TEMERLOH - Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi reaksi kurang berminat berhubung cadangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk berdebat serta mengisyitiharkan harta menjelang pemilihan parti itu pada hujung bulan ini.
Menurut Ahmad Zahid, cadangan Tengku Razaliegh adalah daripada sebelah pihak Ahli Parlimen Gua Musang itu sendiri dan beliau setakat ini belum membuat keputusan berhubung ajakan berdebat tersebut.
"Tidak mengapalah kerana itu hanya padangan daripada beliau (Tengku Razaleigh) sahaja untuk berdebat," tegasnya tanpa menunjukkan minat untuk mengulas lebih lanjut.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas dan Jamuan Hari Raya anjuran UMNO Pahang di Dewan Tun Razak Temerloh di sini tengah hari tadi. - K! ONLINE
Kalau Ku Li dan KJ teruskan berdebat, Zahid akan rasa pressured juga nanti utk berdebat. Kalau tak, nanti nampak mcm ketinggalan atau dilihat seolah2 tak berani.
potong stim betul la wak jahid neh.aku smlm bila baca gobind dah bagi greenlight...mcm2 betul aku berangan.nanti pru ada debat perdana ...ada iklan mcm us presidential election.pendek kata semua mcm amreka lahh.akhirnya hadooooooooo
ita adalah politik keluarga. UMNO adalah parti terbesar orang Melayu jadi eloklah jika kita ada isu, kita raikan perbezaan itu dengan hanya buat di halaman rumah sendiri.
“Kita tidak perlu berkongsi perbezaan pendapat dengan orang lain kerana mereka tidak mahu melihat UMNO sebagai parti yang kukuh,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Majlis Jelajah Aidilfitri di bangunan UMNO, di Kota Bharu, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung cadangan debat yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjelang pertandingan jawatan Presiden UMNO pada 30 Jun ini.
Pelawaan itu disahut oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, isu parti harus diselesaikan secara aman dengan ukhwah dan kekeluargaan.
Pada masa yang sama beliau berkata, kehadiran beliau di Kelantan bukan untuk mendapat sokongan kepadanya sebagai calon Presiden UMNO, sebaliknya semua calon.
“Kita bawa semua calon dan hanya beberapa orang saja yang tidak hadir. Mereka (calon) ada program masing-masing dan bukannya untuk saya saja.
“Kita mahu memperkenalkan calon yang bertanding di peringkat nasional, negeri dan sayap-sayap bagi memperkukuhkan silaturahim antara kepimpinan nasional, negeri, bahagian dan pemimpin di akar umbi,” katanya.
Sementara itu, debat Ku Li dan Khairy dijadualkan pada 29 Jun ini.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 4:34 PM