CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lace

[BEST!!!]Dukun

  [Copy link]
Post time 22-11-2018 10:46 AM | Show all posts
Best. Tak sabar nak tunggu Part karma tuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2018 11:03 AM | Show all posts
Bila tiba part melibatkan baby betul dlm kandungan ni...sgtlah meruntun jiwa saya. Apalagi ni kisah benar. mimpi baby nangis minta tolong lg...boleh murung jiwa kalau sy cuba bayangkan. ini ke yg berlaku di sebalik kes2 baby hilang dlm perut? kesiannya….hanya Allah saja yg maha mengetahui rahsia alam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Addicted sudah dgn cerita TT ni..pandai TT mengolah ayat, sambil baca boleh membayangkan watak2 dan suasana.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 11:04 AM | Show all posts
bestnya cerita ni. tahniah TT. menarik sungguh untuk dibaca.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 11:07 AM | Show all posts
Rasa mcm 'aku' ni org baik sbenarnya. Dia melayan smua org dgn baik. Cuma dia terlalu ikutkan nafsu dan dah jauh tersasar ke lembah syirik yg semakin kronik. kesian jga dia. sbb asalnya pengaruh dr nenek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
***sambungan***

Sesungguhnya kebahagian tu bukan bersifat kekal utk hidup ku ini.
Bagaikan satu tamparan yg maha hebat ku terima bilamana suatu hari aku dikejutkan dengar kejadian kemalangan kereta yg meragut nyawa dua insan yg paling dekat dengan ku. Kak emi dan Ayi terlibat dalam kemalangan sewaktu mereka dalam perjalan balik kerumah dari membeli belah dibandar.  Bagaikan hilang semangat ku tatkala terima perkhabaran itu. Aku dah tak punya sesiapa lagi. Semenjak aku meninggalkan keluarga, kak emi lah yg menjaga dan banyak membantu ku. Tak sempat nak balas segala budi baik nya, dia dah pergi meninggalkan aku tanpa ucapkan selamat tinggal. Kenapa kau tinggalkan aku kak? Why?
Aku yg banyak terhutang nyawa pada Ayi, banyak dosa yg telah ku laku kan pada dia. Belum sempat aku minta ampun, dia juga pergi meninggalkan aku.

Rentetan dari pemergian kak emi dan Ayi secara mengejut tu, buatkan aku terlalu berduka. Kejadian tragis tu benar benar meninggalkan impak besar dlm hidup ku. Aku hilang semangat, tak mahu keluar berjumpa sesiapa. Hampir setiap mlm aku mimpikan kak emi dan Ayi seolah datang meminta tolong dari ku. Tapi tak ku tahu pertolongan apa yg mereka mahu. Kesihatan ku terganggu, aku tak mahu makan, sentiasa berkurung didalam bilik tidur yg kugelap kan sentiasa. Aku tak mampu menghadap sinaran matahari.

Sering diwaktu mlm aku terdengar tangisan bayi dari bilik yg didiami Ayi. Diselang seli dgn bunyi raungan Ayi sama seperti mlm yg dia kehilangan kandungan. Dlm mimpi ku pula kerap Ayi muncul dgn wajah yg sugul merayu rayu aku bertanyakan mana anak dia.
Arghhhhhhh...kenapa semua ni ganggu aku kenapa!!!!! Aku rasa sgt tertekan dgn semua ni.

Villa  besar ku dah jadi umpama rumah tinggal. Tak de lagi bunyi hilai ketawa keriangan seperti dulu. Yg ada cuma aku dalam kemurungan dan security guard yg tugas nya hanya mengawal kawasan luar rumah ku. Mereka tak pernah rapat atau berani mendekati aku sedari dulu.

