PENDUDUK Taman Bandar Jaya, Bintulu, digemparkan dengan kehadiran wanita bogel sedang bermeditasi, hari ini.
Mulanya, wanita berusia dalam lingkungan 30-an berjalan tanpa seurat benang sebelum dilihat duduk di padang rumput berhampiran Jalan Alamanda sambil melakukan aksi ala-yoga, pada 4.30 petang.
Penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, wanita itu sering dilihat berkeliaran di kawasan perumahan itu.
"Wanita terbabit tidak mengganggu penduduk, tetapi aksinya agak kurang sopan dan menimbulkan rasa kurang senang. Tidak pasti sama ada wanita itu waras atau sebaliknya.
"Kita berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya membantu wanita itu jika benar dia mengalami tekanan perasaan atau masalah kesihatan lain," katanya.
Katanya, pernah beberapa kali wanita terbabit berbogel di hadapan sekolah berhampiran pada waktu tengah hari sehingga membimbangkan ibu bapa murid.
Difahamkan, orang ramai yang sempat melihat kejadian terbabit menghubungi polis bagi menahannya, namun sejurus tiba di lokasi kejadian, wanita itu sudah melarikan diri.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -bogel-bikin-gempar
|