CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3390|Reply: 27

[Tempatan] Saya bukan ibunya

  [Copy link]
Post time 14-7-2018 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SAYA bukan ibu kepada gadis itu dan tiada apa-apa hubungan dengannya. Saya kesal kerana ada pihak mengecam saya dan keluarga dengan keterlaluan.

“Malah, sehingga kini saya, suami dan dua anak serta keluarga amat tertekan dengan komen negatif di media sosial dan panggilan telefon sering bertanya mengenai perkara itu.”

Demikian kata Shirla Fanny Maturin, 44, mengenai remaja perempuan Merhana Abdullah, 15, yang mencari ibu kandung yang tidak pernah dikenalinya.

Berdasarkan laporan Harian Metro pada 11 Julai lalu, Merhana mencari ibu kandungnya, Shirla Fanny Maturin untuk memohon kad pengenalan bagi meneruskan persekolahannya.

Walaupun nama ibu gadis itu sama dengan namanya, Shirla berkata, dia tidak pernah mengenali atau mempunyai ikatan dengan ayah kandung gadis itu.

“Suami saya hanya Lennon Egedius Sipaul dan sejak berkahwin pada 2001, kami dikurniakan dua anak dan salah seorang anak saya sebaya dengan gadis itu.

“Saya ingin saya jelaskan, saya tidak pernah bersuami selain Lennon...apatah lagi mempunyai anak yang bukan dari suami saya,” katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu, semalam.

Shirla yang bekerja sebagai jurujual hartanah berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas menerima keratan akhbar Harian Metro daripada pelanggannya melalui aplikasi WhatsApp.

“Sejak itu, sering saja kenalan dan pelanggan bertanya kepada saya mengenainya kerana nama ibu gadis yang tertulis pada berita itu sama dengan nama saya.

“Saya sebenarnya tidak mahu memanjangkan masalah ini, tetapi perlu saya beritahu perkara sebenar agar orang ramai tidak buruk sangka terhadap saya dan keluarga,” katanya.

Menurutnya, selepas mengetahui perkara itu, dia dan suami membuat laporan di Jabatan Pendaftaran Negara dan polis, selain menemui peguam untuk meminta pandangan.

“Saya harap pihak berwajib mencari jalan penyelesaian sewajarnya. Ini kerana apa yang saya musykil bagaimana nama, umur dan bangsa dua individu itu sama...lebih pelik, sijil kelahiran milik gadis itu tertulis ibunya keturunan Kadazan, namun dia diiktiraf bukan warganegara,” katanya.

Mengulas lanjut, Shirla berkata, dia pernah kehilangan kad pengenalan selepas beg duitnya disamun di Pejabat Pos Kota Kinabalu pada 1998.

Sehubungan itu, beliau berharap Jabatan Pendaftaran Negara menyiasat kerana berlaku salah faham mengenai identitinya ketika mendaftar sijil kelahiran anak pertama pada 2002, dipercayai kemungkinan kad pengenalannya digunakan individu lain.

Pada 11 Julai lalu, Merhana dilaporkan mencari ibu kandungnya Shirla Fanny Maturin yang terpisah sejak tujuh tahun lalu manakala bapanya meninggal dunia pada 2011.

Selepas bapanya meninggal dunia, Merhana dijaga ibu dan bapa angkatnya yang juga sepupu arwah bapanya sejak berusia lapan tahun, namun masalah timbul apabila keluarga angkat remaja itu tidak dapat memohon kad pengenalan kerana tiada dokumen ibu.

Berita berkaitan

'Cari ibu kandung untuk mohon kad pengenalan'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Julai 2018 @ 9:27 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2018 09:43 AM | Show all posts
ada buat police report tak masa beg kena samun? sebab, kalo ada buat n bila buat ic baru, jpn akan batalkan yang lama...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Plot twist.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 10:01 AM | Show all posts
Macam-macam cara nak dapat IC biru Malaysia...................
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 14-7-2018 09:43 AM
ada buat police report tak masa beg kena samun? sebab, kalo ada buat n bila buat ic baru, jpn akan b ...

Benda tu tak guna di Sabah. Orang yang dah mati ada sijil kematian pun boleh hidup balik tapi ropa dah lain lah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 14-7-2018 09:43 AM
ada buat police report tak masa beg kena samun? sebab, kalo ada buat n bila buat ic baru, jpn akan b ...

Tapi.hilang masa tahun 1998 kan
Ic masa.tu laminate.lagi...pic masik.hitam putih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2018 11:14 AM | Show all posts
payah sgt, yg kutuk2 pmpn ni, cube kumpul duit, suh buat DNA test.

tu lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 14-7-2018 09:43 AM
ada buat police report tak masa beg kena samun? sebab, kalo ada buat n bila buat ic baru, jpn akan b ...

