View: 9415|Reply: 69
|
"Budak Baru Jangan Poyo Dengan Budak Lama" - Waris Tak Sindir Ben Ladi
[Copy link]
|
|
"Ingin saya jelaskan maksud lagu tersebut bukan untuk penyanyi remaja itu."
Lagu terbaru Waris berjudul Artifisial sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila liriknya dikatakan kurang senang didengari.
Terbaru, timbul pula desas-desus kononnya lagu itu ditujukan kepada Ben Ladin.
Kredit foto: IG Ben Ladin
Waris, 28, bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Dia sebaliknya menyatakan lagu itu bersifat umum.
"Ada yang komen di YouTube kata saya sindir Ben Ladin. Saya dah kenal Ben sejak tujuh tahun lalu.
"Dia banyak belajar dengan saya dan kami dah kenal hati budi, jadi lagu itu dicipta bukan untuk menyerang dia.
"Lagu ini merupakan sindiran terbuka untuk rapper wanna be yang tak ada bakat tapi cuba-cuba nak terjun dalam muzik ini, siapa orangnya? Biarlah pendengar terus meneka!" katanya kepada mStar Online.
Dalam masa sama, Waris mengingatkan bakat baru dalam muzik hiphop supaya menghormati artis senior yang telah lama memperjuangkan genre itu.
"Budak-budak baru jangan nak poyo dengan budak lama. Jumpa orang lama tolong hormat.
"Kita dah lama perjuangkan muzik ini supaya orang tak salah faham. Ada benda boleh buat, ada benda tak boleh.
"Kita dulu buat muzik susah, bukan naik cara senang. Kena lalu dari bawah, tak boleh main belasah dan mengaku diri rapper," katanya.
Kredit foto: IG Waris
Bercerita mengenai lirik lagunya, Waris mengakui ia kedengaran agak kasar dan lucah.
"Sebelum video muzik dimainkan kita dah maklumkan bahawa ia untuk pendengar dengan bimbangan ibu bapa kerana kita sedar ada sesetengah lirik bunyinya kasar.
"Tapi ia bukan berunsur lucah, sebaliknya memiliki maksud mendalam sebagai kiasan dan tidak menghina mana-mana golongan.
"Lirik berbentuk sindiran itu perkara biasa dalam muzik rap, cuma tengoklah siapa terasa. Buat masa ni belum ada yang balas lagi," katanya.
Katanya, Waris akan muncul dengan lagu baru berjudul Balik Kampung. Mungkingkah liriknya juga bakal mengandungi sindiran kepada mana-mana pihak? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat masa ni belum ada yang balas lagi
Memang tujuan dia nak buat orang tu terasa kemudian orang tu balas balik dengan lagu?
Kesian ko, terpaksa mencari publisiti dengan cara murahan cenggini.
Iols tak pernah minat Waris ni. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu utk rapper wanna be yang takde bakat? lagu kau pun tah pape..
eh so yesterday la rapping ni...tu zaman2 4u2c blh la.. |
|
|
|
|
|
|
|
eh helooo helooo helooo waris, kau ingat kau je org nak kena respect. sama2 cari rezeki makan ikut jalan yg sama, sama2 la share sorg sikit. duhhh! kau lah yg poyo! |
|
|
|
|
|
|
|
Quoting Remy Ishak... celah mane tah ko punya bakat tu Warisannnn |
|
|
|
|
|
|
|
ko budak darjah 3 hormat skit budak darjah 5
|
|
|
|
|
|
|
|
"Budak-budak baru jangan nak poyo dengan budak lama. Jumpa orang lama tolong hormat.
"Kita dah lama perjuangkan muzik ini supaya orang tak salah faham. Ada benda boleh buat, ada benda tak boleh.
bro, joe flizzow, nico, 4u2c, kru n so on so on rappers dolu kala pun takde nak cakap mcm ni bro...
ekau osahla lolobih bonar...duk dendiam situ dahla.. |
|
|
|
|
|
|
|
kann..otai2 lain elok je ..takde nak poyo bonar..
|
|
|
|
|
|
|
|
rapper wannabe yg takde bakat? who dat? |
|
|
|
|
|
|
|
Boring gila kekunun orang lama nak minta kena hormat... orang nak jadi rapper pun hak dia laa... bukan ada kacau hidup siapa2 pun... nampak sangat siapa yang poyo kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau pun belum sampai tahap kumpulan Nico lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la ni adat diorang rapper
yang ni gaduh dengan tu, lepas tu balas-balas gaduh melalui lagu
kami orang biasa tengok dari tepi minum teh cicah biskut jee
|
|
|
|
|
|
|
|
Waris & altimet ni same poyo. Same2 rappers, chill2 dah la |
|
|
|
|
|
|
|
fixit replied at 16-11-2018 05:06 PM
rapper wannabe yg takde bakat? who dat?
Takkan ameliath kot? |
|
|
|
|
|
|
|
ekaw pon budok baru la wareh
colah mano ekaw nih org lamo
acah2 otai konon
4u2c kru nico tu baru bleh
di kato kan otai org lamo hokeyy
sodar diri ekaw tu skek |
|
|
|
|
|
|
|
Kira lagu diss la ni eh?
Diss track ni memang biasa di kalangan rappers barat. Saling balas-membalas, hina-menghina gitu. Luar dalam kena caci. Tp rappers tempatan kalau nak buat tak payah la, cringe jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pun, meski tak sokong Waris ni, tetap la aku menyampah dgn budak Ben Ladin tak tahu bendara Malaysia ni yach. |
|
|
|
|
|
|
|
aammyy replied at 16-11-2018 09:28 PM
Takkan ameliath kot?
Aku syak kalau bukan benladin, zynakal lagu terbang. |
|
|
|
|
|
|
|
gerbera.memopad replied at 16-11-2018 11:18 PM
Kira lagu diss la ni eh?
Diss track ni memang biasa di kalangan rappers barat. Saling balas-memba ...
Rappers tempatan kalau buat pun bila interview, deny. Err |
|
|
|
|
|
|
|
Oic
Waris Begitu berbakat. Celah mana berbakat???
Otai lama pun x de nak membangga diri mcm ko.
Chill sudah. Masing2 cari makan bidang sama. Ko dah kenapa |
|
|
|
|
|
|
| |
|