CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4022|Reply: 2

Hooligans - Kafe Baru Di Puchong Untuk Hantu Bola. Boleh Makan Free Tau!

[Copy link]
Post time 17-8-2018 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Biasanya kaki-kaki bola ni akan lepak di mamak untuk layan bola. Berita baik buat anda yang berada di Puchung, Hooligans Kafe, merupakan sebuah kafe yang berkonsepkan bola sepak dan sesuai untuk anda yang hantu bola.
















Dekorasi kafe yang menggunakan jersi-jersi dan juga merchandise bola sepak kelab-kelab terkenal menjadikan kafe ini seperti sebuah kedai menjual barangan sukan. Hooligans Kafe terletak di Jalan BK5A2, Bandar Kinrara, Puchong beroperasi setiap Isnin - Ahad 12pm-2am ( Selasa tutup).


Menarik di Hooligan Kafe


Menu yang menarik tetapi harga murah











Ya! Dengan harga RM 10 sahaja, Butter Milk Chicken yang sangat terbaik!. Selain harga yang murah, portion dia pula besar. Ayam kelililing pinggan.







Selain itu, Spaghetti Curry Laksa dia juga padu! Dengan harga RM14 je semangkuk anda akan dapat menikmari semanggukuk mee kari dengan kuah kari yang berlemak dan sedap!


Makan FREE







Dengar je makan free mesti seronok kan? Ya! Hooligans kafe memberi peluang kepada pare pengunjungnya untuk MAKAN FREE. Tetapi dengan syarat, anda perlu sertai Fantasy EPL dan join Hooligans League. Bagi anda yang mendapat point paling tinggi minggu itu, anda akan dapat MAKAN FREE!


Saluran bola di skrin besar







Ok! Setiap malam skrin TV besar akan dibuka diluar kedai untuk para pelanggan layan bola ramai-ramai. Jadi, kalau musim piala dunia, sudah pasti suasa di kafe ini sangat meriah. Anda jangan lepaskan peluang untuk sama-sama merasai kemeriahan ini. - CARI


Kredit Foto: @Ashril_92


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
nanti mai..tunggu Liverpool vs MU.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 05:31 AM | Show all posts
alahai keciknya screen ......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.069467 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list