|
Adalah satu masalah buat seorang suri rumah tidak tahun nak buat macam mana dengan nasi lebih yang ada. Nak di buang sayang. Nak simpan dan nak makan semula keesokan harinya, tentu sudah tak segar lagi sesegar nasi panas baru. Akhirnya nasi menjadi basi sahaja di dalam periuk.
Foto: Google
Tunggu! Jangan bazirkan nasi lebih anda tu. Daripada sayang dibuang, apa kata cuba resipi keropok nasi yang agak rare ni.
Resipi Keropok Nasi
Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi sejuk, rendam 1 jam
1 mangkuk tepung ubi / secukupnya
3 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 batang daun bawang. Hiris nipis
garam secukup rasa
stok ayam / kiub ayam
Cara-cara membuatnya
Foto: Vi Wanita
1. Kisar nasi, bawang putih, ketumbar sampai halus.
2. Masukkan garam, hirisan daun bawang dan kiub ayam.
3. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.
4. Angkat adunan dan bentukkan lonjong (seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.
5. Angkat dan potong nipis, kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.
6. Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng.
Selamat mencuba! - CARI
Kredit : Vi Wanita |
|