CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2226|Reply: 36

[Politik] Khas untuk yg gian nk berdemo..Jom 16hb ni..

[Copy link]
Post time 12-7-2018 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KENYATAAN MEDIA PERHIMPUNAN PERTAHAN DYMM YDP AGONG DAN BANTAHAN TERHADAP PEMERINTAHAN DAP

ADAKAH UMAT ISLAM NEGARA INI MASIH BUTA DAN TIDAK NAMPAK BAHAWA AGAMA, BANGSA, TANAHAIR SERTA KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU SUDAH TERANCAM DENGAN PERLAKSANAAN MALAYSIAN MALAYSIA DAP?
Oleh Lokman Adam
11 Julai, 2018

Dulu, bila saya menyatakan jika BN gagal membentuk kerajaan, maka akan tergadailah agama Islam, Hak istimewa orang Melayu dan kedaulatan negara serta Raja Melayu kerana, kerajaan baru yang bakal dibentuk adalah kerajaan yang dikuasai oleh DAP sepertimana di Perak tahun 2008.  Ketika itu ramai yang tidak  percaya, alasan yang mereka bagi, Agama Islam, hak istimewa Melayu dan kedudukan Rqja-Raja Melayu dijamin oleh perlembagaan.  Alasan mudah untuk menyokong hujah ini, DAP cuma boleh menang sekitar 40 lebih kerusi sahaja, macamana nak memerintah.

Namun hari ini, nasi sudah menjadi bubur.  Apa yang kita risaukan sudahpun berlaku satu persatu dan harapan DAP untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi sudah semakin menampakkan kejayaan.  Bermula dengan perlantikan Joseph Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Gobin Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, maka terkorbanlah dua kementerian yang begitu penting.  Harapan untuk melihat kek kekayaan ekonomi diagihkan secara saksama, diagihkan lebih kepada yang susah (Melayu/India) berbanding dengan yang senang (DAP), musnah dengan penerapan nilai-nilai Malaysian Malaysia yang menekankan konsep sama rata yang bakal meluaskan kembali jurang ekuiti kaum peribumi dengan kaum DAP.  Bagaimana mungkin Melayu dan India membida dengan harga yang lebih rendah jika semuanya dilakukan secara tender terbuka, tatkala majoriti bekalan bahan mentah diperolehi dari kedai, “hardware”, kuari, kilang papan, lombong pasir, kilang simen dan sebagainya yang dikuasai pendokong DAP?

Dulu, kita begitu menjaga Kementerian Komunikasi, kalau hendak letak Menteri Melayu disitu, kita akan pastikan individu terbabit berjiwa Melayu dan berpegang kepada Ajaran Islam.  Malah kementerian ini boleh dianggap sebagai aset pertama yang akan ditawan oleh Komunis atau tentera musuh, bagi menguasai komunikasi dan stesen TV kita.  Kini, malapetaka yang kita takut akan berlaku, sudahpun berlaku. Anak Karpal Singh, tokoh yang terkenal dengan kenyataan beliau “Langkah Mayat Saya Jika Mahu Menjadikan Negara Ini Negara Islam” sudah diangkat sebagai Menteri Komunikasi.  Tiba-tiba sahaja drama-drama Cina sudah mula mengambil tempat di stesen TV dan Takbir Raya pula tidak lagi berkumandang seperti dulu. Usahlah kita sembang bab program agama Islam, sikit masa lagi dakwah agama Kristian pula mungkin menyusul dikaca TV sepertimana yang berlaku di Indonesia.  Gobin sengaja diletakkan diposisi tersebut bagi membantu proses publisiti dan “brain washing” minda rakyat untuk meneriama konsep Malaysian Malaysia sedikit demi sedikit.

Seterusnya kita dikejutkan dengan tindakan Tun Mahathir yang memaksa DYMM Yang DiPertuan Agong melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.  Walaupun Baginda membantah, namun apabila UMAT ISLAM negara ini sebulat suara membantah di dalam hati sahaja, akhirnya Tuanku YDP Agong terpaksa akur dengan perintah Mahathir bahawa beliau hanya akan cadang 1 Nama yang wajib diterima oleh YDP Agong.  Sekarang kita mempunyai bekas Peguam Chin Peng, Ketua Parti Komunis Melaya dan Peguam Lim Guan Eng dalam kes rasuahnya sebagai Peguam Negara kita yang baru.  Kini, orang Kristian mempunyai kuasa untuk menentukan kes mana yang perlu didakwa, kes mana yang perlu digugurkan serta Peguam Negara Kristian ini juga sudah kita berikan kuasa untuk menentukan samada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu boleh didakwa dalam Mahkamah Khas ataupun tidak.  Maka, hampir pasti pertuduhan rasuah banglow dan terowong bawah laut Joseph Lim Guan Eng bakal digugurkan.

