CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1486|Reply: 14

[Tempatan] Merajuk dengan ibu sebelum ajal

[Copy link]
Post time 21-6-2018 08:38 AM | Show all posts |Read mode



Arwah merajuk betul dengan saya kali ini, katanya saya tidak pernah puji dia kemas rumah lalu berkeras segera kembali ke Melaka, malah tidak mengendahkan bapanya yang memujuk supaya ke Melaka lewat petang,” kata Suhaila Maasam, 50.

Suhaila adalah ibu kepada Intan Syahira Ahmad Safri, 23, yang maut ditimpa dahan pokok hiasan di Jalan Ayer Keroh Lama, Melaka, hari ini.

Katanya, dia tidak menyangka rajuk anak kedua dari empat beradik itu menjadi petanda Intan Syahira akan meninggalkan mereka selama-lamanya.

“Anak saya meninggalkan rumah keluarga kira-kira 4 petang semalam untuk pulang ke Melaka kerana berkerja hari ini.

“Sebelum itu, arwah ada cakap, mak tak pernah puji angah setiap kali tolong mak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka, hari ini.

Ketua Menteri Adly Zahari turut meluangkan masa menziarah keluarga mangsa.

Suhaila berkata, anak perempuannya menyewa di Bukit Beruang dan bekerja di kilang pembuatan barangan elektronik di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.

Sementara itu, bapa mangsa Ahmad Safri Baharudin, 50, berkata, sebelum bekerja di Melaka, anak perempuannya berkerja di restoran makanan segera di Gemas, Negeri Sembilan.

“Hari ini hari pertama dia masuk kerja selepas cuti Aidilfitri. Baru lima bulan dia bekerja di kilang berkenaan,” katanya yang kelihatan sugul.

Dalam kejadian 7.45 pagi itu, Intan Syahira menunggang motosikal dari Bukit Beruang ke Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, untuk ke tempat kerja dalam keadaan hujan lebat dan berangin.

Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang ditimpa dahan pokok hiasan di bahu jalan yang patah dipercayai akibat ribut.

Difahamkan, orang ramai yang melalui tempat kejadian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ayer Keroh, bagi mengalihkan dahan di atas jalan, sebelum menemukan mangsa dan motosikal di bawah rimbunan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh PKPgB Hamdan Sudin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Jun 2018 @ 6:03 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun. Takziah kepada keluarga arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. ..adehhh sebaknya kalau anak kata macam tu. ...anak2 ni suka sangat macam tu. ..anak aku pun satu hari aku x bagi perhatian dia kata aku tak.sayang dia. ..padahal hari2 peluk cium tambah2 sebelum tidur ucap I love you lagi. ..walau dah beso panjang remaja belia. ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 09:15 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 09:29 AM | Show all posts

Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah kepada keluarga arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2018 09:43 AM | Show all posts
Takziah....Innalilah
sedih baca
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 09:48 AM | Show all posts
second child syndrome..
agaknya memang parents ada pilih kasih..
kasihan beliau.. takziah..
kalau family saman bandaraya, merasa la duit dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 10:23 AM | Show all posts
Innalillahi wainnailaihi rojiun. Takziah kepada keluarga mngsa.

But wartawan.... ko rang mmg xde idea lain ye.
Katanya, dia tidak menyangka rajuk anak kedua dari empat beradik itu menjadi petanda Intan Syahira akan meninggalkan mereka selama-lamanya.

Tiap kali eksiden, atau ape2 kematian yang mengejut, ini la mende yang nk ditanya.

Kalau kes bunuh diri tu patut la tanya tanda sbb itu menunjukkan die dah plan. Sampah sgt taraf wartawan malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:05 AM | Show all posts
innalillahiwainarojiun
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:08 AM | Show all posts
Takziah.
Dah boleh buka saman ke Majlis...
Apa benda dahan tiruan segala bagai pun nak dijadikan hiasan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 12:05 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 21-6-2018 11:08 AM
Takziah.
Dah boleh buka saman ke Majlis...
Apa benda dahan tiruan segala bagai pun nak dijadikan h ...

innalillah wainnailahi rojiun


yes yes sila saman.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-6-2018 09:48 AM
second child syndrome..
agaknya memang parents ada pilih kasih..
kasihan beliau.. takziah..

Hurmm iols ank ke4 dlm 7 beradik kira yg tgh2 la. Sbb atas ade 3 org, bawah ade 3 org.
Jujur ckp ade gak sindrom gini, tambah lg kita bkn ank yg byk nyusahkn mak pak so mmg kurangla perhatian. Nama jarang disebut selalu, sbb byk berdikari dan buat hal  sendiri so mmg jd kurang menonjol.
Sampaikn masa abis sekolah pi cari kije pun mak lupa nak bg duit belanja mujur masa sek rajin menabung berjimat so guna duit simpanan sendiri je.
Time raya bila iols sorg je yg beraya kt umah MIL harap sgt sesapa call or message tnya huhu hakikatnya takde sapa kesah pun huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 12:34 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun...
sedihhnya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 03:55 PM | Show all posts
Suchi replied at 21-6-2018 12:30 PM
Hurmm iols ank ke4 dlm 7 beradik kira yg tgh2 la. Sbb atas ade 3 org, bawah ade 3 org.
Jujur ckp  ...

bertabah la nak.. kalau tak nampak sgt pilih kasih tu maybe ok..
kalau nampak sangat memang terasa la..
kadang anak yang lain buat hal, anak yang ni jugak kena marah..
anak yang dipilih beli plastik sekeping je pun pujian melangkau..
anak tak terpilih membeli selori siap rajin menolong tapi takde pun nak appreciate..
bila tak rajin sikit, kena marah siap ungkit segala mala


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.078098 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list