CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3221|Reply: 14

Do Kyung Soo EXO rampas takhta “Kmania Top Star” milik Taehyung BTS untuk bulan

[Copy link]
Post time 2-11-2018 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Do Kyung Soo EXO rampas takhta “Kmania Top Star” milik Taehyung BTS untuk bulan Oct 2018
by        daus    ·                            Published November 1, 2018              · Updated November 1, 2018

  
Do Kyung Soo (D.O.) EXO telah dinobatkan ‘Kmania Top Star’ bulan Oct 2018 dengan mengenepikan pencabar terdekat Bobby Ikon.


Carta ‘Kmania Top 10 stars’ bulan October 2018 membuat kejutan apabila Do Kyung Soo atau dikenali sebagai D.O. diangkat sebagai juara ‘Kmania Top Star’, seterusnya merampas takhta dari tangan Taehyung BTS.

Do Kyung Soo meraih undian yang agak tinggi iaitu sebanyak 93 undi, meneruskan kesinambungan idol menerajui ‘Kmania Top Star’. Lebih manis lagi, beliau melonjak dari kedudukan no.10 pada bulan lepas ke tangga pertama, menjadikan satu-satunya selebriti Korea yang berjaya berbuat demikian. Populariti Do Kyung Soo tak dapat disangkalkan lagi disebabkan penglibatannya di dalam drama sageuk tvN 100 Days My Prince yang baru saja habis ditayangkan pada hari ini dan menampilkan beliau sebagai putera mahkota terpaksa dinikahkan untuk berlindung daripada pergelutan kuasa di istana. Episod tvN 100 Days My Prince berakhir dengan ‘ratings’ sebanyak 14.4% menjadikan drama tvN kedua tertinggi pada tahun 2018 ini.

Tempat ke-2 diduduki oleh Bobby dari kumpulan Ikon dengan beza undi hanya 4 saja dari Do Kyung Soo. Bobby berjaya berbuat demikian dengan sokongan peminat Ikonic-nya setelah membuat persembahan yang penuh memukau di Stadium Malawati pada 15 October lalu. Mungkin bahang konsert masih lagi terasa dalam kalangan peminat Ikon di Malaysia. Seterusnya, peminat Runningman seharusnya berbangga sekali lagi apabila Song Ji Hyo, pelakon yang terkenal dengan aktiviti lasak ini masih kekal di tangga ke-3.  Ia suatu pencapaian yang menakjubkan meskipun drama lakonannya sudah lama habis bersiaran.

Dari kiri: Song Mino, Seo Hyun Jin, Kim Tae Hyung dan So Ji Sub.



Pelakon yang tak dapat dinafikan kekacakannya lagi, So Ji Sub debut di kedudukan no.4 setelah menyerlah dengan lakonan sebagai perisik yang tampak serius tapi kelakar di dalam drama MBC Terius Behind Me sedang hangat ditayangkan di Oh K setiap Khamis dan Jumaat. So Ji Sub dijangka akan memintas kedudukan lebih tinggi jika beliau konsisten mendapat undian yang lebih banyak untuk edisi bulan November pula. Di kedudukan no.5 pula diraih oleh pemegang takhta ‘Kmania Top Star’ lepas, Taehyung BTS. Keobsesan segelintir peminatnya terhadap paras rupa dimiliki oleh selebriti tersebut telah melonjakkan lagi keazaman mereka untuk memastikan Taehyung pada kedudukan terbaik.Penyanyi solo bergelar pelakon, IU atau Lee Ji Eun debut buat pertama kali di kedudukan no.6, yang mana undiannya mungkin dipacu dengan kemenangan di 6th APAN Star Awards dan pengumuman konsert jelajahnya di beberapa lokasi di rantau Asia. Peminatnya pasti ternanti-nanti kemunculan IU setelah lama merehatkan diri.

Posisi no.7 dan no.8 masing-masing diperolehi oleh Seo Hyun Jin dan Nam Ji Hyun. Kedua-duanya dikenali hasil lakonan dalam drama bersiri masing-masing, di mana Seo Hyun Jin menyerlah dengan watak berubah tubuh badan di dalam jtbc Beauty Inside manakala gandingan berkesan Nam Ji Hyun dengan Do Kyung Soo telah membuatkannya turut terkena tempias mendapat kedudukan top 10 pada edisi kali ini.