Namun semalam, setelah Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Mahkamah Rayuan didesak oleh bapa kepada Joseph Lim Guan Eng sebelum ini untuk meletakkan jawatan mereka, seorang lagi penganut Kristian telah diangkat keposisi penting iaitu Tan Sri Richard Malanjum yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baru.  Saya tidak mahu mengupas dakwaan sesetengah pihak bahawa, Tan Sri Richard Malanjum ini pernah berkahwin dengan seorang wanita yang dilahirkan Islam, iaitu anak Hj Mustafa Tiu, tanpa Richard perlu memeluk agama Islam.  Malah isteri beliau pula didakwa telah murtad semasa berkahwin dengan beliau.  Saya juga tidak mahu mengulas bagaimana perlantikan Richard ini digunakan oleh Tun Mahathir untuk menutup tindakan beliau menganaktirikan orang-orang Sabah dan Sarawak yang tidak dilantik kedalam kabinet barunya seramai Menteri dan Timbalan Menteri dari Sabah Dan Sarawak dizaman pemerintahan BN.

Namun, apa yang saya pasti, beliaulah Hakim yang telah mengundi untuk membenarkan Lina Joy murtad dan memeluk agama Kristian tahun 2007.  Rochard juga merupakan salah seorang dari 3 hakim pada tahun 2015 yang telah mengundi untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi merujuk kepada Jesus oleh akhbar The Herald.  Malah awal tahun ini, Tan Sri Richard Malanjum ini jugalah merupakan salah seorang dari hakim yang telah mengundi bagi membatalkan
penukaran agama tiga anak M Indira Gandhi yang telah memeluk agama Islam.  Proses pengislaman ketiga-tiga anak Indera Gandhi diistihar sebagai tidak sah disisi undang-undang.  Selain daripada itu, ketika Dato Seri Shafie Apdal berhujah bagi mengukuhkan hujah beliau sebagai kerajaan yang sah di Sabah, beliau juga telah mendapatkan nasihat daripada Tan Sri Richard Malanjum.

Sudahlah Peguam Negara juga Kristian,  Menteri Agamapun datang dari puak liberal PAN, selepas ini pula bapa Joseph Lim Guan Eng akan diangkat sebagai Speaker Dewan Rakyat. Kalau umat Islam masih BUTA dan tidak nampak kebinasaan kepada Agama Islam, Kepentingan Melayu, Tanahair dan Kedudukan Raja-Raja Melayu,  tiada apa lagi yang dapat saya perkatakan.  Sampai bila kita hanya mahu menentang kebatilan dengan hati?  Renungkan ayat sahabat saya dari Ipoh Timur ini :

Peguam Negara akan menggubal undang-undang
Bar Council akan memberi sokongan
Menteri Kewangan... Memberi sokongan kewangan
Menteri Komunikasi ... Memberi publisiti
Menteri Agama ... Berdiam diri
Speaker... Memberi laluan dalam Dewan Rakyat
Ketua Hakim Negara ... Mengawal keputusan Mahkamah

Inilah akibat daripada sikap ingin mencuba sesuatu yang kita tidak pasti kesannya.  Sungguhpun Perdana Menteri itu Melayu dan Beragama Islam, namun apabila pemimpin parti yang hanya mempunyai 13 kerusi diangkat sebagai Perdana Menteri, beliau memerintah mengikut kehendak 42 orang MP DAP yang meletakkan pisau dilehernya.  Sempena ulangtahun Tun Mahathir yang ke 93 ini, mari kita doakan semoga Allah swt memanjangkan usianya, memurahkan rezekinya dan membuka hatinya untuk kembali kejalan Allah.  Moga beliau diberikan hidayah untuk menyatukan hati MP-MP Islam di Malaysia bagi membentuk sebuah kerajaan campuran baru yang bebas DAP demi menyelamatkan agama, bangsa, tanahair dan Raja-Rajq Melayu.

