CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 852|Reply: 12

[Tempatan] Isteri orang, teman lelaki didenda berkhalwat

[Copy link]
Post time 16-8-2018 12:11 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Seorang isteri orang bersama teman lelakinya yang baru lima bulan dikenali di laman sosial dikenakan denda RM2,600 oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana berkhalwat.

Bukan itu sahaja, wanita berusia 37 tahun bersama pasangannya yang berusia 26 tahun itu turut berdepan dua bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas mereka mengaku salah berkhalwat di sebuah bilik di hotel murah di Wakaf Tembesu, Kuala Nerus, kira-kira jam 11.10 malam, pada 13 Mac lalu.

Dengan itu, mereka mengaku melakukan kesalahan dibawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) ( Terengganu) 2001.

Mengikut fakta kes, bertindak atas maklumat diterima, satu pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah bilik di hotel murah di Wakaf Tembesu, Kuala Nerus.

Semasa berada di hadapan bilik, didapati pintu utamanya tertutup rapat sebelum pintu diketuk sambil diberi salam beberapa kali.

Lebih kurang dua minit kemudian, pintu dibuka dari dalam dan kelihatan seorang perempuan berdiri di hadapan pintu.

Pemeriksaan lanjut ke atas bilik berkenaan menemukan seorang lelaki dan tiada lagi orang lain kecuali mereka berdua sahaja.

Soal siasat dilakukan, mereka berdua tiada hubungan suami isteri yang sah ataupun mahram.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Khanurulhajja Mustafar dihadapan Hakim Mohd Fakhruddin Yusof.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 12:27 PM | Show all posts
wow sedapnya ..........

makan pucuk muda...


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
adoi lah
kawen la baru cek inhotel mas kawen boleh hutang apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 12:31 PM | Show all posts
kureng ksih syg ke nii..
ke suami pun ada gf..
msing2 wat hal sendri...
mcm2 laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 12:49 PM | Show all posts
wow pucuk muda

kene tangkap pon xpe, 3k je
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 12:50 PM | Show all posts
semoga insaf..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2018 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinggi betul keinginan warga terengganu darul nafsu. Setiap masa ada je kes seksual
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki.mati pucuk ke..
Atau pompuan ni mmg.miang keladi?
Adoi...
Bini orang kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 01:03 PM | Show all posts
dah tau nak merendek secara haram, duk kat hotel murah dah kenapa?
taktau ke, taraf hotel2 5 bintang tu kebal dari tangkapan jabatan agama?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedeknya skandal sheols. Grand puteri dekat stesen bas tu tak sampai rm200 pon. Aman kalau nak cikcur. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:25 PM | Show all posts
wakakakka kena bayar denda lagi mahai berganda2 dari hotel 5 bintang, bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:36 PM | Show all posts
suami dah xpeduli kut..

tapi hebat la, dapat bf 10 tahun muda
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:31 PM | Show all posts
hotel murah je...patutla kena serbu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.072611 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list