CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Tempatan] Anak Suharto mahu bertanding

[Copy link]
Post time 21-7-2018 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JAKARTA - INDONESIA. Anak bongsu bekas presiden Indonesia, Suharto yang didakwa bersalah kerana mengarahkan pembunuhan ke atas hakim mahkamah tinggi akan bertanding untuk merebut kerusi parlimen, menurut parti politiknya, hari ini.

Tommy Suharto, 56, mahu mewakili wilayah Papua yang pernah berada di bawah pemerintahan bapanya ketika digabungkan dengan Republik Indonesia menerusi referendum disokong PBB yang didakwa sebagai palsu pada akhir 1960-an.

Sejak itu, Papua yang terletak di bahagian barat New Guinea berdepan dengan pemberontakan yang menuntut kemerdekaan daripada Jakarta.

Menurut pegawai kanan parti Berkarya, Tommy mahu bertanding dalam pemilihan pada April depan di bawah parti terbabit.

"Ia adalah permintaan penduduk Papua dan beliau sendiri mahu mewakili mereka," kata Badaruddin Andi Picunang.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan keluarga Suharto membayar semula ratusan juta dolar yang digelapkan daripada yayasan biasiswa.

Dalam kes berasingan, Tommy turut disabit bersalah dengan kes rasuah.

Dia yang dikenali sebagai lelaki gemar berfoya-foya dan peminat kereta mewah pernah menjalani empat tahun daripada 15 tahun hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya kerana mengupah pembunuh upahan untuk membunuh hakim yang menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya atas kesalahan rasuah. - Agensi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.084845 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list