CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1873|Reply: 15

[Tempatan] Loket tulisan ALLAH bersama keratan anggota badan

[Copy link]
Post time 6-7-2018 02:37 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Polis menjumpai seutas rantai leher bersama loket bertulisan ALLAH dalam tulisan jawi di dalam salah sebuah beg pakaian yang mengandungi anggota badan serta kepala manusia yang dikerat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya telah dimaklumkan penemuan bagasi itu oleh seorang individu yang kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.

Menurutnya, polis tiba di lokasi kejadian di tepi jambatan, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan mendapati terdapat dua buah beg pakaian yang ditemui dalam jarak kira-kira 20 meter antara satu sama lain.

“Setelah diperiksa, beg pertama dalam keadaan zip terbuka itu berisi 11 pakaian wanita dan beberapa anggota badan yang telah dibungkus dengan tiga lapisan.
Advertisement

“Beg kedua pula mengandungi 14 helai pakaian wanita selain beberapa anggota badan, kepala manusia serta sebahagian isi perut. Polis juga menjumpai serangkai anak kunci  dan seutas rantai leher bersama loket bertulisan ALLAH dalam tulisan jawi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua beg berkenaan kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, hasil bedah siasat pada mayat wanita yang dipercayai berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu telah mati melebihi 24 jam hingga 60 jam.

Tambahnya, mangsa yang tidak mempunyai kesan suntikan BCG di lengan itu mati dipercayai kerana hirisan di leher dengan menggunakan senjata tajam.

“Bagaimanapun, polis masih belum mengenal pasti warganegara dan keturunan mangsa. Polis juga telah mengambil keterangan tujuh saksi bagi membantu siasatan,” katanya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh hubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Faizal Abdullah di talian 012-4834439 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde bcg, rohingya? Pakistan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 03:00 PM | Show all posts
Orang asing rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon ker? Biasa yang tragis sadis kerat2 ni warga asing berani.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 03:04 PM | Show all posts
slavehunter replied at 6-7-2018 03:02 PM
Indon ker? Biasa yang tragis sadis kerat2 ni warga asing berani.

apa beza mona fandey???

ke mona fandey tu indon


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dila123 replied at 6-7-2018 03:04 PM
apa beza mona fandey???

ke mona fandey tu indon

Jangan la samakan dengan mona fandey. Mona tu bomoh buat ritual. Yang kes ni berlaku kat area bandar yang banyak warga asing sg gombak, jalan ipoh. Comment tu bagi nampak bijak skit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2018 03:08 PM | Show all posts
slavehunter replied at 6-7-2018 03:07 PM
Jangan la samakan dengan mona fandey. Mona tu bomoh buat ritual. Yang kes ni berlaku kat area band ...

komen kau yang bodoh

tetiba indon, pastu kata orang malaysia tak de kerat2 konon

biar la polis buat siasatan


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dila123 replied at 6-7-2018 03:08 PM
komen kau yang bodoh

tetiba indon, pastu kata orang malaysia tak de kerat2 konon

Yerla kau jer pandai lava. Dah tak puas hati kat thread najib kau datang sini pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2018 03:16 PM | Show all posts
slavehunter replied at 6-7-2018 03:10 PM
Yerla kau jer pandai lava. Dah tak puas hati kat thread najib kau datang sini pulak.

jahat2 aku pun masih ada hati dan perasaan. time orang diuji aku turut bersimpati

apalagi orang yg diuji tu masih kuat beriman ajak anak2 yatim buka puasa di rumah, hidupkan malam2 ramadan dgn solat terawih, bersedekah, berinfaq bagai

sesuai dgn ayat, apakah kau mengaku kau beriman sedangkan kau belum diuji??
terbaik najib





Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Msti mngsa Nih bru smpai msia or nk larikn dari sindiket pmerdagangan org, sian nasib xmnyebelahi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dila123 replied at 6-7-2018 03:16 PM
jahat2 aku pun masih ada hati dan perasaan. time orang diuji aku turut bersimpati

apalagi orang ...

Jangan la menunggang agama untuk tutup kesalahan. Sama macam lebai pedo guna agama utk kawin budak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 03:21 PM | Show all posts
slavehunter replied at 6-7-2018 03:19 PM
Jangan la menunggang agama untuk tutup kesalahan. Sama macam lebai pedo guna agama utk kawin budak ...



salah aku kat mana??

kau yang kata orang malaysia tarak kerat2, indon je yg buat kerja ni, ngaku je la kau lupa pasal mona fandey


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 04:10 PM | Show all posts
rilek...rilek...mona fandey org msia tapi belajar ilmu2 kat indon..ok?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 05:02 PM | Show all posts
aduh ganasnya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2018 02:46 PM | Show all posts
https://mforum.cari.com.my/forum ... =1113170&extra=

ak rse artikel ni dh 3 la author weyh... buat satu thread dh la. semak je byk2. baca benda sama je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 10:14 PM | Show all posts
chinta89 replied at 9-7-2018 02:46 PM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1113170&extra=

ak rse artikel ni dh 3 la  ...

yang buka pun orang yang sama...

mental kot....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.100535 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list