View: 13724|Reply: 114
|
Kalau Pernah Lalui 10 Benda Ini, Maksudnya Anda Dah Tua! No 10 Paling Legend
[Copy link]
|
|
Jauhnya beza pengalaman remaja purba dan masa kini. Sekarang serba-serbinya mudah dengan telefon pintar, internet, penempahan online, aplikasi telefon, Google dan juga Facebook. Dahulu, semua ini belum ada, jadi remaja yang lahir sebelum tahun 2000 pasti mempunyai pengalaman yang berbeza.
Berikut 10 kenangan pahit manis masa lalu 'remaja purba' yang mungkin tidak pernah dialami oleh remaja masa kini:
1. Pernah Berbaris Di Telefon Awam
Kredit Foto: Carian Google
Bagi mereka yang tinggal di asrama, selain kepayahan berbaris untuk mengikut giliran menggunakan telefon awam, satu lagi yang leceh adalah mengumpul duit syiling yang secukupnya kalau nak berhubung dengan mak ayah di kampung. Nak lagi jimat, terpaksalah menelefon selepas jam 7.00 malam kerana kadar panggilan yang lebih murah.
2. Pernah Semak Surat Khabar Untuk Jadual Wayang dan Intisari TV
Kredit Foto: Blog Aku Budak Telok
Nak tahu pukul berapa filem Yusuf Haslam ditayangkan di panggung wayang,? Ruangan hiburan di suratkhabar ada iklan filem beserta jadual tayangan. Nak tahu intisari rancangan TV? Juga di ruangan suratkhabar. Pendek kata suratkhabar bercetak adalah media masa paling popular untuk mendapatkan maklumat terkini. Sebab itu setiap pagilah menunggu pakcik surat khabar lalu depan rumah beli Berita Harian.
3. Pernah Guna Buku Panduan Cari Nombor Telefon Jiran
Kredit Foto: Wiser.my
Payahnya nak mengingat nombor telefon rumah sendiri, apa lagi nak ingat nombor telefon rumah jiran. Nak bantuan? Gunalah buku panduan telefon maha tebal warna kuning itu. Segalanya ada di sana termasuklah iklan-iklan perkhidmatan membaiki rumah.Yang penting anda tahu mencari mengikut susunan abjad.
4. Pernah Tulis Diari Harian Dalam Buku
Kredit Foto: Selipan.com
Nak simpan kenangan manis melancong ke luar negara? Tulis dalam diari. Nak meluah perasaan geram? Jatuh cinta? Kekasih dirampas kawan? Diari jugalah jawabnya. Nak bergaduh tersentap dengan adik beradik pun tulis diari juga. Sebab itu diari dijaga bak menatang minyak yang penuh kerana di situlah semua rahsia tersimpan. Kalau jatuh ke tangan musuh, alamat peranglah jawapnya.
5. Pernah Beli Ensiklopedia Untuk Panduan
Kredit Foto: Jualo.com
Demi ilmu, memiliki sebuah kamus adalah wajib. Nak lebih sedikit dapatlah kamus bergambar, Bila dah masuk kolej atau universiti naiktaraf ke ensiklopedia pula sebagai rujukan ketika buat kerja kursus. Sayangnya kerana terlalu mahal, kita cuma ada ensiklopedia abjad A, C, D, F.dan V sahaja . Jadi sangat pakar bila berbincang pasal Volcano, Violet, Viking tetapi terpaksa diam bila topik Synthesis sebab ayah kita belum beli lagi ensiklopedia S.
6. Pernah Bawa Peta Bercetak Takut Sesat Jalan
Kredit Foto: AZ Map
Kalau nak pergi berjalan jauh atau melancong ke negara orang kena bawa peta. Peta boleh dibeli di kedai buku atau di lapangan terbang. Kalau tak sempat beli, lakar di atas kertas pun boleh. Tanya dan dapatkan pengesahan dari orang yang pernah ke tempat itu. Kalau lukis peta pastikan di setiap persimpangan ada tanda seperti pokok besar atau rumah warna putih sebagai panduan.
7. Pernah Tempah Tiket Kapal Terbang Melalui Telefon
Kredit Foto: Carian Google
Hendak tempah tiket kapal terbang bukan main payah lagi, kena datang sendiri ke kaunter syarikat penerbangan atau ejen perjalanan yang terdekat. Nak lebih mudah, tempahlah melalui telefon. Tapi anda harus bersedia untuk menunggu giliran yang lama di talian. Tapi rasanya dahulu, lebih mudah untuk menukar tarikh penerbangan berbanding sekarang.
