CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1132|Reply: 7

[Tempatan] Murahnya udang galah RM1 seekor

[Copy link]
Post time 12-7-2018 09:22 AM | Show all posts |Read mode



TIDAK ramai berpeluang menikmati keenakan udang galah sepit biru dalam penyajian makanan seharian berikutan harganya agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Firdaus Iskandar Shah, 34, menurunkan kadar harga udang galah serendah RM1 seekor kepada pelanggan di sekitar kawasan Kampung Dodol, Jalan Perak, Georgetown.

“Saya mahu memberi peluang kepada semua golongan masyarakat khususnya berpendapatan rendah merasai keenakan udang galah yang sebelum ini hanya mampu dinikmati oleh golongan pertengahan dan atasan sahaja.

“Tindakan menurunkan harga udang galah ini menyebabkan ia mendapat sambutan ramai yang menunggu kehadiran saya kawasan itu tiga hari setiap minggu,” katanya.

Menurutnya, keluarganya mengusahakan ternakan udang galah di dua kawasan sekitar Baling, Kedah dan Kuala Terengganu.

Katanya, mereka memasarkan udang galah itu di beberapa kawasan termasuk Bayan Baru, Jalan Perak dan Bandar Perda di Seberang Jaya.

“Udang galah begitu popular kerana memiliki tekstur pejal dan rasa manis sama ada bersaiz kecil mahupun besar, sekali gus menjadi rebutan penggemarnya.

“Berikutan harga pasaran melambung tinggi kira-kira RM70 sekilogram, saya ingin mencipta kelainan dengan menawarkan udang galah bersaiz sederhana dengan harga RM1 seekor.

“Alhamdulillah, sambutan diterima sangat menggalakkan dan 3,000 ekor udang galah sudah terjual,” katanya.

Beliau yakin, perniagaan itu akan mendapat sambutan luar biasa kerana harga ditawarkan sangat murah dan jarang diperoleh di tempat lain.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Julai 2018 @ 8:05 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bela kan..mmg.boleh dpt.murah..
Tmpt.iols.neh..ada akak ni jual
Rm17 utk 10ekor udang sopit biru...
Ko rase?
Tp.iols xmakan ikan n udang air tawar...jadi iols.x beli.lah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 10:39 AM | Show all posts
sedapppppnyaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:31 PM | Show all posts
udang kolam kan
normal la harga tu
kuantan ni pun rm1 sekor
setakat nak merasa makan udang boleh je beli
tapi tak sama la dengan udang tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:32 PM | Show all posts
udang galah yg kat pasar pagi tu yg bela ke yg tangkap ek
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:36 PM | Show all posts
Edited by Changa at 12-7-2018 02:37 PM
shernazz replied at 12-7-2018 10:16 AM
Bela kan..mmg.boleh dpt.murah..
Tmpt.iols.neh..ada akak ni jual
Rm17 utk 10ekor udang sopit biru.. ...

di kejiranan akak ada gerai pprt tepi jalan jual char kuey teow udang galah ini, hari tu akak beli yang special punya, ada 6 ketul udang galah, RM32 or RM36 gitu, terkedu kejap akak membayar
nasib baik udang galah heshe itu memang fresh dan tak berbau selut ke apa. so hadap jah la kan??'
next time nak beli, kena beli char kuey teow udang galah yang tak special jah, yang tak special rasanya 3 ketul, harga tak pasti pulak berapa.

saiz udang galah heshe lebih kurang yang daddy mamak ini pegang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2018 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 12-7-2018 02:36 PM
di kejiranan akak ada gerai pprt tepi jalan jual char kuey teow udang galah ini, hari tu akak beli ...

Belas belas ringgit lah kot..
Ramai dh bela udang galah ni..senang nak mencari stok...
Sedap ke char kuey teownya tu?
Lama x makan kuey teow acik gemok kelana jaya...sedap betul...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:44 PM | Show all posts
Edited by Changa at 12-7-2018 02:46 PM
shernazz replied at 12-7-2018 02:38 PM
Belas belas ringgit lah kot..
Ramai dh bela udang galah ni..senang nak mencari stok...
Sedap ke  ...

boleh la makan sister, takde la tahap hauk ke apa.

apa2 pun sekarang gerai2 tepi jalan pprt kadang2 rega lagi mahal dari resto di pavilion ke apa iya/.
hari tu akak pergi foodcourt di sg ramal, ada satu gerai itu jual konon smoke rib seketul RM32 ke gitu per 100gm, ada la sorang abang tu beli seketul rib heshe, RM120 ke gitu heshe bayar.akak pernah beli seketul smoke rib di TTDI pun RM20 jah seketul jual. so kau rasa??? makan di TTDI lagi murah daripada di sg ramal yang pprt itu.

makan ribs kat tony roma's pun lagi murah sister
sama jua macam menate steakhouse itu, steak heshe lagi mahal daripada steak kat outback or tgi fridays iya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.051941 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list