Satu hari bidan Bibah dtg berkunjung kerumah ku secara mengejut. Dia dibawa masuk oleh security yg dah biasa dgn kehadiran mak bidan tu sewaktu menjaga Ayi.
Mengucap panjang bidan Bibah sebaik terlihat kelibat ku. Ye, mmg aku jadi tidak terurus, tak ambil pusing tentang penampilan dan penjagaan diri dah.
"Engkau ni tak boleh berterusan mcm ini. Mana boleh duduk berkurung je. Kena ada org temankan kau. Bahaya kalau melarat tekanan perasaan ni. Mari lah acik ikhtiar kan utk bantu engkau" kata bidan Bibah
Ada betul nya kata mak bidan ni. Ye, aku perlukan seseorg utk menemani ku di rumah ni. Aku perlu kan teman utk isi kekosongan yg kak emi dan Ayi tinggalkan.
Bidan Bibah agak cekap org nya dalam menguruskan hal hal sebegini. Dengan beberapa panggilan talifon, dia berjaya memujuk anak kepada saudara nya utk dtg menemankan aku disini. Cuma nya budak tu perlukan masa utk dtg dari kampung kesini.
"Mak Bibah boleh je jaga kau sehari dua ni sementara budak Lina tu sampai. Engkau ni perlu seseorg utk pulihkan sikit semangat. Biar lah aku tengok kan engkau sementara waktu ni".

Sebagai bidan kampung, dia memang handal bab bab penjagaan diri. Dia kata nak kasi aku mandi bunga utk pulih semangat. Aku arahkan salah sorang guard rumah ku utk drive kan bidan Bibah utk cari bahan2 yg diperlukan. Ku selitkan duit ke tangan bidan Bibah utk buat beli apa yg patut.
"Eh banyak sangat ni. Bunga dgn limau tu berapa sen lah sangat" kata bidan Bibah.
"Tak pe lah, beli lah apa apa utk masak makan kita" jelas ku.

Lega rasa bila bidan Bibah mandikan aku dgn air yg diletakkan bunga bungaan kampung yg harum bercampur dgn limau purut. Aroma nya sungguh mengasyik kan. Sewaktu mengurut badan ku terpacul lah soalan ini dari mulut bidan Bibah.
"Mak Bibah tanya ni kau jgn marah atau terasa hati ye"
"Tanya apa tu" soal ku
"Engkau ni ada memakai ke?" direct tembakan bidan Bibah tu
"Usah segan segan atau nak sorok, Mak Bibah bukan sehari dua buat kerja ni. Sekilas ikan dilait dah boleh ku jangka jantan betina nya" terang bidan Bibah lagi.
Aku cerita kan lah serba sedikit mengenai tu, elok juga dia tau. Setidak tidak nya ada seseorang yg tahu sedikit tentang diri ini. Cuma nya aku tidak lah memberi info terlalu detail. Terkejut pulak org tua ni kalau dgr segala nya.

Bukan saja handal bab bab menguruskan perihal tubuh wanita, bidan Bibah juga handal didapur. Sedap sungguh masakan dia. Dah lama aku tak merasa masakan mcm ni. Berselera aku makan sambil berborak dgn dia yg sentiasa ada idea bercerita. Tak kering gusi dibuatnya dgn jenaka nya. Lama sungguh aku tak dapat rasa mesra seorang ibu mcm ni.

Lina, saudara bidan Bibah tiba di station bas. Aku dah mampu utk drive. Bersama bidan Bibah, kami pergi jemput Lina. Berusia dalam lingkungan awal 20an, lembut manis wajah Lina ni. Kecil molek orang nya.
"Lina ni anak org susah. Sekolah pun tak habis, bila bapak dia meninggal, mak dia tak mampu nak sekolah kan dia dah. Adik beradik pulak ramai. Byk kali nak dtg Kelumpor ni cari kerja, tapi tak de peluang" terang bidan Bibah tanpa ku tanya.
"Tak pe lah, biar Lina kerja dan duduk dgn saya. Saya perlukan org utk uruskan saya" balas ku
"Kerja apa tu kak? Lina bukan tau apa apa pun. Kat kampung takat tolong kerja rumah dgn ambil upah buat kuih" Lina bersuara.

