CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 910|Reply: 9

[Tempatan] Susulan kejayaan penyiaran Piala Dunia 2018, RTM bakal siar EPL secara langsung

[Copy link]
Post time 16-7-2018 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Bernama
July 16, 2018



KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengkaji untuk menyiarkan secara langsung perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada masa akan datang.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata ini susulan kejayaan penyiaran Piala Dunia 2018 yang disifatkan sebagai satu kejayaan besar kepada stesen berkenaan.

“Itu adalah satu perkara dibawa kepada perhatian kita, tetapi bukan untuk tahun ini kerana ia mungkin memakan dana yang besar, bukan juga tahun depan, tetapi tahun-tahun akan datang,” katanya kepada ketika menghadiri program Jom Bola Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 bersama Menteri KKMM di Padang Majlis Perbandaran Subang Jaya, Puchong, malam tadi.

Gobind berkata KKMM komited untuk membawakan lebih banyak acara sukan secara langsung bagi meningkatkan kualiti stesen tv kerajaan itu.

Kerajaan melalui RTM menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan dengan kos sebanyak RM30 juta untuk membeli hak penyiaran Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia bermula 14 Jun lepas hingga hari ini (15 Julai).

Siaran tersebut mendapat tajaan berjumlah RM30 juta menerusi Maxis Bhd dan AirAsia Bhd.

Gobind berkata rancangan menaiktaraf RTM juga melibatkan projek Media City di Angkasapuri yang dijangka siap 2 bulan lagi.

“Suka saya katakan bahawa dengan siapnya Media City dengan dilengkapi peralatan dan teknologi moden akan membantu menaiktaraf kualiti penyiaran RTM,” katanya.

Lebih 1,000 hadirin terdiri daripada warga Puchong dan kawasan sekitar bersama-sama menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di 2 layar gergasi.

Perlawanan akhir yang menyaksikan aksi pasukan Perancis dan Croatia itu bermula 11 malam waktu Malaysia.

Gobind, Ahli Parlimen Puchong memilih menyokong pasukan Perancis dengan ramalan 2-0.

Katanya lagi beliau sempat bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dalam pertemuan itu Dr Mahathir menyatakan beliau menyokong pasukan Croatia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 09:36 AM | Show all posts
acah2 tgh mengkaji..ntah2 dah kautim
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 09:37 AM | Show all posts
alesandra replied at 16-7-2018 09:36 AM
acah2 tgh mengkaji..ntah2 dah kautim

jgn jelesss rtm tak kawtim dgn serie A
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 09:40 AM | Show all posts
kecimpret replied at 16-7-2018 09:37 AM
jgn jelesss rtm tak kawtim dgn serie A

nak jelessss apaaa setakat rtm zaman purba tu.serie a skrg kena streaming tauuwww.merasa la pemenat ronaldo
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 11:07 AM | Show all posts
Tak kisah la kalau tiada EPL atau sebarang liga luar Malaysia/Nusantara kat TV percuma. Baik tubuhkan TABUNG SIARAN LANGSUNG PIALA DUNIA lepas hutang Malaysia selesai
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 11:08 AM | Show all posts
bangganya

hidup ph
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2018 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Penting sgt ke sampai agenda kerajaan? Astagaaaaa.

Might as well bwak the lingerie American football league live.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sukan live bkn benda baru baru pun, tahun 80an dulu ada je live epl, final fa, road to wembley, big league, nba, snooker, italian soccer, tenis live... skrang ni mmg sukan kat tv mmg xde dah...kalau ada sponsor apa salahnya diadakan balik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dah bertahun ke mmg rtm ada siarkan world cup? Apa yg barunya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha...  Siaran langsung yg jiran sebelah dah jerit goal 2 jam lepas.. Kita baru nak jerit goal.  Siaran tertunda rupa2nya.  HANCINGGGG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.402722 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list