CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5263|Reply: 68

[Tempatan] Lelaki belasah pekerja Petronas didenda [UPDATE] Gambar tak bertutup available,

[Copy link]
Post time 22-10-2018 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 22-10-2018 03:51 PM




PENIAGA lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Tapah hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan mencederakan pekerja stesen minyak di Sungkai, awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Nuralif Shaufiq Ahmad Fauzi, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Mohd Harith Mohd Mazlan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Nuralif didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mohd Ridwan Abdullah, 24, di stesen pam minyak Petronas, Sungkai, 12.45 tengah hari, 6 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Farahiyah Nadzri, manakala tertuduh diwakili peguam S Kavitha.

Kavitha merayu hukuman denda paling minimum dikenakan ke atas anak guamnya atas alasan sudah insaf dengan perbuatan dilakukannya.

Bagaimanapun, Fatin Farahiyah memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dijatuhkan terhadap tertuduh supaya kesalahan sama tidak berulang.

Mohd Harith kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 dan tertuduh bakal berhadapan penjara selama lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

NSTP sebelum ini melaporkan tertuduh ditahan Khamis lalu sebelum direman selama tiga hari keesokannya bagi membantu siasatan berhubung video tular yang menunjukkan aksi lelaki memukul pekerja stesen minyak.

Difahamkan, seorang lagi rakannya berusia 40 tahun yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Klip video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki termasuk yang memakai topi keledar dari dalam stesen berkenaan sebelum dipukul hingga terjatuh dan dibaling objek pada 12.45 tengah hari, hari kejadian.

Menurut laporan polis dibuat mangsa berusia 24 tahun dan tinggal di Kampung Changkat Sulaiman, dekat sini, mendakwa, seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan mahu mengisi minyak di pam bernombor enam, namun tidak memaklumkan jenis minyak RON97 yang mahu diisi menyebabkan dia diberikan RON95.

Berdasarkan laporan itu, lelaki berkenaan tidak berpuas hati walaupun mangsa mendakwa sudah meminta maaf, namun tidak diendahkan lalu kumpulan lelaki terbabit menarik mangsa keluar dan seorang daripada mereka memukul dan membaling air tin ke arah mangsa.

Mangsa kemudian membuat laporan polis mendakwa mengalami kesakitan di beberapa anggota badannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2018 03:00 PM | Show all posts
babi sgt perangai ko eh..ramai2 berani la main pukul2
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Merayu utk hukuman paling ringan sbb sudah insaf. Amboi kejap je da insaf dik?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tutup muka? Pukul orang tak tau malu pula?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:05 PM | Show all posts
sikit sgt vavi gundu ni kena.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:05 PM | Show all posts
Reman 3 hari pun dah cukup bagus. Bodo punya orang. Lain kali nak ron97 mesti cakap. Ngok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2018 03:17 PM | Show all posts
badan gemok mcm babi gini kalau 1 by 1 aku berani aje kasi tendang..tp tak sangka badan gemok tapi pengecut sbb bawak geng..kalu ko sorang lawan dgn  budak petronas tu,mmg ko sembah bumi agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:20 PM | Show all posts
woii gumuk, kalau kau nak bertumbuk, kau pi perhimpunan PKR la, sana tiap kali orang bertumbuk.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2018 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih kurang sebaya rupanya meskipun saiz ternyata berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:25 PM | Show all posts
bob pengotor gampang leher berpanau
aku kalo jenis2 merayu2 hukuman kat court ni, samseng my ass!
samseng  mana merayu la bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:28 PM | Show all posts
motip tutup kepala???  

buat malu kaum kerabat la ko ni fonen
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:29 PM | Show all posts
RM2000 je? bagila duk dalam jail sebulan 2 baru boleh bagi pengajaran kt org lain!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar babi gemuk..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemok ni beniaga apa dekk??
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah diri sendiri tak cakap nak 97. Memang la dia tekan yang 95. Diri sendiri yang bodo g belasah orang pulak. Mentang la orang tu tak sebesar ko.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm2k apa la.sangat kan
X cukup..gadai je moto
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2018 03:37 PM | Show all posts
badak ni baru 25 tahun?
otak kat lutut.


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:38 PM | Show all posts
makita replied at 22-10-2018 04:01 PM
Merayu utk hukuman paling ringan sbb sudah insaf. Amboi kejap je da insaf dik?

denda RM2k atau penjara 5 bulan JIKA gagal membayar denda.
Ringannya hukuman tu.
Patutnya penjara terus 5 bln takyah denda2.


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:39 PM | Show all posts
cHimo replied at 22-10-2018 04:03 PM
Kenapa tutup muka? Pukul orang tak tau malu pula?

aritu pun dia pakai helmet kan?
tu la bukti perangai bacul.


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:40 PM | Show all posts
ingat gengster + kaya sgt sampai pukul org x dpt isi so called 'minyak mahal'. kena denda 2K pun merayu hukuman paling ringan. ceh. sepatutnya charge 10K n penjara sebulan, baru adil. benci btl i tgk org mcmni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.069468 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list