CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8339|Reply: 103

[Tempatan] Lelaki ini diarah bayar RM100,000 kepada Skop Productions

  [Copy link]
Post time 14-11-2018 10:55 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan syarikat rekaan grafik telah diarahkan membayar sebanyak RM100,000 kepada Skop Productions Sdn. Bhd. berhubung kesalahannya menyebarkan rakaman karya arahan Syamsul Yusof berjudul Munafik 2 tanpa kebenaran di media sosial.


Pemuda berkenaan, Muhammad Izwan Shah Kamal Shah, 30, yang mengaku bersalah juga telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Taiping, agar tidak melanggar hak cipta untuk filem Munafik 2 dan mana-mana bahagian dari naskhah berkenaan tanpa keizinan.


Pemilik Skop Productions Sdn. Bhd. Datuk Yusof Haslam ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, arahan pembayaran berkenaan sepatutnya dijadikan pengajaran kerana ia bukan perkara kecil.


Kata beliau lagi, tindakan tersebut bertujuan untuk memberi pengajaran dan membendung masalah yang semakin merebak dalam kalangan industri perfileman tempatan.


“Ini adalah arahan mahkamah selepas pesalah mengaku kesalahan yang telah dilakukannya. Perkara ini tidak boleh main-main, saya harap ia dapat dijadikan pengajaran kepada mereka yang mempunyai niat untuk menyebarkan hasil kerja orang lain tanpa kebenaran.




“Ia bukan hanya untuk Skop Productions, tetapi untuk syarikat produksi lain yang pernah menerima nasib sama seperti kami,” katanya yang turut hadir menyaksikan perbicaraan berkenaan di Mahkamah Tinggi Taiping, sebentar tadi.


Terdahulu, pada 20 September lalu, Skop Productions telah membuat satu laporan di Balai Polis Setapak selepas berjaya mengesan individu yang telah menyebarkan naskhah Munafik 2 tanpa keizinan menerusi dua laman sosial dengan akaun profil Sasuke Kun dan @muhammad_izwan_shah.


Filem Munafik 2 yang dibintangi oleh Syamsul, Maya Karin dan Nasir Bilal Khan mula ditayangkan pada 30 Ogos lalu. Naskhah tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM43 juta menerusi tayangan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. – K! ONLINE




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2018 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
people nowadays still tak sedar2 pasal isu copyright ni bukan petty crime kan?  dari yang low income even the highest ones (ootd datin) mcm takde hal je nak share suka2 hati lumba2 nak jadi number 1. Terkedu muka dia kena bayar 100k. Tu sikit tu, selalunya lagi byk kena. maybe pacik usop haslam anak beranak kesian and nak teach him a lesson je supaya betul2 serik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 11:25 AM | Show all posts
234126 replied at 14-11-2018 11:09 AM
people nowadays still tak sedar2 pasal isu copyright ni bukan petty crime kan?  dari yang low income ...

Macamana boleh tersepit celah daddy & son tu?

Ostad Syam kasik tazkirah dan2 tu jugak kah?


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 03:25 PM | Show all posts
kalo ada court case mesti pakai songkok @ kopiah kan
yang pompuan terus bertudung berniqab
insofff gitu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 04:28 PM | Show all posts
insaf benor mukanye di tengah2 beranak pak selam
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 04:30 PM | Show all posts
sayu plak nengok muka dia lps decision court tu. aiyo. mahal betul pengajaran dia dpt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2018 04:44 PM | Show all posts
saviour_09 replied at 14-11-2018 03:25 PM
kalo ada court case mesti pakai songkok @ kopiah kan
yang pompuan terus bertudung berniqab
insofff ...

sunglass/shades besar gedabak jangan dilupa.

itu antara accessory wajib tu.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka penyangak...lempang sedap tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2018 05:03 PM | Show all posts
nasib baik la rm100,000 je
kalau betul2 nak aniaya mesti lagi banyak
nampak la selam dan ostad just nak bagi warning dekat yang lain2
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai sonkok terus ummah maafkan beliyau.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa tahun la nak habis bayar 100k??
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 05:08 PM | Show all posts
Akak pulak duk berfikir camne la mamat ni nak byr RM100k tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
rm100K tu utk kes2 mcm ni consider kecik....ini cuma kes nak bg pengajaran je ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni kan yang sombong sangat taknak minta maaf dan padamkan link movie tu? Orang lain bila pihak SKOP warning, elok jer buat apa yang disuruh. Padan muka kaulah manusia!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 05:26 PM | Show all posts
bila bodoh dan sombong bersatu dlm kapla
inilah hasilnya
sila bayar, jgn lari
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 05:28 PM | Show all posts
ada retis tu siap kata apa masalahnya produk cetak rompak..
bukan guna duit mak bapak engkau pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2018 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpasal2 kena bayar. Sesia je duit sendiri kena bayar denda.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 05:54 PM | Show all posts
234126 replied at 14-11-2018 11:09 AM
people nowadays still tak sedar2 pasal isu copyright ni bukan petty crime kan?  dari yang low income ...

sikit ler to 100K, maunya kena berjota, masuk dalam bertahun-tahun, musnah masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 05:55 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-11-2018 05:28 PM
ada retis tu siap kata apa masalahnya produk cetak rompak..
bukan guna duit mak bapak engkau pun :l ...

sapa yg bodo sesangat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings replied at 14-11-2018 05:55 PM
sapa yg bodo sesangat tu?

Rasanya si chanaz isteri towkey tudung yg kaya raya ittew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.076391 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list