View: 2148|Reply: 18
|
[Tempatan]
Najib tiada ciri Tun Razak, kata Tun M
[Copy link]
|
|
LONDON - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kecewa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak memiliki ciri seperti bapanya Tun Abdul Razak Hussein, yang merupakan individu yang beliau sanjungi.
Dr Mahathir berkata, Tun Abdul Razak begitu prihatin dengan nasib orang kampung termasuk memperkenalkan pembangunan kawasan luar bandar namun anaknya tidak sedemikan.
Menurutnya, Najib tiba-tiba memberitahunya mengenai ‘cash is king’.
"Bila kita kata 'cash is king' bermakna dengan duit kita boleh buat apa sahaja. Bila tak ada duit, curi duitlah," katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja siri kedua ke United Kingdom pada Isnin.
Beliau turut kecewa dengan kerosakan jentera kerajaan yang berlaku pada pentadbiran Najib apabila terdapat pegawai-pegawai kerajaan yang berkempen semasa pilihan raya.
Dr Mahathir berkata ketika beliau menjadi perdana menteri pertama kali pada tahun 1981, tiada masalah berlaku dengan jentera kerajaan.
"Tiada masalah, cuma nak buat keputusan berkenaan perkara ini, perkara itu dan perkara ini. Jentera kerajaan berjalan dengan baik," katanya mengenai pengalaman ketika mula menjadi perdana menteri pada 1981 sehingga 2003.
Dalam pada itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dalam pilihan raya kecil kerusi berkenaan pada 13 Oktober ini kerana bilangan calon yang ramai bertanding akan memecahkan pengundi.
Kerusi itu akan melibatkan pertandingan tujuh penjuru termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan sebagai pencabar Anwar.
Ditanya mengenai cara pengosongan kerusi berkenaan, Dr Mahathir berkata ia tidak menyalahi undang-undang walaupun ada yang mempertikaikan dari sudut moral.
"Undang-undang membenarkan wakil rakyat letak jawatan dan beri jalan pada pihak lain," katanya.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lepas untuk memberi laluan kepada Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Dr Mahathir berkata kemenangan Anwar akan membolehkannya menjadi Ahli Parlimen.
"Dia bertanding untuk memenuhi kerusi yang kosong. Bila menang dia jadi Ahli Parlimen," katanya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Habis anak2 ko ada ciri2 ko ke atok?
brutal dan diktator?
hanya sebab DS Najib tak nak ikut perintah
dan suruhan ko, segala yang buruk ko kenakan pada dia
rekod cemerlang Najib selama dia kecimpung dalam politik tanahair
di berbagai kementerian dipadamkan oleh ko begitu sahaja
lepas ko hasut mahacai, terutama budak2 muda
sokongan padu Najib masa ko terdesak waktu UMNO di
ambang pemilihan presiden suatu ketika dulu terus ko lupakan
ko tak akan berada di kedudukan sekarang tanpa UMNO
dan juga DS Najib |
|
|
|
|
|
|
|
Yelahhh tok...KO ngan anak beranak je KO YG bagus dan maksum....org lain semua pemalas asik mintak bantuan2 xabis2....KO anak beranak KO mewah kaya xpe usaha sndiri puiitttt..... |
|
|
|
|
|
|
|
kesana kemari asik cerita keburukan org je..pastu memburuk2kan negara sednri..stupid |
|
|
|
|
|
|
|
Berasap kubur tun razak huhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
Mahathir dgn 'Character assassination' tak kan berubah. Dari dulu lagi dia memang suka serang orang yang dia tak suka. Tuanku abdul rahman, tengku razaleigh, Nik Aziz, Anwar, Tun abdullah dan skrg Najib. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg tun cakap tu betul.. Tun razak adalah wira negara sementara Najib adalah perompak negara.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai orang hidup tak tenang gelisah tidur malam berpeluh mimpi ngeri selagi najib tak masuk penjara.
|
|
|
|
|
|
|
|
anjing gigih up najib..
|
|
|
|
|
|
|
|
kau dah settle dgn roy3 belum??
dia kata kau anak anjinggg.
|
|
|
|
|
|
|
|
asal namanye dlm politik..sama je smua 2x5=10 |
|
|
|
|
|
|
|
diam lah asyik berbunyik je ko |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mengata diri sendiri je. org kampung yg bodo2 pun gelak agaknya bila dengar mahathir cakap mcm ni nak2 yg duduk kawasan daif dkt pekan tu. tp dah bkn kawasan daif kot sekarang sbb najib dah upgrade kawasan tu dpd rupa setinggan ke taman perumahan, foc lg. yg mana kerja nelayan dpt enjin bot, yg mana ambik upah menjahit dpt mesin jahit baru. byk la kalau nak ceritanya. sbb tu la undi utk najib byk dtg dpd org2 miskin, hina dina
|
|
|
|
|
|
|
|
dizekni replied at 2-10-2018 09:21 AM
Habis anak2 ko ada ciri2 ko ke atok?
brutal dan diktator?
ni la kot antara nota dlm buku kecik dia tu
|
|
|
|
|
|
|
|
choi macam la najib tu dok diam ja masa berkuasa. sampai siti hasmah pon kena soal. segala kepala bapak keluar. org tuuuuuuuuu org tuuuuuuuu bila berucap
|
|
|
|
|
|
|
|
ok kalu camtu mohon PM & kabinet baru rombak semula sistem harga semua barang n perkhidnmatan kat malaysia ni selaras ngan kos sara hidup rakyat..penat la gomen dulu menyalak tang ni n gomen skang menyalak tang tu sampai la abang jamil mampus!! |
|
|
|
|
|
|
|
atok bukak mulut jer mcm air kencing menyirami .. semua perdana menteri yg ganti dia x kena pd mata dia. ni kita nak tgk hari bersejarah atok nak lantik anuar ... harap2 atok umur pjg |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg pon dia xda ciri tun razak. Dia ada ciri perangai kau yang celaka haram jadah to. |
|
|
|
|
|
|
| |
|