CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 509|Reply: 3

[Tempatan] Bapa, anak maut, kereta masuk laluan bertentangan

[Copy link]
Post time 12-7-2018 12:28 PM | Show all posts |Read mode
MIRI - Dua beranak maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah Proton Persona di simpang Jalan Bahagia, Jalan Kuala Baram pada 11 malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata dua mangsa tersebut ialah pemandu kereta Proton Pesona Thomas Balang Apoi, 45, dan penumpang yang juga anak lelakinya, Elfhy Leonald Panai Thomas, 8.

Manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, seorang lelaki berusia 25 tahun, hanya cedera ringan.

“Elfhy maut serta-merta di lokasi kejadian dan Thomas pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Miri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexson berkata siasatan awal mendapati Toyota Hilus terbabit sedang dalam perjalanan dari arah Permyjaya ke Pujut apabila tiba-tiba Proton Persona dipandu mangsa dari arah bertentangan masuk ke simpang Jalan Bahagia.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut tidak sempat mengelak  menyebabkan kedua-dua kenderaan terseret ke tepi jalan,” katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 02:34 PM | Show all posts
mengantuk ke semasa memandu sampai
terbabas ke laluan bertentangan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:44 PM | Show all posts
banyak betul kes kereta masuk laluan bertentangan lately..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:51 PM | Show all posts
Macam macam kes lah..sumpahan ke apa ni...isk isk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.052853 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list