Sebagai tanda sokongan kepada ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan membantah Pemerintahan DAP yang memperkudakan Tun Mahathir sebagai boneka mereka, Pemantau Malaysia Baru akan berkumpul di Parking Lot Bukit Aman jam 8.00 pagi 16hb Julai, 2018 ini sempena keberangkatan DYMM YDP Agong ke Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen.  Kami akan mula berarak ke Parlimen jam 8.30 pagi.  Semua rakyat Malaysia dijemput hadir dengan membawa pita pelekat dan tali.  Kita tidak akan menjerit atau terpekik terlolong kali ini.  Sebagai simbolik Hilangnya Hak YDP Agong untuk bersuara dan menjalankan tanggungjawab Baginda mempertahankan Islam dan Kepentingan Bangsa Melayu, kita akan berarak dengan mulut ditutup dengan pita pelekat dan tangan diikat.  Marilah kita hadir menyatakan sokongan kita ke Bawah Duli Tuanku. DAULAT TUANKU!

Lokman Adam
Presiden
Pemantau Malaysia Baru
0123320000

P/S : Mohon disebarkan.  NGO lqin yang mahu menyertai perhimpunan ini bolwh menghubungi saya.  Individu yang mahu bersama boleh terus hadir 16hb di Parking Lot Bukit Aman.  Bagi mengelakkan sebarang cubaan untuk mensabotaj usaha Gerakan Kebangkitan Rakyat ini, HANYA SATU MEDIUM BERHUBUNG YANG AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENGHANTAR BERITA YANG TEPAT. SILA DOWNLOAD TELEGRAM DAN SERTAI CHANNEL SAYA : https://telegram.me/lokmanadam

ps - mana la tau kan ada yg gian nk mandi air gatal FRU..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
thisss ---> UMAT ISLAM negara ini sebulat suara membantah di dalam hati sahaja... ada psikik mamat ne..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2018 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 12-7-2018 06:48 PM
thisss ---> UMAT ISLAM negara ini sebulat suara membantah di dalam hati sahaja... ada psikik mamat  ...

Selain itu mereka juga boleh meramal masa depan dan berbincang dgn jin dlm bahasa hebrew..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang takde isu pun. Nak buat isu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 12-7-2018 06:52 PM
Selain itu mereka juga boleh meramal masa depan dan berbincang dgn jin dlm bahasa hebrew..

I nak mintak die tolong ramalkan masa depan i... kalau boleh bagi nombor ekor jackpot
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersemangat aku untuk tak pergi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-7-2018 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_matjawasp replied at 12-7-2018 06:59 PM
Bersemangat aku untuk tak pergi..


Ok..jgn lupa tgk video kat youtube
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2018 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 12-7-2018 06:58 PM
I nak mintak die tolong ramalkan masa depan i... kalau boleh bagi nombor ekor jackpot

Klu itu diorg yg akan pegi tikam dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno masih tak reti jadi pembangkang yg bagus.. Masih bermain dengan sentimen perkauman dan isu yg tak berkembang...

Woii bodo, yg perkenan semu jawatan tuh adalah agong... Ko derhaka pada perkenan agong ker...?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
leeerfoooirmasi.... leeeefooormasi...... wang lakyat untuk lakyat..... leeeformasi.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak abis-abis lagi ke????
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pls stop manipulating org melayu yg naif...wake up and be a good wise opposition party..

Selamanya aa bodo diorg ni....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 07:20 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 12-7-2018 07:22 PM

Hehhe.. Nmpak benar.. Bumiputra selama ni hanya utk melayu je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2018 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dh tolong war2 kan ni..harap lbh la 100 org dtg tutup mulut dgn ikat tgn 16hb ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 07:32 PM | Show all posts
Lokman adam meroyan lg kegaji lantikan politik da hilang..bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 07:36 PM | Show all posts
race and religion card aje tau...2 parti korupt and bangkrapt idea..

jho low cukup melayu tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 12-7-2018 07:20 PM
Hehhe.. Nmpak benar.. Bumiputra selama ni hanya utk melayu je

Kan. KAHAK TUUUUIIIHHHHH!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 07:43 PM | Show all posts
Awas Cina Cina di Bukit Pantai! Bangsa sabsidi akan keluar beramai ramai dari flet PPRT mereka untuk menyampaikan mesej bahawa mereka ni tuan kat Malaya tawwwwwwwww!

Maideen~Kita musti protek. You know protek?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Musuh melayu adalah melayu
Bukan cina India pendatang asing yahudi nasrani kristian
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulis panjang2 isi rasis jah. Gi mampos lah dgan ketuatnan meleis kau!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.340397 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list