Akhir sekali, Song Mino daripada kumpulan Winner telah berjaya menempatkan kedudukan pada tangga no.9. Konsert Winner di Stadium Malawati pada 16 October lepas telah meninggalkan kesan mendalam buat peminat Inner Circle, terutamanya, sehingga disebut-sebut sebagai konsert Winner terbaik pernah diadakan di Malaysia. Barangkali itu penyebab peminatnya gigih mengundi Song Mino. Manakala, Kang Daniel daripada kumpulan Wanna One yang pernah secara konsisten berada di kedudukan top 10 dalam dua carta ‘Kmania Top 10 Stars’ tahun lepas kembali semula ke no.10.  Popularitinya di Malaysia agak selaras dengan perkembangan idol tersebut di Korea apabila kembali semula merampas kedudukan no.1 untuk ‘Individual Ranking Member’ pada bulan ini juga.


NO.Top 10 StarsName
1
Do Kyung Soo (EXO)
2
Bobby (iKON)
3
Song Ji Hyo
4
So Ji Sub
5
V Taehyung (BTS)
6
IU
7
Seo Hyun Jin
8
Nam Ji Hyun
9
Song Mino (Winner)
10
Kang Daniel (Wanna One)


Sources:Kmania

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 10:41 PM | Show all posts
ah baru tringat kdrama awards.

Tinggi rating 100 Days My Prince . Best tak? Thn ni byk kdrama ai tgk separuh jln. Neway congratz  D.o
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow... iu tu best ke.. biasa je dlm scarlet..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 11:04 PM | Show all posts
borrow replied at 2-11-2018 10:41 PM
ah baru tringat kdrama awards.

Tinggi rating 100 Days My Prince . Best tak? Thn ni byk kdrama ai  ...

Aku dengar review tak berapa menarik. Harapkan lakonan D.O. jek.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 11:04 PM | Show all posts
umbut replied at 2-11-2018 10:52 PM
Wow... iu tu best ke.. biasa je dlm scarlet..

damn she is my crush
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 11:22 PM | Show all posts
nandikar replied at 2-11-2018 11:04 PM
Aku dengar review tak berapa menarik. Harapkan lakonan D.O. jek.

ic. Top psl d.o la ek.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2018 11:27 PM | Show all posts
umbut replied at 2-11-2018 10:52 PM
Wow... iu tu best ke.. biasa je dlm scarlet..

After scarlet , iu b'lakon My Mister. Menjadi jugak lakonan sheols (for me lah )

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2018 09:14 AM | Show all posts
Mungkin sebab wataknya menjadi dalam 100 Days My Prince
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2018 01:22 PM | Show all posts
psl DO ni la aku gigih tgk drama dia kat Viu setelah bertahun tak layan k-series, muke dia yg mcm takde perasaan tu la wat aku teringat2 kat dia... tgk plak bts rupenye suke senyum orangnye.,. comel pun iye gak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak boleh la dengan do ni..sebab he punye expression agak haus,bagi i agak tunggul kayu and he jugak rendah.tak macam hero2 kdrama yg lain..

Omg bobbbyyyyyy... sayangnya u x menang baby..i heart u sangat2.he is the definition of ugly handsome.. jap ugly jap handsome tapi bagi i dia kiutt sangat..suka suara dia bila rapping,tapi i suka hanbin lagi,eh..jihwan pon i minat jugak.chanwoo pon not bad...ok,i suka semua member ikon
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw mino winner tu muka dia copy paste gd sangat..dengan style dia yg a bit high fashion gituhh.siap bertatu bagai..and sama2 under YG..cuma bila senyum nampak beza sangat2 sebab bila gd senyum nampak gusi..kalau x,i tak boleh bezakan..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 09:02 PM | Show all posts
Thniah dik D.O...wlpn fizikal mcm bdk skolah...ceq nmpk sifat gentlemen dia...dah la suka msk...untung spa dpt jd bini dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 12:48 PM | Show all posts
DO ni berlakon jadi budak depression, ala ala psiko ke, ha mmg kena la
tp kalau watak riang ria ni tak menjadik bg aku
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh...DO no 1
Suka dia ni...ok lah berlakon drama 100 prince tu.
Cuma heroin x kena...suka pompuan tu tp dlm drama ni mcm x sesuai aje.
DO ni ala2 pelapis pelakon yg popular skg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 2-11-2018 10:41 PM
ah baru tringat kdrama awards.

Tinggi rating 100 Days My Prince . Best tak? Thn ni byk kdrama ai  ...

Citer dia light2 jah.. Sesuai utk waktu santai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.731322 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list