View: 754|Reply: 11
|
[Tempatan]
Penerbangan semula AirAsia KL-Kuantan lepas 7 tahun terhenti
[Copy link]
|
|
16 Ogos 2018 3:00 AM
KUALA LUMPUR 15 Ogos – AirAsia Bhd. akan memulakan semula penerbangan harian ke Kuantan, Pahang bermula 28 Oktober ini, selepas kira-kira tujuh tahun menghentikan operasi laluan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat berkata, laluan Kuala Lumpur-Kuantan tersebut akan menandakan kehadiran perkhidmatan Air­Asia di semua lapa­ngan terbang utama di Malaysia.
Beliau berkata, AirAsia sedang berkembang dengan agresif di ASEAN malah melangkaui rantau berkenaan, jadi keputusan untuk menghubungkan semua ibu kota di negara asalnya adalah tepat.
“Kami percaya penerbangan secara terus ke Kuantan ini akan memanfaatkan wilayah Pantai Timur secara keseluruhannya kerana lokasinya yang sangat ideal sebelah Kelantan dan Terengganu.
“Sambungan laluan ke Kuantan ini juga memberi peluang kepada pelanggan untuk lebih meneroka wilayah tersebut, sekali gus mengukuh­kan sektor pelanco­ngan dan ekonomi tiga negeri itu,” kata­nya dalam temubual eksklusif bersama travel360.com di sini hari ini.
Rangkaian domestik AirAsia termasuk Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Langkawi, Alor Setar, Kota Kinabalu, Kuching, Tawau, Labuan, Bintulu, Sibu, Miri, Sandakan, Ipoh dan Penang.
Menurut Riad, pelanggan dari Kuantan berpeluang mendapat lebih pilihan bagi penerbangan tambang rendah ke Kuala Lumpur untuk bersambung dengan rangkaian AirAsia ke 130 destinasi.
“Kuantan bukan sahaja menjadi laluan domestik kerana sambungan AirAsia yang baik di peringkat global akan meletakkan ibu negeri itu di dalam peta pelancongan antarabangsa,” jelasnya.
Bagi meraikan pelancaran itu, AirAsia mengadakan tawaran tambang istimewa serendah RM16 yang boleh ditempah hingga 26 Ogos ini untuk tempoh perjalanan 28 Oktober ini hingga 13 Ogos 2019.
Kuantan sememangnya ter­kenal dengan makanan termasuk puding raja, ikan bakar dan sata selain tempat-tempat menarik seperti Teluk Cempedak, air terjun Sungai Pandan dan Bukit Panorama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama dh iols x jejak pahang neh..
Last pegi colmar tropicale fefeling perancis |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda ECRL confirm dibatalkan |
|
|
|
|
|
|
|
berapa minit la penerbangan dari klia ke kuantan? |
|
|
|
|
|
|
|
ok lah pasni bolehlah akak tgk ketebang air asia lalu atas rumah akak... tp akak lg rindu nak tgk jet 1malaysia parking kat tudm kuantan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-8-2018 12:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
motor bike kl-kuantan rasanya sejam
Kalau drive 3 jam |
|
|
|
|
|
|
|
amboi, colmar tropicale tu kat bukit tinggi. lagi 2-3 jam baru sampai Kuantan rasanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 16-8-2018 02:52 PM
amboi, colmar tropicale tu kat bukit tinggi. lagi 2-3 jam baru sampai Kuantan rasanya.
Haha...pahang juge uols...hahahahaha
Iols penah gi kuantan 3kali je rasanya
Tu pon sebab teater...kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
40 minit
Sekarang ada MAS aje. Kalau ada AA alhamdulillah, jimat sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memudahkan orang kuantan nak gi klia, kalau tak kena drive atau naik bas sampai Putrajaya Sentral pas tu naik KLIA transit. Yang ada sekarang ni flight MAS, walaupun servis best tapi agak mahal. |
|
|
|
|
|
|
|
timing tak best dgn keperluan I. Lagipun enrich miles masih banyak lagi boleh guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab takkan mungkin jet 1Malaysia parking kat TUDM tu la maka Air Asia start balik.. Dulu boleh pakai jet 1Malaysia, lani kena pakai Air Asia..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|