|
KOTA BHARU – Pas Kelantan mahu kerajaan tidak melepas tangan dalam membuat kata putus mengenai isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipolemikkan masa kini, kata Ketua Penerangannya, Datuk Nassuruddin Daud.
Menurutnya, kerajaan perlu mengambil serius hal ini kerana agama Islam perlu dijaga, termasuklah undang-undang dan amalan dalam Islam itu sendiri.
“Kalau kita buat senyap-senyap, ‘itu dosa dia dengan Allah’, lepas itu, kita kerajaan dok buat gapo? Kambing pun ‘tak naik’ sama sendiri. Jangan pandai tangkap yang ambil pil kuda sahaja.
“Memang betul itu dosa dia dengan Allah. Tapi kita sebagai pemerintah ini dok buat gapo? Bila kita tahu, (maka) kita kena tutuplah pintu maksiat itu,”katanya semasa menyampaikan kuliah sesi kedua Medan Ilmu di sini.
Menurutnya, kerajaan perlu berubah, tambahan kini bukan lagi pembangkang, tetapi sebagai pemerintah.
Beliau berkata, mengulas mengenai hak, hak golongan LGBT ialah hak mereka yang memerlukan didikan, hak untuk mereka bertaubat, bukannya hak untuk terus melakukan perkara tersebut.
“Jangan bersikap liberal, semua agama semua sama, jangan, jangan gitu, punah kita. Sebelum nak jaga agama orang lain, sebelum nak jaga bini orang lain, jaga bini kita dulu,”katanya.
|
|