Bagi peminat program I Can See Your Voice Korea, pastinya sudah bergembira menonton francais bahasa Melayu, I Can See Your Voice Malaysia yang dihoskan oleh Shuk dan Alvin Chong sabtu lepas. Cakra Khan menjadi penyanyi pertama dengan panel penyiasat tetap iaitu Jehan Muse, Mark Adam dan Hafiz Hatim. Manakala penyiasat jemputan pula ialah Naz dan Haqiem Rusli.
Program berlangsung lancar hinggalah peserta yang dikenali Hot Man Kitchen membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Tergantung Sepi di pusingan penentuan. Setelah menyedari Hot Man Kitchen adalah penyamar bukannya penyanyi sebenar, nyanyiannya yang sumbang membuatkan Haqiem naik ke pentas lalu menyambung lagu tersebut. Ia membuatkan ramai penonton tidak berpuas hati.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto: Youtube
Tahulah suara sedap, tapi rampas mike tu kan biadab namanya!
Kredit foto: Carian Internet
Bagaimanapun, ada yang mendakwa insiden itu sudah dirancang bagi memeriahkan program tersebut.
Betul ke?
Kredit foto: Youtube
Bawa bertenang semua, mungkin juga ini strategi daripada stesen televisyen untuk menaikkan lagi rating program ini.
Ya, dengan segala kekecohan yang pernah berlaku sebelum ini, Haqiem Rusli nampaknya mendapat perhatian yang begitu hebat daripada netizen. Biar pun telah meminta maaf kerana kesilapannya, namun jika asyik tersalah laku, lebih-lebih lagi boleh ditonton di kaca televisyen, pastinya menuntut penjelasan yang lebih, bukan sekadar permohonan maaf semata-mata.
Namun, dari sudut positifnya, teguran adalah tanda sayang. Haqiem boleh bermuhasabah dan cuba untuk meletakkan dirinya lebih matang dari sebelumnya. - CARI |