8. Pernah Tertunggu-tunggu Kad Hari Raya Dari Posmen
Kredit Foto: Youtube
Setiap kali musim perayaan, mesti bajet koyak kerana perlu bersedia dengan puluhan kad raya. Buat orang yang teristimewa ada kad raya yang siap berlagu apabila dibuka. Setiap hari menjelang perayaan, ketibaan sang posmenlah yang paling ditunggu-tunggu kerana menantikan jawapan kiriman kad raya masing-masing. Kad raya yang cantik bukan disimpan begitu sahaja tetapi disusun atau dilekatkan menjadi perhiasan rumah.
9. Pernah Ambil Gambar Dengan Kamera Filem
Kredit Foto: Qoo10
Tak ada siapa yang tahu makna selfie. Nak ambil gambar kena pandai tekniknya, kalau tak dalam 24 gulungan filem semua keluar gambar sebelah muka , kaki sebelah, berlapis-lapis atau kabur dengan biji mata merah. Selagi gulungan filem tak habis, jangan harap dapat tengok gambar harijadi . Nak dapatkan salinan gambar kena hantar filem lagi sekali untuk dicuci.
10. Pernah Cari Kawan Melalui Ruangan Mekar Sejambak
Kredit Foto: Blog Hidup Kita
Untuk kakak-kakak yang lahir tahun 60an dan 70an lagi kesian dik. Nak cari boyfriend kena beli majalah URTV yang ada ruangan Mekar Sejambak tu. Bolehlah tulis surat berkenalan selepas ditapis muka-muka ganas jantan yang berkenan di hati. Nak lagi special dan confirm dapat balasan cepat, bolehlah letak minyak wangi atau bedak bagi surat tu wangi sikit. Dengar khabar, ramai juga kakak-kakak yang dapat jodoh dengan cara ini.
Yang pasti, sekali air bah sekali pasir berubah. Kalau remaja kini tertawa membaca kisah remaja purba, tidak mustahil remaja akan datang pun akan tersenyum sinis apabila mendengar kisah remaja masa kini, bukan? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Hoi, mmg nostalgia lah time ni.. Lol lepak kt public fon calling2 menjoyah depan rumah.
Urtv! Ke media hiburan I pernah masuk satu ruangan apa tah mcm model minggu ini. Saty page ttg i lollss.. Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Sila scan page tersebut dan post sini LOL
|
|
|
|
|
|
|
|
Sang_Pencinta replied at 1-11-2018 11:33 AM
Sila scan page tersebut dan post sini LOL
Lawak seh..ingatkn balik. Staf i dulu kuang ajo dia diam2 bg i keratan paper yg berlipat. Dia suruh bukak lps hbs kerja. Buka2 tgk muka sendiri ha dlm magazine tu la. Pandai pulak dia kenal n cari. Adududu |
|
|
|
|
|
|
|
posing tepi kolam renang ke sis?
|
|
|
|
|
|
|
|
semua dah lalui.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya sis sekarang -----------------?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu aku cari kawan dekat majalah pesona. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hasniey at 1-11-2018 12:05 PM
Separuh ai prnah buat.tua dh diri ni |
|
|
|
|
|
|
|
zulka: semua dah lalui..
Kan beb...
Rasa mcm da tua bile semua bnda di atas hmpir lupus da..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaaaa... No.1,2,3,8 & 9.... I dah tua ke darling... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. dah berumur... |
|
|
|
|
|
|
|
no.10 tu bukan zaman iols. tu mesti zaman mak2 ayah kita dulu |
|
|
|
|
|
|
|
dapat abang angkat bernama Razlan yang tinggal dekat Kuala Langat.
ada dua lagi tapi tak ingat nama. Semua laki.
Pernah dapat adik angkat dekat komik KAWAN.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi seronok tulis surat ke sahabat pena banding main whatsapp cm skrg ni..
feel dia tu lain |
|
|
|
|
|
|
|
Sang_Pencinta replied at 1-11-2018 11:39 AM
posing tepi kolam renang ke sis?
Wahaha! Sipi2 sis! |
|
|
|
|
|
|
|
iols semua tak pernah
buku talipun tu pernah tengok
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols belum 30 pun lagi tp pernah buat 1-4, 8-9
Yang 10 tu tak pernah buat sebab masa tu kecik lagi tapi aku memang suka baca ruangan macam tu dlm majalah. Seronok tengok gambar & description orang2 tu. Yang kelakor tu kebanyakannya mesti tulis 'Berkenalan' sebagai hobi |
|
|
|
|
|
|
| |
|