kawan2. ..larang terus anak2 sendiri. ..


Innalillah. ..banyak keburukan dari kebaikan mercun ni...

Mercun bola ke hapa budak ni terkena. ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti tak sangka sampai bawa kematian, tu yg baru report polis tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mercun apa.yang dasat tu?
Bola.ke?
Naseb kat area umah iols.neh.paling kuat ketupat aje..xpon.mercun lebah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
family sendiri ke yang main tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-6-2018 02:38 PM
Mercun apa.yang dasat tu?
Bola.ke?
Naseb kat area umah iols.neh.paling kuat ketupat aje..xpon.merc ...

mercun lebah kelakar giler..
takut kena kejar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2018 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-6-2018 03:06 PM
mercun lebah kelakar giler..
takut kena kejar

Tu la..lawak.tgk bebudak.lari kena kejar...
Hahaha..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.053420 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list