View: 1409|Reply: 4
|
[Tempatan]
UMNO hantar surat kepada PDRM
[Copy link]
|
|
UMNO menerusi Tetuan Scivetti & Associates mengemukakan surat permohonan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan dokumen dan maklumat berhubung RM116.7 juta yang disita pihak berkuasa itu.
Berdasarkan satu kenyataan dikeluarkan firma guaman itu, PDRM diberi tempoh tujuh hari untuk menyerahkan dokumen dan maklumat terbabit.
“Anak guam kami menegaskan bahawa sebahagian besar wang yang dirampas adalah milik UMNO.
“Wang itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd,” kata kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Pada 24 Mei lalu, UMNO meminta polis memulangkan baki sumbangan kempen dan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dirampas pihak berkuasa terbabit.
Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO berkata, dana itu diperlukan dalam proses UMNO membina semula parti.
Katanya, baki sumbangan kempen dan dana parti dirampas polis ketika ia dalam proses dipindahkan kepada kepemimpinan baru UMNO selepas peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 10:22 PM |
|
|
|
|
|
|
|
ok... kte tgk seterusnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah pulangkan. Elok buat bayar hutang negara. Yang buat hutang ni pun barisan UMNO. Nampak duit tu banyak laju saja nak claim tu duit parti. Macam duk kat gua lak simpan cash on hand juta2. Mana bank account parti. Semua ni sampah |
|
|
|
|
|
|
|
Dramanya ..kalo bg duit pon diorang buat poco2 dan majlis rumah terbuka..let em suffer and wither sis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|