Dalam dunia yang semakin maju ini, tidak dinafikan masih wujud segelintir manusia berfikiran sempit dan kolot. Mereka masih terikat dengan stigma negatif terhadap individu yang tidak memiliki segulung ijazah.
Terbaru, seorang peniaga buah-buahan meluahkan rasa terkilannya apabila disindir 'makcik bawang' yang mempersoalkan masa depannya kerana tidak menyambung pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Menurut Taufiq Tajuddin, wanita berkenaan seolah-olah memperlekahkan golongan peniaga sepertinya yang tidak memiliki segulung ijazah.
Dalam masa sama individu terbabit turut membandingkan anak-anaknya yang dikatakan berjaya apabila tamat pengajian di IPT dan bekerja dengan kerajaan.
Bagaimanapun, Taufiq Tajuddin tidak cepat melenting dan memberi jawapan dengan berhemah.
Cukup-cukuplah angkat bakul sendiri
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya tidak bersetuju dengan pendapat kolot wanita berkenaan.
"Kenapa buah nanas pasar malam juga menjadi dambaan?"
Selain menyifatkan wanita berkenaan sebagai seorang mata duitan, anak-anaknya juga terkena tempias kemarahan orang ramai.
"Siapalah sanggup bermentuakan makcik?"
Kredit foto: FB Taufiq Tajuddin
Alahai makcik, selagi usaha dan ikhlas dalam bekerja, rezeki tetap ada di mana-mana. Siapa kita mahu menghakimi orang lain? - CARI |