"Oh Lina pandai masak ye, bagus lah. Boleh tolong masak masak utk saya" jawab ku sambil tersenyum.
"Kalau takat jadi org gaji akak tu mmg boleh sgt. Lina dah biasa buat semua tu" ceria bunyi kata kata Lina.
Lina teruja dgn rumah ku sebaik melangkah masuk. Tak pernah jejak kaki dlm rumah besar mcm ni kata nya. Dia makin teruja bila ku tunjuk kan bilik tidur utk dia. Tak putus putus mulut dia berterima kasih pada ku kerana sedia kan bilik yg indah utk dia. Mlm tu bidan Bibah juga tidur dirumahkan, biar lah Lina tak canggung mlm pertama tidur disini.
"Mak Bah, kakak ni baik ye. Mula mula Lina fikir dia sombong. Ye lah org cantik, kaya pulak tu. Beruntung Lina dapat majikan mcm ni" bisikan Lina pada bidan Bibah yg dapat ku dengari waktu aku ke dapur ambil air.
"Iye, kau kerja rajin2, pandai pandai lah ambil hati dia. Dia baik, lembut org nya, pemurah pulak tu. Kau tu jgn buat tidak tidak. Aku picit picit nyawa kau kalau aku dgr apa apa tak senonoh kelaku kau ye" tegas bidan Bibah.

Keesokan hari bila aku keluar dari bilik ku, semerbak bau masakan dari arah ruang makan.
Wahhhh meriah nya atas meja dah terhidang sarapan. Ada meehon goreng, cucur bawang, air kopi.
"Jemput makan kak, sarapan cara kampung je. Kalau ada yg tak kena dgn tekak akak, kasitau lah ye" sapa Lina.
"Kak tak cerewet sgt pasal bab makan ni. Asalkan jgn kambing, itik dan ikan darat sudah. Tu semua kak tak makan" balas ku.

Bidan Bibah agak senyap pagi ni. Dah kenapa org tua ni, kalau tak mulut dia bagaikan bertih jagung.
"Aku tak lena tidur la mlm tadi. Asyik termimpi budak kecik dtg. Bila terjaga, aku dgr mcm mcm kat luar bilik. Nak keluar tgk, aku takut. Lina pulak tidur mati" jelas bidan Bibah bila ku tanya kenapa dia byk berdiam.
"Biasa dah rumah ni mcm tu, kalau org tak biasa mmg akan dengar mcm mcm. Abaikan je, tak mengusik pun" jelas ku
"Agak nya lah ye. Rumah kau ni pun besar melaut, jgn dibiarkan bilik bilik kosong tu terbiar. Amalkan tetiap hari masuk semua bilik. Suruh je si Lina sapu semua bilik tetiap hari" kata bidan Bibah lagi.

Aku fikir fasa gangguan dan tekanan dirumah ku dah berakhir. Rupa nya tidak. Bila tgh mlm je aku diganggu dgn bagai2 bunyi. Dlm tidur tak putus putus didatangi bayi menangis, diselang seli dgn muncul nya Ayi dan kak emi.
Runsing aku dgn semua ni. Baik sekejap, ni dah mula tekanan melanda diri. Doktor peribadi ku memberi kan pil penenang dan pil tidur. Ambil bila tak daya lawan tekanan. Masalah nya makin hari makin tertekan rasa nya.
Banyak job yg aku reject sebab aku tak mampu nak fokus. Stefan, Tan Sri dan Boy dah sekian lama tak ku jumpa, aku tak rasa nak jumpa mereka mereka ni buat masa ni. Mujur lah duit dari mereka tak pernah putus dimasuk kan ke akaun bank ku. Walau pun aku dah lama tak buat any job, aku masih mampu maintain kehidupan ku. Sejujur nya simpanan dlm bank ku pun masih banyak. Tak de apa yg nak dirisaukan sgt dari segi kewangan. Mujur sewaktu zaman gemilang aku byk beringat utk menyimpan.

