Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
463
View
0
Reply

[Tempatan] Vinod Sekhar aktif kerja amal demi pendidikan

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-7-2018 07:49 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR - Ketua Eksekutif Kumpulan The Petra Group, Datuk Vinod Sekhar dinobatkan penerima anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman pada majlis Global Leadership Awards 2018 (GLA2018) di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Anugerah berprestij itu disampaikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman.

GLA anjuran The Leaders International Magazines dan American Association Leadership Development (ALDA) adalah bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada individu yang memiliki kepimpinan melalui kecemerlangan organisasi yang dibangunkan.

Selain beliau, empat individu lain turut menerima anugerah sama antaranya, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd, Datuk Kamarudin Meranun dan Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San.

Vinod Sekhar, 49, anak kelahiran Kuala Lumpur memulakan karier perniagaannya semasa masih bergelar pelajar biologi di bawah tajaan biasiswa dan memulakan Vincent Siefer Clothing Co. dengan modal AS$50.

Pada 1990, beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan STI yang bertanggungjawab terhadap beberapa perniagaan termasuk mewujudkan syarikat Internet komersial pertama di Asia Tenggara dan pelbagai inovasi teknologi lain termasuk salah satu syarikat realiti maya yang pertama di AS.

Vinod juga terlibat aktif dalam gerakan kebajikan apabila menjadi Pengerusi Petra Foundation (memainkan peranan menyumbang dalam kehidupan lebih 12,000 kanak-kanak di seluruh dunia), Pengerusi Pelita Harapan, Pengerusi Sitavani Foundation dan Presiden Malaysian Muda.

Beliau juga individu Asia pertama menjadi pemilik pasukan Formula 2000 dan kejuaraan Formula 3 selain rakyat Malaysia pertama sebagai pengasas syarikat kereta mewah di negara ini.  

Terbaharu, beliau terlibat dalam usaha menghentikan polarisasi kaum masyarakat Malaysia dan mewujudkan satu platform untuk perdebatan terbuka selain penyokong kuat dan pemikiran dalam landskap politik Malaysia.

Beliau juga disenaraikan sebagai individu terkaya ke-16 di Malaysia oleh Forbes, beliau dan isterinya menyumbangkan 60 peratus daripada keseluruhan pemilikan dalam kumpulan Petra ke yayasan amal mereka.

Beliau kini sedang melancarkan aplikasi Tara's World, bertujuan menghubungkan masyarakat umum, korporat, badan amal, program sosial dan mereka yang memerlukan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list