CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2057|Reply: 5

Sejarah MALAY MAIL 1896 - 2018 (Surat Khabar Tertua Di Malaysia Menamatkan Edisi

[Copy link]
Post time 5-12-2018 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by HangPC2 at 25-12-2018 05:10 PM

Goodbye Malay Mail, our oldest newspaper



Azman Ujang  |  Published: 1 Dec 2018, 5:03 pm  |






| It has outlived just about every living thing in Malaysia, but after 122 years, Malay Mail, our oldest newspaper and certainly among the world's oldest, too, finally calls it a day with its very last edition today.

But the paper, famed for its robust journalism and bombshell exclusives, has reached the end of a very long and historical journey after coming to terms with the revolution taking place in the media industry with the advent of technology.

From tomorrow, Malay Mail is only available online, with its editor-in-chief Wong Sai Wan, in his farewell message to readers of the newspaper, asking all stakeholders from readers to advertisers to embark on its new journey where it will do everything digitally possible to inform, entertain and promote in a globalised digital world.

Worldwide, the newspaper industry is facing the toughest period and bleakest future in its entire history and many had already stopped publication.

For example in Canada, dozens of provincial newspapers have closed shop over the past several years. Here in Malaysia, Malay Mail is so far the biggest casualty, while massive down-sizing of staff has taken place or are underway at some of the mainstream newspapers.

Just yesterday, some 800 staff of Utusan Melayu Berhad, the publisher of the influential Malay newspaper Utusan Malaysia, bade farewell to their employer in an emotional ceremony as they leave Utusan under the voluntary separation scheme (VSS) exercise.

Elsewhere, a similar exercise has been implemented in Media Prima, the largest media group, and Star Media Group which offloaded over at least 1,000 staff across the board, with more expected in the future.

What happens to the print media industry is best summed up by Wong Sai Wan himself when he says: "The printed newspaper business model is flawed as it depends on advertising to survive, and the explosion of easy access of information digitally has rendered us useless as a news provider".

And he says, the printed newspaper no longer has a reason to be in business, except to serve the older folks who cannot do without a physical medium to hold on to.

With such readers becoming a dying breed so, too, is the fate of newspapers. Malay Mail publisher Siew Ka Wei told Bernama that the end of the paper was one of the saddest days personally for him.

"I love Malay Mail especially the front page as we chronicle the good and bad stories happening around us. We have no choice. But I believe the brand shall remain strong because we have a very good team to grow the brand digitally.

“Newspapers have a very limited future in remaining relevant," said Siew, a prominent businessperson who took over the paper nine years ago.

The sadness of seeing the demise of the physical newspaper is shared by Ahiruddin Atan, better known as Rocky, one of the country's pioneer bloggers whose blog RockyBru is one of the most widely read. Ahiruddin has the distinction of being Malay Mail editor not once but twice.

"Naturally I'm sad that the Malay Mail will not be found in print anymore. Personally I believe they should have kept the print Malay Mail alive as the brand remains strong and the product viable and they wouldn't use the name online if it wasn't strong and viable right?" he added.

Johan Jaaffar, the former chairperson of Media Prima Berhad, described as an irony the dark days ahead for the newspaper and related industries with their massive layoffs when "we are living in an information era".

"The media industry as a whole needs to reinvent itself and its business model needs rethinking," said Johan, the former editor-in-chief of Utusan Melayu, adding that the glorious history of newspapers is perhaps coming to an end.

As someone who has been a journalist for 47 years, the end of Malay Mail the paper is indeed poignant and I have been spending the last 24 hours asking friends and Whatsapp groups to keep the final copy.

I have never bought two copies of same day editions,but I have told my news vendor to book 50 copies and another 50 copies from a friend at Malay Mail for posterity.

Goodbye Malay Mail!



AZMAN UJANG is chairperson of national news agency Bernama.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2018 01:23 PM | Show all posts
Selamat tinggal akhbar tertua Malaysia, Malaymail...



Azman Ujang  |  Published: 1 Dec 2018, 5:03 pm  |





MALAY MAIL, akhbar tertua di Malaysia yang telah wujud lebih lama daripada akhbar lain di negara ini, tetapi selepas 122 tahun, akhbar antara yang tertua di dunia, akhirnya mengalah dan mengeluarkan edisi surat khbarnya yang terakhir hari ini.

Akhbar yang terkenal dengan kewartawanan yang mantap dan pelbagai pendedahan eksklusifnya itu juga telah tiba ke hujung perjalanan yang panjang dan bersejarah apabila revolusi berlaku kepada industri media dengan perubahan teknologi yang berterusan.

Mulai esok, Malay Mail hanya akan boleh didapati secara dalam talian dengan Ketua Pengarangnya, Datuk Wong Sai Wan dalam mesej perpisahannya kepada pembaca akhbar itu meminta semua pihak daripada pembaca dan juga pengiklan untuk bersama memulakan perjalanan barunya di mana mereka akan melakukan segalanya secara digital untuk memaklum, menghiburkan dan mempromosi dalam dunia digital global.

Industri akhbar di seluruh dunia kini menghadapi tempoh masa paling sukar dan masa hadaan yang tidak menentu dalam sejarahnya dan banyak yang telahpun menghentikan penerbitannya.
Sebagai contoh di Kanada, berpuluh-puluh akhbar tempatan telah menghentikan penerbitan mereka sejak beberapa tahun yang lalu.

