CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1096|Reply: 11

[Tempatan] Kenapa hilang sifat perikemanusiaan...?

[Copy link]
Post time 23-7-2018 08:28 AM | Show all posts |Read mode


LELAKI warga emas maut akibat dibelasah selepas didakwa mencuri kelapa sawit berhampiran rumahnya di Lekir, Sitiawan, semalam.

Difahamkan, mangsa Noorbek Siron, 67, meninggal dunia jam 8 malam di Hospital Seri Manjung selepas bertarung nyawa akibat parah dibelasah dalam kejadian Rabu lalu.

Isterinya, Siti Rakiah Madiu, 65, berkata suaminya dipercayai dibelasah jam 11.30 malam Rabu lalu dan dia hanya mengetahui kejadian pada keesokkannya apabila gagal mengesannya.

Menurutnya, pada malam kejadian suaminya keluar rumah dipercayai ke kebun kelapa sawit berhampiran sebelum mendapati suaminya tidak pulang ke rumah pada jam 6 pagi Khamis lalu.

“Bimbang sesuatu berlaku, saya berbekalkan lampu dari telefon bimbit terus keluar mencari suami di kebun sawit di belakang rumah.

“Saya menemui sebelah kasut suami dan ketika itu terdetik sesuatu buruk mungkin berlaku terhadapnya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, hari ini.

Siti Rakiah berkata, dua jam kemudian dia bersama seorang anak saudara sekali lagi cuba mencari di kawasan kebun sawit sama dan berjaya menjumpai sebelah lagi kasut suaminya, selain kesan seperti pergelutan berhampiran tempat kasut berkenaan dijumpai.

“Saya terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk bertanya mengenai suami dan anggota polis memberitahu terdapat kes seorang lelaki warga emas yang ditahan dan dimasukkan ke hospital kerana dipercayai mencuri kelapa sawit.

“Saya pergi ke Hospital Seri Manjung dan luluh hati apabila melihat suami dalam keadaan lemah dengan muka mengalami lebam selain mata kiri cedera teruk,” katanya.

Menurutnya, ketika itu suaminya masih sedar dan boleh bercakap sempat memberitahu dirinya dipukul namun kecederaannya parah hingga terpaksa dirujuk ke HRPB untuk pemeriksaan menyeluruh sebelum dipindahkan kembali ke Manjung pada awal pagi Jumaat lalu.

“Bagaimanapun keadaan suami semakin tenat dan disahkan meninggal dunia malam semalam,” katanya yang memaklumkan doktor memberitahu suaminya mengalami kecederaan patah tulang rusuk, patah pinggang, cedera paru-paru selain mata kiri buta dan pendarahan otak.

Menurutnya, pada awalnya dia tidak mahu memanjangkan perkara itu sekali gus melakukan urusan pengebumian jenazah suami dengan segera hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis tidak membenarkannya kerana kes berkenaan mempunyai unsur jenayah serta perlu dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian sebenar.

“Berdasarkan keputusan bedah siasat, saya dimaklumkan punca kematian suami akibat kecederaan di kepala susulan trauma tumpul.

“Jika benar suami saya mencuri, kenapa perlu dibelasah tanpa perikemanusiaan hingga mati sedangkan arwah seorang warga emas dan hanya berbadan kecil sahaja.

“Saya serahkan kes ini kepada siasatan polis dan berharap pihak atau individu bertanggungjawab dapat dikesan serta mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kes pukul berkenaan kini diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan kematian lelaki terbabit.

Menurutnya, kematian mangsa dilaporkan kepada polis oleh pihak Hospital Seri Manjung pada jam 1 pagi hari ini.

“Terdapat satu tangkapan dibuat oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis pada Rabu lalu, dan semasa tangkapan diterima mendapati lelaki berkenaan dalam keadaan cedera.

“Polis kemudian mengambil tindakan dengan membawa lelaki itu ke hospital bagi tujuan rawatan sebelum ditahan di wad,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek diberikan jaminan polis di hospital pada Khamis lalu kerana memerlukan rawatan susulan dan ketika jaminan polis diberikan, suspek dalam keadaan stabil dan sedar.

“Pada lebih kurang jam 1 pagi hari ini polis dimaklumkan oleh pihak hospital mengatakan lelaki itu sudah meninggal dunia.

“Bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan tisu lembut susulan trauma tumpul dengan pendarahan otak,” katanya.

Katanya, susulan itu polis kini menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Julai 2018 @ 8:30 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2018 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo mmg dia mencuri sekalipun, tangkap, ikat dan hantar ke balai je tak boleh ke? Perlu ke nak belasah sampai mati?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 08:31 AM | Show all posts
Jinjangnua kau Nyah berapa kali dah kau nak buka tred dan news yang sama?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 08:33 AM | Show all posts
innalillah..al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 08:34 AM | Show all posts
org malaysia makin membinatang diri
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Btol ke.dia.mencuri?
Kalau btol ..daya.mana sgt nak mencuri tu..
Ke dia ada geng?
Harap disiasat seadilnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2018 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
la..tua tua nak mencurik ke. sblh umah je pon. Astaghfirullah kalau fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku Pon pernah tangkap orang mencuri buah Kelapa sawit tapi ko pukul dengan syarat.

1. Pukul2 sikit lepastu hantar ke balai polis

Atau

2. Pukul sampai hampir mati lepastu biarkan dalam semak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2018 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku Pon pernah tangkap orang mencuri buah Kelapa sawit tapi ko pukul dengan syarat.

1. Pukul2 sikit lepastu hantar ke balai polis

Atau

2. Pukul sampai hampir mati lepastu biarkan dalam semak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 dah biasa buat kerja, jadi orang aim. Kebun kelapa sawit tu arwah yang punya ke sampai boleh pi malam yang mengundang suspicious?

Apa pun, siasat lah sepenuhnya. Takut2 arwah memang mangsa keadaan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
x pasal2 hilang nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2018 03:32 AM | Show all posts
kenapa la pukul macam tu, bawak la ke balai polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.056352 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list