CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1699|Reply: 11

[Tempatan] Cerita dari Sabah: Underneath pokok mangga ku gantung diri

[Copy link]
Post time 16-10-2018 08:49 AM | Show all posts |Read mode
MAYAT seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung pada dahan pokok mangga dalam kejadian di Tenom, hari ini.

Lelaki berusia 50-an itu ditemui seorang penduduk kampung kira-kira jam 6.30 pagi ketika lalu di kawasan terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tenom, Asisten Superintendan Ahmad Razali Shaari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.05 pagi.

“Orang awam memaklumkan ada seorang lelaki dipercayai mati akibat menggantung diri pada sebatang pokok mangga di kampung itu.

“Siasatan awal mendapati, saksi seorang lelaki berusia 40-an dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah ternampak lelaki itu tergantung pada dahan pokok mangga," katanya ketika dihubungi NSTP.

Ahmad Razali berkata, saksi melihat lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi sebelum memaklumkan pada jiran terdekat untuk menghubungi polis.

‘Hasil siasatan di tempat kejadian, lelaki itu dipercayai membunuh diri dengan cara mengikat tali nilon pada dahan pokok itu dengan menggunakan kerusi. Tali itu diikat pada lehernya.

“Lelaki itu dipercayai merebahkan kerusi itu menyebabkan lehernya terjerut dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang dokumen namun dipercayai warga asing.

“Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tenom untuk dibedah siasat dan siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan masih diteruskan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Oktober 2018 @ 8:46 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 09:08 AM | Show all posts
alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa ni? ke ada org bunuh pastu create mcm bunuh diri hurmmm..takziah kepada keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
meklalala replied at 16-10-2018 09:08 AM
alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa n ...

Errrr.......bukan ke bapak yg lps anto anak ke sekolah tu yg jumpa mayat gantung diri kat pokok.....bukan dia yg gantung diri??
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:23 AM | Show all posts
Body_language replied at 16-10-2018 09:21 AM
Errrr.......bukan ke bapak yg lps anto anak ke sekolah tu yg jumpa mayat gantung diri kat pokok... ...

eh eh ampunkan mek, mek tersalah baca laa...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:24 AM | Show all posts
meklalala replied at 16-10-2018 09:08 AM
alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa n ...

ko ni melalut ke apa? ni mesti baca sekerat sekerat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:26 AM | Show all posts
zulka replied at 16-10-2018 09:24 AM
ko ni melalut ke apa? ni mesti baca sekerat sekerat ni..

takk tak..merepek ni sebab belum breakfast lagi kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2018 09:36 AM | Show all posts
Apa punca dia bunuh diri?
Ada keluarga yang ditinggalkan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
ish3 jadila pokok mangga berhantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 09:41 AM | Show all posts
Takziah kepada waris mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Amigurumi at 16-10-2018 10:16 AM
meklalala: alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa ni? ke ada org bunuh pastu create mcm bunuh diri hu ...


Nak kena cepuk ke..merepek pagi2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
harus semua budak takut nak lalu kawasan tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2018 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya tuhankuuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.052507 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list