Bidan Bibah berkeras cadangan aku utk menyemah kan rumah ni, kata nya rumah ni ada gangguan. Lina pun kerap diganggu. Dia sering terlihat kelibat budak lelaki kecil dan kelibat perempuan berambut panjang. Kesian pulak aku pada Lina.
"Nanti Mak Bibah bawak kan satu org ni, handal dia bab semah-menyemah rumah yg ada gangguan ni" kata bidan Bibah pada ku.

Mlm tu aku tiba tiba rasa kepanasan didalam bilik. Peluh merecik recik. Padahal aircond terpasang. Sayup sayup aku terdengar bunyi yg aku tak nak dengari selama ni. Aku mencari dari mana dtg nya bunyi tu. Rupa nya dari bilik Lina. Dia tengah pasang CD bacaan alQuran. Apa lagi menjerit aku arahkan dia tutup CD tu. Badan ku bergelodak kepanasan, rasa bagai disimbah api keseluruh badan. Lepas aku menjerit pada Lina, aku jatuh dan tak sedar apa.

Bila aku terjaga makin panas bahang menyelubungi seluruh tubuh ku. Kenapa ada org org di keliling ku? Kenapa mereka mengaji? Ahhhh panas, tolong!!!!
"Berhenti, jgn baca semua ni. Aku tak nak. Keluar kau semua dari rumah aku. Pergi! Pergi!" Aku terpekik bagai kan kena rasuk kan.
Melihat kan aku memekik bagai kan histeria, mereka bukan berhenti malahan makin kuat bacaan ayat ayat suci. Tak tahan kepanasan dan kesakitan, aku pengsan sekali lagi.

"Budak ni ada memakai dan mengamal benda salah ni. Kita kena cepat selamat kan dia" ku dengar suara berbisik begitu tatkala aku baru sedar dan cuba membuka mata ku. Terasa amat lemah. Tak usah kata nak bangun, nak menjerit pun aku tak daya.
Rupa nya dah beberapa hari aku terlantar mcm tu. Aku tak sedar kan diri. Bangun sekejap dan aku mrnjerit kemudian pengsan semula. Itu lah cerita bidan Bibah pada ku. Namun mereka yg bidan Bibah bawa dari masjid tu tak putus putus membaca ayat ayat suci berterusan. Mungkin itu yg melemahkan aku.

Kondisi ku semakin lemah. Aku cuma mampu baring dan sesekali berbisik pada bidan Bibah atau pun Lina. Rumah ku sentiasa ku lihat dipenuhi dgn org org yg tak ku kenali.
"Dia org ni semua jemaah masjid, beberapa kali dia org dtg bergilir baca Yassin kat sini. Kami nak bantu kau. Kau jgn risau" bidan Bibah menerangkan.

Aku tak pasti apa yg dia org dah buat pada aku. Apa yg ku rasa cuma sangat lemah. Tapi aku dah tak menggelupur kepanasan bila ayat suci dibacakan. Satu keajaiban.

Sering juga ku lihat seorg lelaki yg bidan Bibah panggil ustaz dtg mcm merawat ku. Rawatan demi rawatan berikan aku tenaga sedikit demi sedikit. Aku dah mampu duduk. Cuma aku rasa sangat blank. Aku dengar org bercakap disekeliling ku, tapi aku tak tau apa butiran percakapan mereka

"Sampai bila dia nak mcm tu Ustaz. Kesian tgk kan dah mcm org bodoh jadi nya dia ni" tanya bidan Bibah pada ustaz
"Kita tawaqal lah, sama sama doa dia pulih semula. Kita cuba buang apa yg tak elok dari dalam dia" jawab ustaz.

Hari berganti hari, aku dah mula mampu bercakap. Walau tak selancar biasa dan tak kuat utk bergerak. Sekurang kurang nya aku dah boleh berkomunikasi. Kepercayaan ku beri kan pada bidan Bibah dan Lina. Kad ATM ku beri pada mereka agar mudah mereka boleh keluar kan duit utk segala keperluan atau utk membayar apa saja bill mahupun gaji pekerja di rumah ini. Termasuk lah upah utk bidan Bibah.

