CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16357|Reply: 121

Edisi kembali gojes : Ako Mustapha kettew??

  [Copy link]
Post time 11-7-2018 01:28 PM | Show all posts |Read mode
KELIBAT pelakon Ako Mustapha ketika menghadiri rumah terbuka saluran Astro Warna pada Isnin lalu hampir tidak dikenali gara-gara perubahan fizikalnya yang begitu ketara.
Bercakap mengenai perubahannya itu, Ako, 46, berkata, ia adalah hasil ketegasan daripada isterinya, Kartina Abdullah sejak dua tahun lalu yang mahu dia bersenam dan mengamalkan diet demi kesihatannya.
Jelas Ako atau Muhaizad Ahmad Mustapha, sebelum ini berat badannya mencecah 90 kilogram namun berjaya menurunkan angka itu kepada 70 kilogram sahaja.
"Ada orang ingat perubahan saya ini mendadak sebaliknya ia usaha yang memakan masa dua tahun untuk mengurangkan 20 kilogram!
Ako bersama isteri, Kartina Abdullah.
"Ini semua hasil ketegasan isteri saya yang mahu saya menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan sihat.
"Kebiasaannya dia akan pantau apa yang saya makan dan paksa saya bersenam... Apa dilakukan semuanya untuk kesihatan saya," katanya kepada mStar Online.
Tambah Ako lagi, perubahan fizikalnya itu juga dilakukan demi kerjayanya sebagai pelakon agar tampak lebih baik dalam kamera.
Ako kini lebih banyak menumpukan kepada kerja dibelakang tabir.
Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Ako mengakui dia kini sudah jarang berlakon kerana lebih selesa bekerja di belakang tabir.
Katanya lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia lebih banyak bertindak sebagai produser menerbitkan program televisyen dan ia memberi kepuasan kepadanya.
"Tawaran berlakon masih ada cuma adakalanya saya tolak sebab kebanyakan watak diberikan sama sahaja... Jika ada yang benar-benar menarik perhatian saya terima.
"Sekarang saya banyak terlibat di belakang tabir, meneribtkan program televisyen selain ada bisnes lain," ujarnya.

Perbezaan bentuk fizikal Ako Mustapha dahulu (kanan) dan terkini yang berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 20 kilogram dalam masa dua tahun.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... H0IOrLCtpl0oEfYh.99

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 01:31 PM | Show all posts
kan hensem camnih. nampak mudaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
akak suka kalau sheols chubs chubs....geram gitew...
kalau kurus mcm kat atas tu nampak macam sakit lah nakk
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mat pit jer aku tengok. Tu sisi kolagen dah mengurang tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2018 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
putehkundor replied at 11-7-2018 01:32 PM
akak suka kalau sheols chubs chubs....geram gitew...
kalau kurus mcm kat atas tu nampak macam sakit ...

Mcm Aman Graseka... kuruih gak Kak Teh
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Cm.sakit je muka cenggitu
Huhu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2018 01:41 PM | Show all posts
Lama x kluar tv dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:41 PM | Show all posts
wow... 2 yrs tu... hasilnya berbaloi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak leh lawan Papa Esma Danieal....jadi Dato' or Tengku2 dlm drama pon sejuk mata memandangggg
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:50 PM | Show all posts
ako ni dulu2 mmg merecikkk....ingatkan dia kawen dgn Jue Aziz
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:51 PM | Show all posts
x hensom walu kurus
cam sakit je
rupa ada iras beego
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:51 PM | Show all posts
he look sick & old




Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia jenis yg nampak muda bila chubby
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
shahirakay replied at 11-7-2018 01:31 PM
kan hensem camnih. nampak mudaaaaa

X hensem la.. nmpk kecut.. ye la kurus, tp bukan kurus yg sihat.. nmpk mcm kurus sakit,. Kencing manis ke tu??
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 11-7-2018 01:39 PM
Cm.sakit je muka cenggitu
Huhu..

Kannnn.. silap2 kencing manis.. ye la ritu gedempol x ingatt.. mmg nmpk kurus, tp kurus kecut.. nmpk sakit
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak suka dia chubby sikit2 mcm zaman gadis tol dulu. Kurus gini nampak mcm x  sihat pulak.. Tp kalau wife dia suka rupa dia gitu, akak ok jah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 01:58 PM | Show all posts
nampak macam sakit
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 02:11 PM | Show all posts
Kurus sangat, nampak macam sakit.
Shahz Jaszle bolehlah ambil inspirasi yer
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 02:18 PM | Show all posts

i pun rasa gitu. macam sakit jaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 02:20 PM | Show all posts
Edited by bukan_ustazah at 11-7-2018 02:26 PM

Nak Jehan Miskin kurus dan tasty balikkkk .. I dari muda taste dengan heols


Kalau nama Ako jee mesti teringat kisah Ako-Jue-Jehan akhirnya semua kawin orang lain. lelss

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.096112 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list