Di Malaysia, Malay Mail sehingga kini telah menjadi mangsa terbesar manakala pengurangan kakitangan secara besar-besaran telah berlaku atau sedang dijalankan di beberapa akhbar utama.
Semalam, seramai 800 kakitangan Utusan Melayu Berhad, penerbit akhbar Melayu berpengaruh Utusan Malaysia, mengucapkan selamat tinggal kepada majikan mereka dalam satu majlis penuh emosi apabila mereka meninggalkan Utusan menerusi skim pemisahan sukarela (VSS).
Di media lain, perkara yang sama telah dilaksanakan di Media Prima, kumpulan media terbesar, dan Star Media Group yang mengurangkan sekurang-kurangnya 1,000 kakitangan, dengan lebih ramai lagi dijangkakan pada masa hadapan.

Apa yang berlaku kepada industri media cetak dengan mudah disimpulkan oleh Wong Sai Wan sendiri dengan kata-katanya: "Model perniagaan akhbar cetak adalah bermasalah kerana ia bergantung kepada pengiklanan untuk terus hidup, dan ledakan akses maklumat secara digital telah menyebabkan kita tidak  lagi berfungsi sebagai pembekal berita".
Dan katanya, akhbar yang dicetak tidak ada sebab untuk terus berada dalam pasaran, kecuali melayani warga emas yang tidak boleh membaca tanpa medium berbentuk fizikal untuk mereka pegang.

Dengan golongan pembaca tersebut yang semakin berkurangan dan akan pupus, begitu juga nasib akhbar.

Penerbit Malay Mail Datuk Siew Ka Wei memberitahu Bernama bahawa pengakhiran kepada akhbar itu merupakan hari yang paling menyedihkan untuknya.

"Saya suka Mail Melayu terutamanya halaman hadapannya, kerana kami menceritakan berita yang baik dan buruk juga yang berlaku di sekeliling kita. Kami tidak mempunyai pilihan. Tetapi saya percaya ‘nama’ itu akan kekal kukuh kerana kami mempunyai pasukan yang sangat baik untuk mengembangkannya secara digital. Surat khabar mempunyai masa depan yang sangat terhad dalam jangka masa yang masih ada,” kata Siew, seorang ahli perniagaan terkemuka yang mengambil alih akhbar tersebut sembilan tahun yang lalu.

Pengakhiran penerbitan surat khabar Malay Mail ini turut dikongsi Datuk Ahiruddin Atan, yang lebih dikenali sebagai Rocky, salah seorang perintis blogger negara yang mana blog ‘RockyBru’ merupakan antara yang paling meluas di baca.

Ahiruddin sendiri mencatatkan sejarahnya sendiri kerana pernah menjadi Editor Malay Mail bukan sekali, tetapi dua kali.“Tentunya, saya sedih kerana Malay Mail tidak akan di cetak lagi. Secara peribadinya saya percaya mereka perlu meneruskan versi cetak kerana namanya masih lagi kukuh dan produk yang bagus dan tentunya mereka tidak akan menggunakan namanya jika ianya tidak terkenal dan berdaya maju?,” tambahnya.

Bekas Pengerusi Media Prima Berhad Tan Sri Johan Jaafar mengambarkan sebagai satu ironi masa hadapan yang gelap untuk surat khabar dan industri berkaitan dengan pemberhentian beramai-ramai sedangkan “kita hidup dalam era maklumat”.

"Industri media secara keseluruhan perlu merombak dirinya dan model perniagaannya perlu difikirkan semula,” kata Johan, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, sambil menambah sejarah kegemilangan surat khabar mungkin akan berakhir.

Sebagai seorang yang telah menjadi wartawan selama 47 tahun, cetakan terakhir Malay Mail ini tentunya sesuatu yang menyedihkan dan untuk 24 jam yang lepas saya telah meminta rakan-rakan dan kumpulan Whatsapp untuk menyimpan salinan terakhir ini.

Saya tidak pernah membeli dua salinan edisi hari yang sama tetapi saya telah memberitahu vendor berita saya untuk menempah 50 salinan dan 50 salinan lagi dari seorang rakan di Malay Mail untuk generasi akan datang.



Selamat tinggal Malay Mail!



- Bernama -






Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Rip Malay Mail
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2018 05:09 PM | Show all posts
Era Pencetakan Kertas bakal akan berakhir lagi beberapa tahun
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 10:45 PM | Show all posts
nak sedih ke? Tak lah. Mungkin sikit je la. Tapi mmg tak boleh buat apa.

Macam kes pelakon bangsawan la, lepas kedatangan wayang dan tv.
Pekerja kilang piring hitam, ... negatif filem... bla bla
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2018 12:00 AM | Show all posts
amukgemuk replied at 26-12-2018 10:45 PM
nak sedih ke? Tak lah. Mungkin sikit je la. Tapi mmg tak boleh buat apa.

Macam kes pelakon bangsa ...

memang betul setiap perkara akan ada pengakhirannya cuma surat khabar ini yang paling lama wujud sejak seratus tahun yang lepas

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.069885 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list