Mula nya bidan Bibah menolak, takut kalau masalah timbul kemudian hari akibat duit. Aku faham dia takut aku fikir yg dia akan salah guna kan kuasa yg ku beri.
"Tak pe. Saya tak simpan rasa sangsi pada sesiapa yg saya beri amanah ni. Saya cuma sebatang kara di dunia ni. Tak punya sapa sapa utk bantu saya. Guna lah duit saya tu utk segala keperluan. Jgn risau. Saya tak kisah" terang ku pada bidan Bibah yg kini ku panggil Mak. Sesungguh nya aku tak berfikir kearah negatif atau bimbang duit ku diselewengkan. Kalau nak jadi pun aku redha, pilihan apa yg aku ada? Dah cukup baik mereka sanggup menjaga aku dlm keadaan mcm ni. Lagipun cuma access ATM saja yg ku beri pada mereka. Aku masih punya fixed deposit yg hanya aku punyai access.

Duit mmg satu keperluan utk melancarkan operasi kehidupan. Namun duit tak memberi jaminan kebahagian diri. Lagi lagi diwaktu badan sakit dan lemah.

Ye mmg duit aku (masih) banyak, tapi apa life yg aku ada? Kecantikan yg aku kejar selama ni akhir nya membawa derita pada ku. Aku tak tahu sampai bila nasib aku akan sebegini. Aku tak tahu samada aku berpeluang utk sembuh atau aku akan derita sebegini utk jangka panjang. Aku tahu ramai manusia diluar sana kagum dgn kekayaan dan kecantikan yg aku ada, tapi tak siapa dapat rasai betapa kosong nya dalam ku. Lebih lebih lagi sekarang dgn keadaan ku yg begini. Tak tahu samada menunggu mati atau akan melalui satu lagi azab pembalasan atas segala salah laku dan kesesatan ku.

Pada Stefan, Tan Sri dan Boy sudah ku maklum kan kondisi diri ku. Aku minta mereka lupa kan aku dan tak perlu menghantar duit pada ku lagi. Anggap lah tugasan ku pada mereka sudah tammat. Tapi Stefan berkeras utk terus masuk kan duit pada aku utk pastikan aku okay. Dia berjanji akan terus membantu ku walau aku tak nak jumpa dia lagi. Masih ada manusia sebaik Stefan ni dihantar ke dlm hidup ku. dia merayu aku benar kan dia utk dtg melawat ku. Bukan sekarang Stefan. Aku tak sedia. Dan aku tak tau bila aku akan bersedia.

Entah lah, aku sendiri tak tahu dan tak pasti apa nasib ku seterus nya lepas ni. Setiap hari aku cuma mampu menunggu apa yg bakal terjadi. Perasaan ku seakan mati walau pun jasad ku masih hidup.

Satu pesan ku pada semua, syukuri dgn apa yg kita ada. Jgn pernah terlalu taksub mengejar apa yg kita impi kan. Tak semua impian kita akan membawa bahagia, ada antara nya bawa bencana. Bersederhana lah dalam apa jua. Bersederhana juga dalam memohon doa dari yg Esa, sebab kita kdg kdg tak tahu dan tak sedar doa kita tu tak seimbang dgn daya dan cara hidup kita. Takut tersasar kita nak pikul apa yg kita minta (doa) tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-11-2018 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
lagendahidup replied at 22-11-2018 09:13 AM
terima kasih tt  sudi mengarang panjang lebar

sebelum ni saya pernah terndengar tentang golden b ...

Anggap je itu sebagai satu pengetahuan. Jgn sesekali pernah ada keinginan utk mendekati atau mendalami benda tu ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
cheesepastry replied at 22-11-2018 11:07 AM
Rasa mcm 'aku' ni org baik sbenarnya. Dia melayan smua org dgn baik. Cuma dia terlalu ikutkan nafsu  ...

