CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lagendahidup

Kisah Pengalaman Merawat

  [Copy link]
 Author| Post time 6-12-2018 11:08 AM | Show all posts
Maaf ya xsempat nak sambung tulis cerita hari tu .terpaksa mintak tolong P.A x berbayar tuliskan .insyaallah  sat lagi saya sambung dengan kisah rawatan lain iaitu Kisah Angkara Sihir: Tak Tido Selama 8 Tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2018 12:01 PM | Show all posts
Angkara Sihir: X Tido Selama 8 Tahun

Assalamualaikum

Kes kali ni agak menarik sikit kerana suami pesakit yang hubungi aku ni kata isteri dia dah dekat 8 tahun x tido. Pertama kali dengar aku terus kata x logik. Boleh mati jawabnya x tido selama 8 tahun. Aku sendiri pon was-was nak percaya betol ka dia x tido selama 8 tahun. Mungkin tido x nyenyak kot selama 8 tahun.

So ringkas cerita aku pon p la ke rumah pesakit. Sampai dekat rumah pesakit aku pon tanya si isteri tu sendiri betol ka kak x tido selama 8 tahun? Dia jawab “Betol memang 8 tahun dah x tido tapi gak cita dkt oghe pong buke nak caye”. Ha gitu la lebih kurang. Kena baca dalam dialek skit baru sedap bunyi. Aku pon tanya lagi boleh jadi kak tido tapi x lena sangat kot macam tido-tido ayam atau nap gitu. Dia jawab: “Sungguh eh dok leh tido langsung, ubat spital mace2 dah telan siap tahan wad 2 minggu doctor pantau buat kajian dan ada pihak uni buat kajian pasal kes kak ni, bukti ada siap ni ha”. Lepas tengok bukti sekian-sekian so aku percaya yang kak ni memang xbleh tido langsung. Bukan takat nak nap tapi lelap mata pon x. Kesian betul tengok ujian yang dia kena.


So tanpa menunggu lebih lama aku pon cuba la ikhtiarkan mudah-mudahan Allah kurniakan kesembuhan dan nikmat tido kepada kak ni. Masa aku mula menggunakan kaedah untuk kesan makhluk, aku ada nampak dua tanda berbeza. Tanda gangguan dampingan dan juga gangguan sihir tapi gangguan tersebut x nak bertindak balas melalui tubuh pesakit jadi nak mudahkan cerita aku terus guna kaedah tido untuk mengesan makhluk apa sebenar yang ganggu kak ni.
Ketika tido aku diizinkan nampak ada satu mahkluk yang keluar seakan-akan asap dari tubuh kak ni lepas aku seru dia. Dia keluar daripada badan kak ni lebih kurang macam dalam cita jin Aladdin keluar dari teko tu. Makhluk asap ni besar badan dia dan dia ada aura yang buat bulu roma aku tegak bila aku tengok dia. (Apa ingat perawat x penakut ka hehehe)


Macam biasa bila makhluk tu dah keluar mula la sesi temu ramah dan beramah mesra.

Ha apa lagi sambung daaa….
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 04:41 PM | Show all posts
good job tt. tak sabar nak tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 04:52 PM | Show all posts
alamak....to be continue la pulak..huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2018 08:05 AM | Show all posts
Sambungan....

Selepas nampak makhluk asap berbadan besar ni aku mula interaksi dengan dia. Benda pertama aku tanya ialah macam mana cara dia ganggu si pesakit ni sebab tak logik pesakit boleh bertahan tak tido selama 8 tahun. Tapi hampa sikit la makhluk macam dalam cita Aladdin ni tak nak jawab. Sombong betol.

So disebabkan nak tahu jugak cerita terpaksa la buka balik lipatan sejarah hidup pesakit. Tengok punya tengok rupanya makhluk ni seolah-olah meresapi ke dalam badan pesakit ni kiranya macam satu jasad tapi dua orang so sebab tu la pesakit tu boleh bertahan walaupon tak tido tapi kesan pada fizikal pesakit sangat teruk. Daripada kaedah kebatinan tubuh badan pesakit ada banyak kerosakan daripada segi saraf terutamanya kawasan mata dan kemungkinan untuk pesakit lumpuh separuh badan pon besar. Jadi disebabkan makhluk asap berbadan besor ni jahat dan buat banyak kerosakan aku terpaksa ambik tindakan drastik dekat dia iaitu penjara dulu baru bunuh.

