View: 1451|Reply: 16
|
[Tempatan]
Peruntukan RM3 bilion untuk kekalkan harga RON95, diesel
[Copy link]
|
|
Subsidi RM3 bilion kekal harga RON95, diesel
KERAJAAN akan tetap mengekalkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing kepada RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter biarpun harga minyak dunia meningkat.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan juga memperuntukkan subsidi untuk bahan api berkenaan sebanyak RM3 bilion sehingga akhir tahun ini.
“Saya telah mengeluarkan kenyataan mengenai RON95, hrganya telah ditetapkan kepada RM2.20 seliter. Harganya dan diesel tidak akan diapungkan mengikut harga pasaran.
“Kita anggarkan subsidi yang akan dibelanjakan untuk kedua-dua bahan api ini ialah kira-kira RM3 bilion. Jumlahnya mungkin kurang bergantung kepada harga minyak dunia.
“Kami tidak boleh memberikan jumlah tepat mengenai subsidi ini kerana harga minyak dunia berubah-ubah setiap minggu, maka perlu tunggu akhir tahun ini untuk mengetahui jumlah sebenar,” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
Mengulas mengenai kemungkinan harga minyak RON95 dapat diturunkan lebih rendah jika ada lebihan peruntukan, Guan Eng berkata, agak sukar untuk menurunkan harga bahan api itu kerana harga minyak dunia ketika ini sedang meningkat.
“Sekarang harga minyak naik... nak turun lagi agak sukar sedikit. Sungguhpun harga minyak naik, kita akan terus kekalkan harga diesel dan RON95,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Subsidi RM3 bilion kekal harga RON95, diese
KERAJAAN akan tetap mengekalkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing kepada RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter biarpun harga minyak dunia meningkat.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan juga memperuntukkan subsidi untuk bahan api berkenaan sebanyak RM3 bilion sehingga akhir tahun ini.
“Saya telah mengeluarkan kenyataan mengenai RON95, hrganya telah ditetapkan kepada RM2.20 seliter. Harganya dan diesel tidak akan diapungkan mengikut harga pasaran.
“Kita anggarkan subsidi yang akan dibelanjakan untuk kedua-dua bahan api ini ialah kira-kira RM3 bilion. Jumlahnya mungkin kurang bergantung kepada harga minyak dunia.
“Kami tidak boleh memberikan jumlah tepat mengenai subsidi ini kerana harga minyak dunia berubah-ubah setiap minggu, maka perlu tunggu akhir tahun ini untuk mengetahui jumlah sebenar,” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
ADVERTISING
Mengulas mengenai kemungkinan harga minyak RON95 dapat diturunkan lebih rendah jika ada lebihan peruntukan, Guan Eng berkata, agak sukar untuk menurunkan harga bahan api itu kerana harga minyak dunia ketika ini sedang meningkat.
“Sekarang harga minyak naik... nak turun lagi agak sukar sedikit. Sungguhpun harga minyak naik, kita akan terus kekalkan harga diesel dan RON95,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 4:19 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi banyak ko guna lagi banyak subsidi ko dapat...bodow punya system. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya harga minyak turun sbb kita negara pengeluar minyak. Ingat lagi tak jawapan ni sebelum pru14? |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat sangat..baru ko tahu..mana rafizi tak nak keluarkan Excel cara pengiraan minyak yang terbaru ke..kalau x tu,tiap minggu menyalak |
|
|
|
|
|
|
|
Di mana mereka semua, kita memerlukan mereka, Malaysia negara pengeluar minyak |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 21-6-2018 09:32 PM
Ingat sangat..baru ko tahu..mana rafizi tak nak keluarkan Excel cara pengiraan minyak yang terbaru k ...
RON95: RM1.91 (turun 7 sen)
RON97: RM2.17 (turun 7 sen)
Diesel: RM1.88 (kekal)
Yeaaa...minyak turun..
SENARAI HARGA MINYAK BERMULA 22/06- 28/06
Jgn suka sngt ..
Tu Tahun lepas punya..thun ni ron95 kekal dn ron97 turun 1 sen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni taktik nak apungkan ron95 dan diesel thn depan la ni... kunun kerajaan hampir pengsan tanggung bebanan subsidi... macai ph yg dulu x suka petrol naik kini buat kenduri gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
harizs replied at 21-6-2018 09:43 PM
RON95: RM1.91 (turun 7 sen)
RON97: RM2.17 (turun 7 sen)
Diesel: RM1.88 (kekal)
Mana sama.. Skrg ni faktor2 lain mempengaruhi. Krjn fokus kpd pembayaran hutang zaman najib |
|
|
|
|
|
|
|
saripdolmat replied at 21-6-2018 09:52 PM
Mana sama.. Skrg ni faktor2 lain mempengaruhi. Krjn fokus kpd pembayaran hutang zaman najib
Najib pun mewarisi hutang zaman mahathir |
|
|
|
|
|
|
|
Thread mainan macai dan lobai. Tpi setakat sini je lah diorang mampu. Nak jilat najib terang2 dlm thread lain nampak bodoh walaupon ada sekor dua gigih menjilat jugak. Malang nasi seekor macai/lobai. Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan jadi macai redho kena tìpu dengan ahli politik.Sepatutnya pengundi PH kena bersama-sama pembangkang untuk menekan pemerintah laksanakan manifesto dan janji-janji untuk faedah bersama.
Bukannya berdiam diri seolah-olah redho ditipu.
Lagi parah bila ada yang in denial masih nak pertahankan tindakan pemerintah yang masih tak melunaskan janji.
Beehentila jadi macai politik. Bukan dapat apa pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Syukurlah ph menang harga minyak kekal.... Klau bn memerintah, rakyat jadi gila dok hadap tiap2 minggu harga minyak naik... |
|
|
|
|
|
|
|
Spend duit utk Rakyat mulia sangat berbanding spend duit utk buat banggunan takda faedah mcm BN buat utk TRX |
|
|
|
|
|
|
|
negara nak bankrup pun bleh bgk subsidi rm3 bilion? |
|
|
|
|
|
|
|
Mengulas mengenai kemungkinan harga minyak RON95 dapat diturunkan lebih rendah jika ada lebihan peruntukan, Guan Eng berkata, agak sukar untuk menurunkan harga bahan api itu kerana harga minyak dunia ketika ini sedang meningkat.
kesian ang pa kena tipu minyak turun pakatan memerintah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|