CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1886|Reply: 14

Tak Makan Tak Tidur Tiga Hari Sebelum Bakar Ibu Sendiri

[Copy link]
Post time 15-11-2018 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki tergamak membunuh ibunya sendiri kerana menganggap wanita itu sebagai hantu 'aswang'.


MSN melaporkan, kejadian yang berlaku di bandar Sipalay, Filipina itu menyaksikan lelaki tersebut memukul ibunya terlebih dahulu sebelum membakarnya.


Suspek, 42 yang dipercayai sakit jiwa mempercayai bahawa ibunya adalah aswang, iaitu satu semangat jahat yang mana penduduk tempatan percayai ia boleh menyerupai pelbagai bentuk.


Walaupun gambaran mengenainya adalah berbeza dari satu rantau ke satu rantau lain di Filipina, ia sering dikaitkan dengan wanita yang makan janin atau anak kecil.


Lokasi kejadian, Kredit foto: MSN


Ketika kejadian, mangsa yang berusia 63 tahun sedang bersama tiga cucunya di rumah.


Suspek memberitahu polis yang dia melihat mata ibunya berwarna merah dan lidahnya panjang serta terjelir.


Dia kemudiannya memukul mangsa dengan penyodok dan menyebabkan mangsa tak sedarkan diri.


Mangsa diheret ke luar rumah sebelum dibakar.


GMA News menyatakan, kesemua cucunya yang berumur 10 tahun ke bawah berjaya melarikan diri.


Polis berjaya menahan suspek yang mengaku melakukan jenayah tersebut.


Difahamkan, suspek tidak tidur dan makan sekurang-kurang tiga hari sebelum bertindak membunuh. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kau tu yang hantu bongok!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
3 hari 3 malam x tido x mkn..bebong ke bang???tgh halusinasi la tu sampai fikir mak sendiri aswang..exactly mcm apa yg jdi kt kampung i masa i kecil lagi..lelaki tu gila sbb ambik meth/syabu,pi bunuh mak dia dgn parang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki batu la ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 08:30 PM | Show all posts
Ok, psychosis ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Serba salah kalau ada ahli keluarga yang ketagih atau ada masalah mental. Nak halau sayang nak biarkan boleh jadi kes2 seumpama ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2018 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti isap batu ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian emaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Skizo nih hummmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bahayanya sakit ni
xmengenal bangsa kaum dan warna kulit
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
orgsepang: Serba salah kalau ada ahli keluarga yang ketagih atau ada masalah mental. Nak halau sayang nak biarkan boleh jadi kes2 seumpama ini
kena bagi makan ubat, jangan stop. Ubat boleh control dia.. tak makan ubat, tu yang problem
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dadah la ni.. Jauhilah anak2 keturunan aku dari dadah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita nmpk n rasa kejam sgt perbuatan dia. Tp sbb dia mental, dia rasa ape yg dia buat tu betul. Mebi dia betul2 nmpk mak dia mcm hantu. So ape yg dia buat tu x salah n dia rasa dia dah selamatkan kg dia tu. Tu pentingnya kena p check up, amek ubat utk org2 yg mental ni. Sesuatu yg org asia ni susah nk buat. Mcm citer shutter island. Tgk mcm real. Rupanya leonardo tu mental. Igt dah berakhir, ending, dia mental lg..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 01:51 PM | Show all posts
kalau dah ada sakit mental, memang perlu jaga betul2. tak tidur pastu tak makan, macam mana tak hallucinate?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ice ice baby..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.517354 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list