Ye ke? Dulu pernah sekali beg duit  hilang sbb kene seluk kat Puduraya.. segala kad & duit lesap.
Bila nk buat report kat pondok polis dalam Puduraya tu, boleh pula anggota yg bertugas tu cakap hilang IC tak payah buat repot polis. Kena p buat IC baru kat JPN je katanya..
Masa pi JPN tu,staf tu tak minta pun repot polis. Ni cerita 2001 dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2018 07:47 PM | Show all posts
sekali betul dia omaknya..
camno?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 14-7-2018 07:47 PM
sekali betul dia omaknya..
camno?

akak tu pun ada beranak kan tahun dia lahir tu. tak tahulah kalau boleh pregnant serentak bukan kembar lol.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 12:57 AM | Show all posts
najib888 replied at 14-7-2018 12:50 PM
Ye ke? Dulu pernah sekali beg duit  hilang sbb kene seluk kat Puduraya.. segala kad & duit lesap.  ...

ye ke... aku dulu JPN mintak salinan police report sebagai pengesahan kena samun...  tapi kalo lesen, jpj tak mintak pun dan pegawai tu ada cakap ngan aku tak report pun takpe...  cuma aku kena isi borang je la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 01:03 AM | Show all posts
shernazz replied at 14-7-2018 11:02 AM
Tapi.hilang masa tahun 1998 kan
Ic masa.tu laminate.lagi...pic masik.hitam putih..

1998 bukan dah kaler ke?  tapi tahun tu memang masih jenis plastik laminate tu...  tapi patutnya ada rekod pembatalan sebab mana2 ic bila ada salinan, kat belakang tu dia akan tulis salinan paling latest...  contoh 800101-10-4456-03...  03 kat belakang tu membawa maksud yang ic tu adalah salinan yang ketiga...  patutnya masa orang register kelahiran budak ni guna ic kena curi tu, mesti JPN dah boleh detect yang orang tu guna ic salinan lama yang dah tak sah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 01:04 AM | Show all posts
chazey replied at 14-7-2018 10:05 AM
Benda tu tak guna di Sabah. Orang yang dah mati ada sijil kematian pun boleh hidup balik tapi ropa ...

hahaha...  lawak statement kaka chegu tapi tu la, takde yang mustahil di sabah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 01:34 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 14-7-2018 03:47 AM
sekali betul dia omaknya..
camno?

Anak kembar?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pelik pun.. aku tau ada kes sorang pompuan yang lahirkan anak guna ic orang lain.. pasal dianya anak pati indon. Mak balik indon tinggalkan dia dgn kuarga angkat umur 9 tahun. Pastu ngandung.

Dia daftar tu tahun 2002 la. IC yang plastik laminate tu. Kesannya... anak tu sampai skang tak buat lagi mykad sebab maknya takut ngadap JPN sendiri tau buat salah besar.

Anak kedua pulak lahir 2011 lagi teruk nasibnya. Patut masuk darjah 1 tapi surat beranak takleh ambik. Nak ambik maknya kena datang jpn amik sendiri. So tak leh masuk sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 15-7-2018 01:03 AM
1998 bukan dah kaler ke?  tapi tahun tu memang masih jenis plastik laminate tu...  tapi patutnya a ...

Iols start buat ic 1998
12tahun...masih hitam putih
Tapi akhir tahun 1998 kot baru kaler atau tahun lepas tu kot yakni 1999

Itu lah..pelik betul.kalau btul pompuan ni digunakan.icnya utk register budak ni..

Iols penah hilang ic..n.iols.pegi balai nak.report..dia kata x perlu sebab nnt.jpn sendiri update...melainkan.kes jenayah seperti samun..ragut.dsb...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2018 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
fff_cat replied at 15-7-2018 03:51 AM
Tak pelik pun.. aku tau ada kes sorang pompuan yang lahirkan anak guna ic orang lain.. pasal dianya  ...

Kesiannya
Anak jadi.mangsa
Mcm main.main.je dgn peraturan di.malaysia...
Dh.tau indon..branak.di indon.je la
Sebab mostly pati.indon.sini mmg akan branak.kat indon n tinggal anak di sana..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 14-7-2018 09:43 AM
ada buat police report tak masa beg kena samun? sebab, kalo ada buat n bila buat ic baru, jpn akan b ...

apa maksud jpn batalkan ya?

sbb aku pernah hilang ic. time buat baru, siap tanya cip kat ic lama akan disabled ke? org tu ckp ya

dalam sebulan pastu aku jumpa balik ic lama. try guna ic lama kat bank etc, lepas je. aku guna je ic lama. sampailah hilang balik baru2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 08:58 AM | Show all posts
shernazz replied at 15-7-2018 07:17 AM
Iols start buat ic 1998
12tahun...masih hitam putih
Tapi akhir tahun 1998 kot baru kaler atau ta ...

ye la kot sebab kes aku ni kes samun sebab tu kena ada police report...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 08:59 AM | Show all posts
fezy replied at 15-7-2018 07:23 AM
apa maksud jpn batalkan ya?

sbb aku pernah hilang ic. time buat baru, siap tanya cip kat ic la ...

uish... ko tak report ke jpn ke yang ic lama ko masih boleh guna...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.068666 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list