Mula-mula aku ingat nak terus bunuh tapi rahsia sebenar dia ganggu tu aku masih tak dapat. Bila aku nak bukak sejarah lampau awal mula gangguan seolah-olah ada benda block. Kelam pandangan tak nampak apa jadi aku kurung dia dan seksa dulu muahahahaha. Dah dapat rahsia baru kita bunuh. Amacam kejam tak?

So lepas dah penjarakan makhluk asap tu aku pon kembali buka mata. Buat air untuk minuman dan mandian serba sikit aku pon mintak diri balik. Alhamdulillah atas izin Allah pesakit bagitau dia berjaya tido selama 2 malam selepas bertahun-tahun tak tido. Tapi kisah ni belom tamat lagi ya sebab kes masih berjalan. Untuk masa sekarang dia kembali tak boleh tido. Aish pening mikir macam mana nak buat tapi apapon kena ingat semuanya qada dan qadar Allah.

Oh lupa, sebenarnya pesakit ni disihir. Barang sihir dihantar melalui hadiah pada hari perkahwinan. Kejam kan. So kepada semua hati-hati la lepas ni masa dapat hadiah kahwin. Kalau tak nak boleh roger bagi dekat aku ya.

Sekian kisah kali ni. Next time sambung balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2018 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak feel..angan lupa sambung tt
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada masa nanti tulis citer lagi ye tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2018 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih atah sharing pengalaman merawat. Memang dalam proses berubat lagi ni pon, so bleh jugak nak paham dari perspektif perawat pulak ya
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 10:49 PM | Show all posts
jangan lupa sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Setia menanti sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 05:32 PM | Show all posts
blm ada update ke ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka TT punya cara , buat checkup dulu then br terima utk berubat , dulu ms i kena gangguan pun i jmpa doc dulu n dx as stress/depressed walaupun bg i tidak , lps jumpa ustaz anak buah Harun Din n berubat berkali2 baru sembuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2018 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
maaf ya buat masa ni saya tak dapat nak sambung cerita lagi sebab line internet dkt kampung tak berapa nak ok .bagi sesiapa yg ada dekat kawasan pasir puteh yg nak cuba kaedah rawatan saya boleh chat saya ya .mana tahu kot2 saya dapat kes menarik yg boleh dikongsikan lagi dekat sini .terima kasih kepada semua yg sudi membaca kisah rawatan saya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2018 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
anarina replied at 16-12-2018 03:13 PM
Suka TT punya cara , buat checkup dulu then br terima utk berubat , dulu ms i kena gangguan pun i jm ...

terima kasih
saya memang lebih suka pastikan dulu secara klinikal sebelum mulakan proses rawatan baru la menyeluruh gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2018 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 8-12-2018 10:49 PM
jangan lupa sambung..

nanti insyaallah pertengahan bulan depan saya sambung balik .sekarang masih di kampung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2018 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 8-12-2018 04:35 PM
Terima kasih atah sharing pengalaman merawat. Memang dalam proses berubat lagi ni pon, so bleh jugak ...

sama sama .mudah-mudahan kita semua dipermudahkan segalan urusan dan dikurniakan kesembuhan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2018 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ikanmasin replied at 13-12-2018 05:32 PM
blm ada update ke ..

insyaallah bulan depan saya update ya .maaf ya lama sepi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2018 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
hdon replied at 10-12-2018 03:48 PM
Setia menanti sambungan

maaf ya lambat update .terima kasih sudi baca kisah saya
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2018 12:51 AM | Show all posts
lagendahidup replied at 21-12-2018 05:50 PM
insyaallah bulan depan saya update ya .maaf ya lama sepi

ok beres2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.056833 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list