Setuju dgn pendapat u. Tak semua yg baik tu mulia dan tak semua yg tak baik tu keji. Setiap kita ada baik buruk nya. Nafsu yg mensasar kan matlamat hidup. Pergaruh org sekeliling, tak fikir panjang, desaka hidup; tu semua bisa menjadikan seseorg tu mangsa (boleh tak kalau nak kata mangsa keadaan). "Aku" terlalu muda utk harungi dan hadapi kehidupan sendirian tanpa guide dan kasih org tua....waullahualam. Kita doakan yg terbaik utk dia ye. TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
hijau_serindit replied at 22-11-2018 11:04 AM
bestnya cerita ni. tahniah TT. menarik sungguh untuk dibaca.

Terima kasih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Miawlover replied at 22-11-2018 11:03 AM
Addicted sudah dgn cerita TT ni..pandai TT mengolah ayat, sambil baca boleh membayangkan watak2 dan  ...

He he pasal tu terpaksa panjang berjela type, nak pasti kan yg membaca rasa umpama "masuk sekali" dlm scene yg dicerita kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
cheesepastry replied at 22-11-2018 11:03 AM
Bila tiba part melibatkan baby betul dlm kandungan ni...sgtlah meruntun jiwa saya. Apalagi ni kisah  ...

Betul tu. Kita yg mendengar dah kecut perut, apatah lagi yg melalui nya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih pada semua yg sudi membaca. Harap maafkan kira nya ada yg rasa kan cerita ni umpama tak berkesudahan atau tergantung. Disebabkan tuan empunya kisah masih hidup, mana mungkin cerita ini di tamat kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 12:06 PM | Show all posts
Lace replied at 22-11-2018 11:34 AM
Anggap je itu sebagai satu pengetahuan. Jgn sesekali pernah ada keinginan utk mendekati atau menda ...

Baik tt tapi rasa teringin jugak nak taw lebih lanjut pasal golden boy ni
Selalu jugak nampak dalam cita hantu siam patung budak kecik .mungkin tu la kot golden boy
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lace replied at 22-11-2018 11:42 AM
He he pasal tu terpaksa panjang berjela type, nak pasti kan yg membaca rasa umpama "masuk sekali"  ...

Ye.. Watak2 yg hidup.. Good job TT
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lace replied at 22-11-2018 11:49 AM
Terima kasih pada semua yg sudi membaca. Harap maafkan kira nya ada yg rasa kan cerita ni umpama tak ...

Harap2 pengakhiran yg baik dan "aku" dpt dipulihkan, balik ke pangkal jalan. Sbb rasanya "aku" bkn seorg yg kejam dan zalim. Cuma dh dari kecik dididik dgn benda2 mistik sebegini, dan dia seorg yg " ambitious"  tanpa menghiraukan batas2 halal haram.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lace replied at 22-11-2018 11:40 AM
Terima kasih...

dah habis ke? cam tergantung je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2018 12:31 PM | Show all posts
Lain sami, lain caranya nak pisahkan dengan Budak Emas atau Anak Kerak nih....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 12:40 PM | Show all posts
Lace replied at 22-11-2018 11:49 AM
Terima kasih pada semua yg sudi membaca. Harap maafkan kira nya ada yg rasa kan cerita ni umpama tak ...

Well done Lace.
Penceritaan yang baik.
Keep it up



Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 02:16 PM | Show all posts
Lace replied at 21-11-2018 01:46 PM
***sambungan***

Rentetan dari peristiwa tertitis darah dlm makanan Mongkut tu buat aku resah geli ...


Bila mongkut makan,makanan tu hilang secara zahirkah? pelik betul ya jin pun boleh makan makanan dari alam manusia. something somewhere ada juga relation alam manusia dan alam jin dimana kedua-dua alam ini bertindih dan membuat connection. sayangnya manusia tak tahu rahsia connection tersebut.

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 02:31 PM | Show all posts
apa jadi pada tuan pya badan sekarang ni ye
bagaimana keadaan dia?
kasihan sama dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.596266 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list